3 Cara Untuk Overlap Pinjaman Peribadi

3 Cara Untuk ‘Overlap’ Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi mempunyai fleksibiliti yang sangat menarik perhatian peminjam. Salah satunya adalah anda akan membayar jumlah ansuran yang sama (kadar faedah tetap) dan ia juga tidak memerlukan jaminan (aset) daripada peminjam. Dengan fleksibiliti tersebut, ramai yang suka menggunakan pinjaman peribadi sebagai quick fix untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Namun, sikap berhutang ini akan memudaratkan jika tabiat pembayaran hutang yang buruk dan pengurusan kewangan yang tidak teratur. Bila peminjam mula menghadapi ansuran pinjaman. yang sangat tinggi, mulalah peminjam akan terlepas untuk bayar dan tanpa sedar caj bayaran lewat pun semakin bertimbun. Tabiat pembayaran ini akan memburukkan rekod CCRIS & CTOS dan peminjam akan berisiko di-blacklist oleh bank. Cara untuk semak rekod CCRIS & CTOS.

Jika anda mengalami masalah kewangan seperti ini, salah satu cara untuk meringankan beban adalah dengan membuat overlapping (Pinjaman Bertindih). Overlap mengumpulkan pelbagai hutang yang ada ke satu akaun (pinjaman peribadi) yang baru dengan institusi kewangan yang sama. Overlap pinjaman peribadi menawarkan pembiayaan baru dengan faedah yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih lama berbanding pinjaman yang sedia ada.

Apakah perbezaan antara Pinjaman Bertindih dan Penyatuan Hutang?

Mesti ada yang tertanya-tanya “overlap sama ke dengan penyatuan hutang?”

Overlap (Pinjaman Bertindih) hanya ditawarkan oleh institusi kewangan yang sama. Sebagai contoh, anda mempunyai pinjaman peribadi dan kad kredit (pinjaman yang aktif) di Bank X. Anda boleh mohon Overlapping Facilities hanya di bank tersebut.

Sedikit berbeza dengan Debt Consolidation (Penyatuan Hutang), ianya boleh dilakukan di mana-mana institusi kewangan yang menyediakan pinjaman tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa institusi kewangan yang menawarkan pinjaman bertindih, dan dalam masa yang sama boleh melakukan penyatuan hutang melalui pinjaman bertindih tersebut.

3 cara untuk overlap pinjaman peribadi:

1. Overlap dengan Pinjaman Kadar Lebih Rendah

Overlap pinjaman sedia ada dengan pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah dan ansuran bulanan yang lebih rendah.

2. Overlap dengan Pinjaman Tempoh Lebih Lama

Ansuran bulanan juga akan menurun apabila anda overlap pinjaman lama dengan pinjaman yang tempoh pembayaran balik lebih lama. Contoh: Apabila anda overlap pinjaman yang ada baki tempoh 5 tahun dengan satu pinjaman baru selama 10 tahun

3. Overlap Sekiranya Potongan Slip Gaji Melebihi 60% (untuk penjawat awam)

Bila potongan gaji melebih 60%, anda boleh membuat pinjaman overlap. Jika ansuran bulanan lebih rendah, maka jumlah potongan juga akan kurang daripada 60% dan ini akan dapat baik pulih slip gaji anda.

Kebaikan dan Kekurangan Overlap Dengan Pinjaman Peribadi

Apakah kebaikannya?

  1. Kurangkan komitmen bulanan
  • Pinjaman baru akan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah untuk tutup pinjaman yang kadar faedahnya lebih tinggi. 
  • Bayaran ansuran lebih rendah (jika anda tutup pinjaman yang ada baki tempoh lebih pendek dengan pinjaman baru untuk tempoh lebih panjang) 
  1. Terima ‘cash in hand’ tanpa menambah jumlah hutang yang sedia ada.

Apakah kekurangannya?

  1. Beban hutang tak kurang. Overlap pinjaman peribadi adalah salah satu teknik untuk kurangkan komitmen tapi hutang masih ada dan mungkin akan meningkat jika peminjam tidak berdisiplin dalam membayar hutang tersebut. 

Kami akan tunjukkan cara-cara dan kiraan overlap hutang di artikel ini.

Langkah-langkah untuk overlap pinjaman peribadi:

1. Senaraikan semua hutang sedia ada anda

overlap pinjaman peribadi
Sumber gambar: Freepik

Senaraikan semua hutang terkini yang anda ada. Pilih hutang yang anda ingin satukan. Semak kadar faedah, tempoh pinjaman dan baki tertunggak.  Rujuk dengan pemberi pinjaman jika anda tidak pasti bagaimana untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Untuk penjawat awam yang ada pinjaman melalui potongan angkasa, boleh membuat semakan dengan pihak angkasa

2. Lakukan pengiraan mudah

cara overlap loan
Sumber gambar: Freepik

Andaikan anda mempunyai dua pinjaman peribadi yang masih belum selesai daripada bank X & Y. Pinjaman peribadi bank X adalah RM10,000 dengan kadar feadah 8% dan tempoh 3 tahun; pinjaman peribadi bank Y adalah RM20,000 dengan kadar feadah 9% dan tempoh 5 tahun. Anda bercadang untuk memohon pinjaman perumahan tapi dengan jumlah komitmen yang sedia ada, permohonan untuk memohon pinjaman perumahan mungkin ditolak oleh pihak bank. Berdasarkan situasi ini, anda boleh memohon overlap pinjaman peribadi dengan mana-mana institusi kewangan yang bersedia untuk membantu meringankan beban hutang anda.

Ini contoh pengiraan untuk overlap pinjaman peribadi daripada Bank X & Y.

Berdasarkan situasi ini, anda perlu mencari pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada purata 8.5%, iaitu (8% + 9%) / 2 supaya boleh mengurangkan kadar faedah yang anda perlu bayar kepada pihak bank sekaligus dapat penjimatan untuk ansuran bulanan pinjaman yang sedia ada.

Pengiraan 1: Overlap hutang dengan pinjaman peribadi Co-opbank Pertama sebanyak RM35,000 selama 10 tahun

Berdasarkan pengiraan di atas, anda boleh jimat kira-kira RM426 sebulan (RM379 + RM426) – RM379 dan jimat RM5,112 untuk setahun. Jika anda seorang penjawat awam, anda layak untuk mohon Pinjaman peribadi Co-opbank Pertama (Bank Persatuan) yang menawarkan promosi kadar faedah tetap rata 2.99% untuk pembiayaan 3 tahun ke atas.

Pinjaman Peribadi Bank XPinjaman Peribadi Bank YPinjaman Peribadi (overlap)
AmaunRM10,000RM20,000RM35,000
Kadar Faedah8% setahun9% setahun2.99% setahun
Tempoh3 tahun5 tahun10 tahun
Ansuran BayaranRM329RM 426RM379

Pengiraan 2: Overlap hutang dengan pinjaman peribadi Co-opbank Pertama sebanyak RM35,000 selama 5 tahun

Bukan semua suka hutang lama-lama kan? Jika tempoh 10 tahun sangat lama, anda juga boleh memilih tempoh bayaran balik selama 5 tahun sahaja. Pengiraan 2 adalah untuk peminjam yang berhasrat untuk melunaskan hutang secepat mungkin dengan ansuran bulanan yang masih jimat berbanding jumlah ansuran bulanan untuk hutang yang sedia ada. Walaupun bayaran ansuran bulanan sedikit mahal tetapi anda masih dapat jimat dalam RM84 sebulan (RM671-RM426-RM329) dan RM1,008 untuk setahun.

Pinjaman Peribadi Bank XPinjaman Peribadi Bank YPinjaman Peribadi (overlap)
AmaunRM10,000RM20,000RM35,000
Kadar Faedah8% setahun9% setahun2.99% setahun
Tempoh3 tahun5 tahun5 tahun
Ansuran BayaranRM329RM 426RM671

Untuk kedua-dua contoh kiraan ini, walaupun komitmen bulanan dah kurang, beban hutang masih sama. 

3. Mohon dengan pemberi pinjaman yang dipercayai

cara overlap loan
Sumber gambar: Freepik

Jika anda berminat untuk menggunakan pinjaman peribadi bagi meringankan komitmen pinjaman, anda boleh menghubungi bank atau institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Sebelum memohon pinjaman peribadi, ini 3 tips yang kena ambil tahu:

  1. Tentukan jumlah pinjaman yang cukup dan selesa untuk anda membuat pembayaran semula.
  2. Ketahui tentang syarat-syarat pinjaman anda seperti tempoh masa, fleksibiliti pembayaran balik serta tempoh masa anda boleh menerima kelulusan dan wang tunai
  3. Semak jika pemberi pinjaman sah untuk elakkan menjadi mangsa kes penipuan

Khas untuk pelanggan Direct Lending kami juga menyediakan perkhidmatan Overlap Facilities untuk penjawat awam dan pekerja GLC yang terpilih. Anda akan menikmati pinjaman peribadi Bank & Koperasi berkonsep Syariah dengan kadar faedah serendah 2.69%.

Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda. Kami membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda overlap pinjaman lama dan kurangkan komiment bulanan.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *