Lelaki Ini Kongsikan Cara Mudah Kira Kelayakan Beli Rumah

Memang impian semua orang untuk memiliki rumah sendiri. Nak ada dapur besar, wardrobe walk-in, garaj kereta macam-macam yang kita boleh impikan. Tapi sebelum kita merealisasikan impian kita, kenalah beli rumah dulu kan?

Jom kita lihat bersama perkongsian yang viral di Twitter ini oleh (@Akid Rosli). Seorang pengguna Twitter yang bertanya tentang ansuran bulanan yang perlu dibayar untuk harga rumah dari RM150,000 sehingga RM500,000. Akid pula berkongsi tentang pengiraannya seperti dibawah.

Cara Kiraan Kelayakan Beli Rumah


Contoh yang digunakan adalah:

Gaji bersih: RM4,000
Harga rumah: RM400,000
Tempoh pinjaman: 35 tahun
Kadar Faedah: 3.2%* (kadar anggaran daripada Maybank)
*kadar adalah tepat sewaktu masa penulisan

Contoh komitmen yang sedia ada:

Pinjaman kereta – RM800
MARA – RM200
Ansuran bulanan rumah baru – RM1,584
Jumlah komitmen = RM2,584

Debt Service Ratio (DSR) untuk pinjaman rumah adalah di bawah 60%. Untuk pengiraanya contoh di atas, 2584/4000 = 64.6%.

Jadi, konklusi yang diberikan oleh Akid adalah jika hendak beli rumah, anda boleh beli rumah harga RM350,000 dan ke bawah.

Ada juga pengguna Twitter yang bertanya jika kadar faedah kembali ke 4% atau 4.5%. Akid juga kongsikan pengiraan ansuran bulanan seperti di bawah.

Sumber: Twitter (@AkidRosli)

Ada juga tips lain yang Akid kongsikan:

  1. Skim Rumah Pertamaku yang memberikan fleksibiliti kepada peminjam untuk membuat 100% amaun pinjaman (untuk individu bergaji bawah RM5,000 dan harga rumah kurang daripada RM500,000).
  2. Terdapat juga kos lain yang termasuk dalam pembelian rumah seperti yuran guaman, yuran penilaian rumah, setem duti dan lain-lain. Direkomenkan untuk  sediakan tunai anggaran 3-5% daripada harga rumah tersebut).
  3. Anda boleh pilih insurans MRTT atau MLTT. Perbezaannya MRTT bayar sekali tapi boleh juga dimasukkan ke dalam pinjaman. Untuk MLTT, anda perlu bayar setiap bulan.

Pendapat Kami

Sumber Gambar: Freepik

Sebenarnya jika anda benar-benar ingin membeli rumah RM500,000 dan ke atas tapi pinjaman susah nak lepas, mungkin anda boleh cuba tambahkan ‘co-applicant’ ke dalam pinjaman tersebut. Janji individu tersebut adalah ahli keluarga yang bekerja, mempunyai pendapatan yang stabil dan rekod kredit yang baik, pasti tiada masalah.

Cuma kena ingat jika jadi ‘co-applicant’, komitmen pinjaman akan juga masuk ke dalam rekod CCRIS ya. Jadi sebelum anda gunakan nama ahli keluarga untuk jadi co-appliant, pastikan mereka sedar tentang perkara ini.

Akhir kata, jika anda rasa mungkin masa ini belum lagi sesuai untuk membeli rumah, sebenarnya tiada apa-apa yang salah atau memalukan untuk sewa rumah tersebut dulu. Sehingga pendapatan anda stabil dan selesa, barulah beli rumah. Baca perkongsian kami di mana kami bandingkan antara pilihan beli atau sewa rumah di Malaysia.

Perlu kewangan tambahan?

Semak kelayakan anda secara percuma di platform Direct Lending, pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Tiada caj pendahuluan atau pemprosesan. Kami boleh bantu anda cari, mohon & banding pinjaman yang paling bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter