10 Cara Jimat Bajet Kahwin, Tetap Meriah & Puas Hati!

10 Cara Jimat Bajet Kahwin, Tetap Meriah & Puas Hati!

Ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), soal kewangan perlu diurus dengan bijak termasuk urusan majlis perkahwinan.

Jangan risau, anda masih boleh melangsungkan majlis perkahwinan dengan meriah dan elegan hanya dengan bajet kahwin yang lebih jimat. Ini tips kepada bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi mempunyai bajet yang terhad.

1. Mas Kahwin

bajet kahwin
Sumber gambar: blogkahwin.com

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya pernikahan. Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isteri.

Nilai mahar adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. Berikut kami kongsikan nilai mahar sebagai panduan anda bakal-bakal suami yang akan membina masjid pada 2021.

NegeriNilai Bujang (RM)Nilai Janda (RM)
Johor22.5022.50
Melaka100.00100.00
Negeri Sembilan200.00100.00
Selangor300.00300.00
Kuala Lumpur80.0040.00
Perak101.00101.00
Pulau Pinang24.0024.00
KedahTiada KetetapanTiada Ketetapan
PerlisTiada KetetapanTiada Ketetapan
Pahang22.5022.50
TerengganuTiada KetetapanTiada Ketetapan
KelantanTiada KetetapanTiada Ketetapan
Sabah100.0080.00
Sarawak120.00120.00
Labuan80.0080.00
Sumber: kahwinmall.com

2. Hantaran

bajet kahwin
Sumber Gambar: pengantinbaru.com

Anda tidak perlulah memberi hantaran yang terlalu banyak. Memberi lima dulang hantaran juga sudah mencukupi, dan dibalas pula oleh pengantin perempuan dengan 7 dulang. 

Pilihlah barangan hantaran yang praktikal, iaitu yang boleh tahan lama dan boleh digunakan oleh pasangan dalam kehidupan seharian seperti kasut, pakaian, sejadah, beg kerja termasuklah satu naskhah Al’Qur’an. Anda tidak perlu berlebih-lebih dan membeli barangan yang berjenama sahaja kerana pasangan anda akan lebih menghargai benda-benda yang berguna dan tahan lama.

3. Cincin

bajet kahwin
Sumber Gambar: Freepik

Cincin kahwin adalah simbol pelengkap. Pasangan saling melengkapi kehidupan rumah tangga seperti roda yang berputar, kadang manis, kadang pahit dan bagaimana pasangan ini melengkapi satu sama lain menjalanti putaran kehidupan. 

Tidak perlulah mahal-mahal dan beli sebagai tanda ikatan. Boleh juga beli ketika harga emas turun. 

4. Baju dan Persalinan

bajet kahwin
Sumber Gambar: ohmymedia

Jika anda tidak ingin belanja banyak duit ke atas pakaian perkahwinan, boleh anda pilih untuk sewa gaun pengantin kerana ia bukan sahaja realistik tetapi juga jimat kos yang banyak.

Kedua-dua mempelai pasti dapat menjimatkan banyak wang terutamanya jika anda mempunyai bajet wang yang ketat untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan.

Kini, gaya yang ‘minimalistic’ mula mendapat perhatian dan semakin ramai pasangan yang memilihnya kerana lebih berpatutan dari segi kos.

5. Mekap

bajet kahwin
Sumber Gambar: pengantinbaru.com

Pengantin boleh sahaja mekap sendiri atau meminta kawan-kawan yang pandai mekap untuk membantu merias anda pada hari bahagia itu. 

Dengan itu, anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk mekap yang mungkin akan caj anda dengan wang yang banyak. Kautimlah dengan kawan-kawan dan berilah mereka upah sewajarnya. 

Kalau nak pilih MUA, pastikan pilih yang menggunakan barangan kosmetik yang tidak menjejaskan anda pada hari persandingan, sebagai contoh tahan sewaktu tengah panas dan sebagainya.

6. Majlis Persandingan 

bajet kahwin
Sumber Gambar: Freepik

Anda boleh menjimatkan wang yang banyak jika anda mengadakan semua adat untuk majlis perkahwinan anda di tempat yang sama. 

Jangan lupa bahawa anda perlu mengambil kira jumlah tetamu yang dijemput. Terutamanya jika majlis dan sambutan diadakan di kawasan yang tertutup seperti sebuah dewan. 

Walau bagaimanapun, anda sentiasa boleh mengelakkan sekatan ini dengan mempunyai perkahwinan garden atau pantai!

Tentukan pilihan tempat perkahwinan anda dari senarai tempat-tempat perkahwinan murah yang boleh anda cari. Maka jangan lupa untuk mengira perbelanjaan yang diperlukan. Perbelanjaan yang mungkin termasuk sewa meja dan kerusi, hiasan, pelamin dan lain-lain.

Selain itu, anda boleh juga melangsungkan perkahwinan di rumah. Pertama, anda tidak perlu menyewa tapak majlis dan keduanya, anda boleh merancang dengan lebih baik kerana biasa dengan persekitaran di rumah. 

Anda tidak perlu berulang-alik ke tapak majlis dan ini dapat menjimatkan masa. Anda juga boleh menghias rumah lebih awal dan tidak perlu tergopoh gapah pada hari majlis berlangsung.

7. Katering

bajet kahwin
Sumber Gambar: Pesona Pengantin

Sekarang ini terdapat banyak perkhidmatan katering yang dijalankan oleh orang ramai. Jadi kita boleh membuat survey dengan mencari khidmat katering dengan bajet kos yang kita mampu. 

Dengan menggunakan perkhidmatan katering ini dapat menjimatkan masa dan kita semua dapat bergembira di hari majlis tersebut tanpa perlu kita membuat kerja untuk menghidangkan makanan dan sebagainya.

8. Kad Jemputan

Sumber gambar: Safira Printing Service

Perkara yang pertama adalah dengan memberitahu saudara mara dan rakan-rakan tentang perkahwinan anda agar mereka akan meluangkan masa untuk menghadiri pada hari perkahwinan anda.

Untuk tempahan kad, anda mungkin boleh pilih design yang mudah dan murah supaya anda boleh jimatkan wang untuk kad-kad tu.

Dalam pada itu, kebanyakan orang mempunyai media sosial, dan anda bolehlah menjemput rakan dan juga sanak-saudara dengan memulakan menerusi Facebook, WhatsApp, Instagram dan sebagainya.

Cara ini dapat menjimatkan duit yang perlu anda belanjakan untuk kad jemputan. Ia juga akan memudahkan anda menjejaki siapa yang boleh hadir dan menganggarkan jumlah tetamu sebelum hari majlis.

9. Jurugambar

Sumber gambar: Kaodim

Jurugambar adalah inividu yang akan merakam segala momen majlis perkahwinan anda. Adalah menjadi tanggungjawab berat untuk jurugambar menghasilkan gambar yang berkualiti dan cantik semasa majlis berlangsung.

Jadi amatlah penting untuk bakal-bakal pengantin berhati-hati dalam menilai dan melantik jurugambar untuk majlis perkahwinan anda kelak. 

Ambil kira pakej foto kahwin yang ditawarkan, jangan nanti menyesal di kemudian hari. Jangan malas untuk mendapatkan pandangan orang terdekat, membaca survey, atau membuat perbandingan. 

Kalau nak jimat lagi, guna sahaja handphone. Gambar pun boleh tahan cantik, ok! 

10. Doorgift

Sumber gambar: hellokerja.com

Anda tidak perlu menempah cenderahati untuk tetamu anda yang diperbuat daripada seramik ataupun bahan mahal yang lain. 

Buatlah ‘doorgifts’ sendiri menggunakan kad manila yang hanya berharga 30 sen sekeping. Selain itu, anda boleh membeli dari Lazada beg kecil yang diperbuat daripada kain organza, plastik ataupun kertas dengan harga RM 11- RM25 untuk 100 keping. 

Jika anda ingin membeli barang perkahwinan secara pukal, anda boleh sahaja pergi ke Nilai 3 dan membeli secara pukal dengan harga yang berpatutan.

Sekarang ini juga banyak marketplace yang menawarkan hadiah doorgifts yang menarik dan boleh didapatkan secara berpatutan tetapi bila sudah PKP ini, lebih jimat tak perlu doorgifts banyak, kan? Yela… sebab jumlah tetapi yang terhad. 

Kesimpulan 

Setiap pasangan pengantin baharu yang ingin melangsungkan perkahwinan ketika pandemik COVID-19 harus melihat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Berkahwinlah mengikut kemampuan masing-masing, agar tidak sesak di kemudian hari. Hal ini kerana, kehidupan selepas persandingan itu adalah lebih mencabar. Abaikan mulut orang kalau ada yang mengatakan anda terlalu kolot dan kedekut. 

Majlis perkahwinan yang simple juga boleh menjadi permulaan kepada kehidupan bahagia anda bersama pasangan.

Jika anda memerlukan bantuan kewangan tambahan yang mudah dan selamat untuk majlis perkahwinan, Direct Lending boleh bantu anda cari, banding dan mohon pembiayaan peribadi bank & koperasi. Semak kelayakan percuma di sini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *