Ini 5 Cara Unik Orang Dulu-Dulu Menabung & Menyimpan Duit

Pernahkah korang terfikir macam mana zaman atuk nenek dan orang dulu-dulu menabung dan menyimpan duit?

Iyalah, zaman mereka mana ada lagi mesin ATM, kad debit dan segala macam teknologi yang memudahkan kita hari ini.

Walaupun terbatas dari segi teknologi ketika itu, orang dulu-dulu tetap boleh menabung. Biar pun zaman mereka sudah mempunyai bank, tetapi tidak semua kawasan ada kemudahan itu.

Jadi kalau mereka ingin menyimpan duit di bank lokasinya tidak dekat dan jauh, terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kampung atau luar bandar.

Berikut di bawah adalah 5 cara unik orang dulu-dulu menabung dan menyimpan duit:

1. Di celah-celah lipatan atau muka surat buku

Sumber Gambar: Business Insider

Kebiasaannya duit kertas akan sering disimpan dalam lipatan buku yang jarang diusik dan dibaca.

Keadaannya duit kertas ini juga bila dikeluarkan akan kekal tampak baru kerana ianya ditutup kemas disebabkan faktor permukaan buku yang rata.

Pasti ada di antara kita juga pernah melakukan perkara yang sama, tetapi hari ini rata-rata kita lebih suka meletakkannya di celah-celah dompet atau casing handphone.

2. Di celah-celah susunan baju yang telah dilipat

Sumber Gambar: Harian Metro

Ini juga salah satu tempat yang paling popular orang dulu-dulu suka buat, mereka menyimpan duit di celah-celah susunan baju yang telah dilipat di rak baju.

Tetapi risiko untuk dijumpai orang lain atau hilang itu agak tinggi kerana ianya mudah dicapai. Malah, selalunya pencuri atau perompak juga akan menyasarkan rak baju terlebih dahulu untuk mencari barangan berharga.

3. Simpan di bawah tikar atau karpet

Sumber Gambar: UKM

Ini juga cara yang unik untuk orang dulu-dulu menyimpan duit, bagi mereka orang luar tidak akan tahu dan terfikir untuk melihatnya.

Iyalah, mana ada di antara kita yang datang ke rumah jiran atau orang lain, untuk angkat tikar atau karpet mereka.

4. Di dalam mangkuk di almari perhiasan pinggan mangkuk

Sumber Gambar: Harian Metro

Paling mudah dan senang untuk letakkan duit adalah di dalam mangkuk di almari perhiasan pinggan mangkuk mereka di rumah.

Rata-rata orang dulu-dulu memang mempunyai almari perhiasan pinggan mangkuk mereka untuk dipamerkan. 

Haa.. kalau korang balik kampung nanti, cuba tengok ada tak duit dalam mangkuk di almari perhiasan itu.

5. Letak di bawah pasu bunga perhiasan

Sumber Gambar: Keluarga

Ini pun kita tidak akan terfikir orang dulu-dulu boleh letakkan duit di bawah pasu bunga perhiasan di dalam rumah.

Kalau korang perasaan juga nenek atau mak kita mesti marah kalau kita suka-suka alihkan pasu bunga perhiasan mereka.

Jadi, sekarang kita dah tahulah sebabnya kenapa mesti mereka ada letakkan sesuatu. Cepat pergi tengok!

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter