Cara Mohon i-Sinar & Keluarkan RM10,000 Secara ‘One-Off’ Daripada Akaun 1 KWSP

Sumber Gambar: KWSP

Umum sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar baru-baru ini.

KWSP juga menyeru ahli yang ingin memohon skim i-Sinar, memastikan i-Akaun mereka aktif, nombor telefon dikemas kini terlebih dahulu bagi menerima nombor TAC dan nombor akaun bank aktif.


Bagi Kategori 1, ahli yang layak termasuk:

  • Ahli yang bekerja di sektor formal
  • Ahli yang bekerja sendiri & bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • Ahli yang sudah lama tidak mencarum
  • Ahli yang hilang pekerjaan
  • Ahli adalah seorang suri rumah
  • Ahli diberi notis cuti tanpa gaji

Kriteria bagi Kategori 1 pula meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini juga, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

Malah, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Sumber Gambar: KWSP

Bagi Kategori 2 pula, pemohon boleh membuat permohonan bermula pada 11 Januari 2021.

Ianya meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Sumber Gambar: KWSP

Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya selepas kelulusan diberi. 

Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan akaun satu ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

  • Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada akaun satu.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Sumber Gambar: Malay Mail

Untuk permohonan i-Sinar anda boleh saja layari isinar.kwsp.gov.my bagi maklumat lebih lanjut bermula 21 Disember ini!

[Kemaskini setakat 7 Disember 2020]

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank dan koperasi khas untuk penjawat awam. Kami menawarkan servis 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau servis fi. Kadar mampu milik  serendah 2.75% atau kelulusan pinjaman sepantas 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda dengan kami hari ini!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *