10 Cara Selesaikan Hutang Lapuk Yang Ramai Tak Tahu

10 Cara Selesaikan Hutang Lapuk Yang Ramai Tak Tahu

Hidup tanpa bebanan hutang menjadi impian banyak orang di dunia ini. Namun, menjadi persoalan adalah bagaimana untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut contoh pinjaman peribadi tepat pada masanya dan paling membimbangkan jika ia menjadi hutang lapuk.

Hutang lapuk adalah hutang yang tertunggak dan menjadi komitmen bulanan dalam jangka masa panjang, ia juga dikategorikan sebagai jenis hutang yang tiada tambah nilai kewangan dalam kehidupan anda dan boleh juga melibatkan kos wang yang lebih untuk masa panjang.

Dalam artikel ini kami kongsikan cara selesaikan hutang lapuk, teknik untuk selesaikan hutang seperti teknik snowball, overlap pinjaman peribadi dan lain-lain. Sebelum itu, fahami dulu apa itu hutang baik dan hutang buruk.

Apa itu Hutang Baik dan Hutang Buruk?

Hutang Baik

Hutang yang baik ialah hutang yang akan membuahkan hasil dalam jangka masa yang panjang seperti pinjaman perumahan, pinjaman peniagaan dan pinjaman pelajaran.

Pinjaman perumahan membolehkan anda memiliki rumah sendiri manakala pinjaman perniagaan membuka peluang untuk mengembangkan perniagaan anda dan menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan adanya pinjaman pelajaran, anda boleh memperoleh pelbagai faedah kerana ia merupakan pelaburan masa depan dengan ilmu yang diperolehi.  Sebagai contoh pinjaman PTPTN, merupakan pinjaman yang membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian dan kadar bayaran balik PTPTN juga mampu milik bagi semua peminjam.

Hutang yang baik adalah hutang yang membawa pulangan yang tinggi dan motivasi untuk membuat bayaran balik wujud setiap masa. Sementara itu, membuat pinjaman untuk memiliki kereta adalah wajar kerana ia mempunyai tujuan yang baik, iaitu memudahkan pergerakan harian. Namun, membuat pinjaman untuk memiliki kenderaan mewah diluar kemampuan merupakan pinjaman yang buruk kerana membuatkan kewangan anda tersepit.

Selain itu, pinjaman yang baik ialah pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah. Ia boleh memenuhi tujuan yang telah dinyatakan sebelum ini, iaitu selagi pinjaman peribadi ini digunakan untuk tujuan yang sama, pastikan anda mendapatkan pemberi pinjaman dengan kadar yang paling rendah seperti pinjaman bank dan koperasi

Hutang Buruk

Hutang yang buruk ialah hutang yang tidak mendatangkan hasil dan membuat hidup anda merana. Ianya juga lebih dikenali sebagai hutang lapuk.

Peningkatan penggunaan barangan elektronik, telefon pintar, gajet, pakaian berjenama, kosmetik dan pelbagai barangan lain menyumbang kepada perbelanjaan tidak praktikal. Ditambah pula dengan perkara seperti spa, klinik kecantikan, pembedahan kosmetik dan barangan kecantikan yang lain adalah punca kebanyakan individu melakukan pinjaman peribadi atau memohon kad kredit.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak seharusnya menggunakan kad kredit anda sehingga mencapai tahap maksimum untuk tujuan di atas kerana ia menjurus kepada kadar bayaran yang sangat tinggi. Oleh itu, jika anda hanya memerlukan bantuan kewangan kecemasan, anda boleh mencari pinjaman kredit komuniti atau pinjaman wang berlesen dengan tempoh pinjaman kurang daripada 2 tahun. Jika anda tidak culas dalam bayaran balik, anda boleh nikmati kadar yang mampu milik dan tidak dikenakan caj bayaran lewat. Pastikan anda mencari pinjaman kredit komuniti yang sah dan selamat. 

Pastikan anda membuat keputusan yang bijak dengan membezakan kehendak dan keperluan. Ini akan menyelamatkan anda daripada membuat perbelanjaan melulu yang akan menyebabkan anda terjerumus ke dalam kancah hutang lapuk yang tinggi. Apabila anda berada di posisi tidak mampu membayar hutang, ia bermaksud anda mempunyai hutang lapuk. Lebih teruk lagi jika hutang anda tertunggak sehingga 6 bulan, anda boleh disytiharkan muflis tanpa sedar.

Video: Beza Hutang Baik vs Hutang Jahat

Tonton video untuk penjelasan lanjut.

Cara-Cara Selesaikan Hutang Lapuk

1. Sediakan anggaran bajet

Langkah pertama untuk menjelaskan hutang lapuk adalah dengan menyediakan bajet yang mudah untuk diikuti. Anda boleh menggunakan Excel atau aplikasi kewangan untuk bantu mengesan perbelanjaan dan simpanan setiap bulan. Bertindak jujur dengan diri sendiri tentang pendapatan dan perbelanjaan anda. Dengan cara ini, anda boleh mengasingkan perbelanjaan dan melihat di mana anda boleh berbelanja dengan lebih atau kurang. Tetapi yang paling penting anda harus berdisiplin dan komited untuk ikut bajet!

2. Semak baki hutang dan kadar faedah

cara selesaikan hutang lapuk
Sumber Gambar: AKPK

1. Laman Web/Aplikasi/Hotline

Anda boleh melayari laman web atau aplikasi rasmi mana-mana bank atau institusi kewangan yang mana anda berurusan mengenai hutang tertentu atau menghubungi talian yang disediakan. 

2. Bantuan profesional

Bantuan profesional seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang tersedia di seluruh negara. 

Di AKPK, anda boleh mendapatkan khidmat kaunseling kewangan dan nasihat, program pengurusan hutang dan juga program pendidikan ilmu kewangan untuk memulihkan kembali kewangan secara percuma. 

3. Buat Perbandingan

Sebelum ambil pinjaman, bandingkan dahulu pinjaman daripada bank yang mana membantu untuk mendapatkan kadar faedah terbaik.

4.  Berbincang dengan pihak bank

Kebanyakan bank terbuka untuk berunding semula terma pinjaman anda. Jalan yang terbaik adalah mengadakan perbincangan serta merumuskan semula aliran pembayaran balik yang mampu dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

3. Tetapkan target dan pilih teknik untuk selesaikan hutang lapuk

Apabila berhutang, penting untuk anda meletakkan target untuk menyelesaikan segala bayaran atau pinjaman. Sebagai contoh; target untuk selesaikan hutang PTPTN dalam masa setahun. Penting untuk anda mempunyai target sebagai pembakar semangat untuk anda selesaikan hutang lapuk. Ada beberapa teknik selesaikan hutang yang boleh anda gunakan untuk membantu anda selesaikan hutang, terutamanya yang sudah lapuk. 

cara selesaikan hutang lapuk

Teknik 1: Snowball

Teknik ini akan fokus untuk bayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang lapuk yang lain. Ringkasnya, anda akan fokus settlekan hutang yang sikit jumlahnya dahulu baru bayar hutang yang besar.

selesaikan hutang lapuk
Sumber Gambar: Freepik

Langkah-langkah untuk selesaikan hutang lapuk dengan teknik Snowball

 

  1. Senaraikan semua hutang dengan urutan hutang yang berbaki sikit sehingga kepada hutang yang ada baki banyak. 
  1. Senaraikan juga kadar faedah (interest rate) dan bayaran bulanan untuk setiap hutang tersebut. Anda boleh menghubungi pihak bank atau pihak insitusi kewangan untuk semak baki pinjaman anda. 
  1. Setiap hutang tersebut juga mempunyai tarikh akhir pembayaran untuk setiap bulan. Untuk pastikan anda tidak dikenakan denda atas kelewatan bayaran balik, catat semua tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan anda membayar faedah lewat bayar. Ini secara tak langsung buat hutang anda semakin bertambah.
  1. Dalam senarai hutang tersebut, pilih hutang yang paling kecil nilainya. Sebagai contoh, hutang yang mempunyai bayaran ansuran bulanan paling kecil.  Sekarang anda fokus untuk langsaikan hutang yang paling kecil dahulu. Jika ansuran bulanan hutang yang paling kecil ialah hutang kad kredit sebanyak RM100 sebulan. Cuba tambah sedikit nilai kepada RM150 untuk membayar hutang tersebut.
  1. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk membayaran ansuran bulanan sekurang-kurangnya jumlah mininum untuk hutang-hutang lain. 
  1. Setelah anda berjaya langsaikan hutang yang paling kecil (dalam kes ni hutang kad kredit) pilih hutang kedua di dalam senarai anda. Kita ambil contoh hutang pinjaman peribadi berjumlah RM300 sebulan.
  1. Letak tepi nilai RM150 yang anda gunakan setiap bulan untuk membayar hutang kad kredit sebelum ni, dan tambah nilai tersebut untuk membayar hutang personal loan. Jadi setiap bulan anda akan membayar RM450 (RM300 + RM150) untuk hutang personal loan.
  1. Ulang strategi ni untuk setiap hutang di dalam senarai anda.

Kebaikan & kelemahan teknik Snowball

Teknik ini dapat memberi motivasi kenapa anda untuk terus membayar semua hutang. Anda juga akan lebih bijak dalam menguruskan hutang lapuk dan dapat elak daripada menggunakan kad kredit secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, teknik ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk langsaikan semua hutang. Ini sebabkan pembayaran minimum untuk hutang lain menyebabkan pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.

Teknik 2: Avalanche

cara selesaikan hutang lapuk
Sumber Gambar: Undebt.it

Teknik Avalanche ini lebih kurang sama dengan teknik Snowball. Perbezaan utama adalah urutan hutang yang dibayar. Susun hutang anda daripada kadar faedah yang paling tinggi kepada yang rendah atau yang paling penting kepada kurang penting. Ini adalah kerana jika anda dapat membayar hutang yang mempunyai kadar faedah paling tinggi, anda dapat berjimat ke atas jumlah  faedah dalam jangka masa panjang.

Perkara yang paling utama adalah anda perlu menyusun untuk membayar semula keperluan yang penting seperti sewa atau pinjaman rumah, ansuran kereta, utiliti, pinjaman peribadi, barang-barang runcit, dan pelbagai perbelanjaan tunai langsung. Maka anda boleh fokus membayar pelbagai perbelanjaan yang lain atau berbelanja dari poket sendiri seperti pembayaran untuk keahlian gym, makanan haiwan peliharaan, ‘online streaming’, dan sebagainya.

Ringkasnya, berbanding dengan teknik Snowball, yang fokus kepada baki atau jumlah hutang yang kecil, Avalanche memfokuskan kepada hutang mempunyai kadar faedah yang besar dahulu.

Langkah-langkah untuk selesaikan hutang lapuk dengan teknik Avalanche

 

  1. Senaraikan semua hutang yang ada mengikut urutuan kadar faedah paling tinggi.

Contoh anda mempunyai hutang dibawah:

Kad KreditPinjaman Peribadi
*jangka 2 tahun
Hutang kereta
*jangka 7 tahun
PTPTN
*jangka 6 tahun
Baki HutangRM3,000RM5,000RM45,000RM30,000
Kadar Faedah (setahun)18%8%3.51%1.5%
Bayaran BulananRM150 (1st month)RM241RM667RM435.96

2. Hutang yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi adalah hutang kad kredit iaitu sebanyak 18%. Jadi, dalam teknik Avalanche ini anda akan langsaikan hutang kad kredit dulu. 

3. Sebagai contoh, jadual di atas menunjukkan hutang yang berjumlah RM1,493.96. Untuk melangsaikan hutang kad kredit dengan lebih cepat, anda harus menggunakan semua wang lebihan untuk membayar baki hutang.

4. Anda boleh menggunakan cara pengiraan yang sama dengan teknik Snowball. Contoh, anda memperuntukkan bayaran RM1,600 untuk bayar hutang setiap bulan. Anda akan menggunakan lebihan sebanyak RM106.04 (RM1,600.00 – RM1,493.96) untuk membayar hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi. Pada masa yang sama, anda perlu membuat pembayaran minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain.

5. Selepas anda melangsaikan baki hutang tersebut, anda perlulah membuat pembayaran untuk hutang dengan kadar faedah kedua tertinggi pula dengan lebihan sebanyak RM256.04 (RM150.00 + RM106.04) dan ulang cara bayaran yang sama untuk hutang-hutang yang lain.  

Kebaikan & kelemahan teknik Avalanche

Kelebihan teknik Avalanche ini adalah anda dapat berjimat dengan mengelakkan bayaran faedah berganda kerana melangsaikan hutang lapuk dengan kadar faedah yang tertinggi dahulu.  

Tetapi, ada hutang yang mempunyai kadar interest tertinggi dan juga masih berbaki paling tinggi. Tempoh masa untuk langsaikan hutang tesebut mengambil masa 2-3 tahun. Di sinilah cabaran psikologi akan berlaku. Adakah anda mampu untuk terus berdisiplin dengan teknik Avalanche ini? Oleh itu, teknik ini memerlukan disiplin diri dan komitmen yang tinggi.

Teknik 3: Snowflake

teknik snowflake langsaikan hutang
Sumber Gambar: My Modern Met

Kebaikan & kelemahan teknik Snowflake

Anda tidak akan rasa terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi disebabkan, disebabkan anda hanya perlu membayar sikit demi sedikit sahaja dengan jumlah wang yang kecil. 

Anda akan dapat melangsaikan hutang ini tanpa sedar jika anda mempunyai kerja sambilan atau freelance. 

Walau bagaimanapun, teknik ini mengambil masa yang lama dan tidak dapat memastikan masa yang tepat bila hutang tersebut dapat dilangsaikan. Oleh itu, kaedah ini memerlukan perancangan yang teliti.

Anda perlulah mengemas kini baki hutang lapuk untuk mengelakkan caj tersembunyi atau faedah terkumpul. Hal ini juga bagi memastikan yang anda dapat meramalkan jangka masa yang anda perlukan untuk melangsaikan semua hutang tersebut.

3 teknik di atas mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Namun, target utama hanya satu: SELESAIKAN HUTANG

Oleh itu, berikut adalah 2 teknik tambahan untuk anda yang  mahu langsaikan hutang dengan cepat dan sekaligus dapat menjimatkan komitmen bulanan dengan bayaran ansuran lebih rendah. 

Teknik 4: Penyatuan Hutang

Penyatuan hutang adalah satu cara untuk menghimpunkan pelbagai hutang yang anda ada ke dalam satu pinjaman peribadi baru. Pemberi pinjaman akan menyatukan kesemua hutang anda ke dalam satu akaun (pinjaman peribadi baru) dengan kadar faedah mestilah lebih rendah daripada kadar purata pinjaman yang anda ada. Sebagai contoh, jika anda terbeban dengan hutang kereta, teknik ini salah satu cara selesaikan hutang kereta dengan cepat.

Ringkasnya, anda menggunakan wang dari pinjaman peribadi baru anda bagi menyelesaikan hutang sedia ada. Debt Consolidation (Penyatuan Hutang), ianya boleh dilakukan di mana-mana institusi kewangan yang menyediakan pinjaman tersebut.

Langkah-langkah untuk selesaikan hutang lapuk dengan teknik Penyatuan Hutang

  1. Lakukan usaha wajar ke atas diri sendiri (senaraikan hutang anda)
  2. Cari kadar faedah yang lebih baik
  3. Kenal pasti kos pemprosesan, yuran & caj tersembunyi

Kebaikan teknik Penyatuan Hutang

  1. Fokus membayar hanya satu ansuran sahaja
  2. Bantu mengurangkan komitmen bulanan anda

Kelemahan teknik Penyatuan Hutang

  1. Tempoh bayaran panjang dengan kadar faedah rendah
  2. Kemungkinan permohonan ditolak
  3. Tidak akan menghapuskan hutang

Teknik 5: Overlap Hutang

Overlap mengumpulkan pelbagai hutang yang ada ke satu akaun (pinjaman peribadi) yang baru dengan institusi kewangan yang sama. Overlap pinjaman peribadi menawarkan pembiayaan baru dengan faedah yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih lama berbanding pinjaman yang sedia ada. Guna kalkulator pinjaman peribadi overlap kami untuk anggarkan penjimatan ansuran bulanan jika anda membuat overlap.

Overlap (Pinjaman Bertindih) hanya ditawarkan oleh institusi kewangan yang sama. Sebagai contoh, anda mempunyai pinjaman peribadi dan kad kredit (pinjaman yang aktif) di Bank X. Anda boleh mohon Overlapping Facilities hanya di bank tersebut.

overlap pinjaman peribadi
Sumber Gambar: Freepik

Langkah-langkah untuk selesaikan hutang lapuk dengan teknik Overlap

1. Overlap dengan Pinjaman Kadar Lebih Rendah

2. Overlap dengan Pinjaman Tempoh Lebih Lama

3. Overlap Sekiranya Potongan Slip Gaji Melebihi 60% (untuk penjawat awam)

Kebaikan & kelemahan teknik Overlap Hutang

And dapat mengurangkan komitmen bulanan dan terima ‘cash in hand’ tanpa menambah jumlah hutang yang sedia ada. Namun, beban hutang tak kurang. Overlap pinjaman peribadi adalah salah satu teknik untuk kurangkan komitmen tapi hutang masih ada dan mungkin akan meningkat jika peminjam tidak berdisiplin dalam membayar hutang tersebut. 

Teknik yang mana satukah sesuai untuk anda?

Orang yang lebih kenal diri anda, adalah diri anda sendiri. Jadi pilih teknik yang bersesuaian dengan sifat juga kemampuan anda. Kelima-lima teknik di atas mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Ada teknik yang dapat melangsaikan hutang lapuk dengan cepat tapi memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi, ada pula yang sangat fleksibel. Setiap individu mempunyai komitmen kewangan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu tepuk dada, tanya selera dan pilih teknik yang berkesan untuk anda.

4. Manfaatkan faedah kad kredit

cara selesaikan hutang
Sumber Gambar: Today Online

Jika anda mempunyai satu (atau lebih) ‘duit plastik’ ini, anda akan dapat melakukan banyak perkara dengannya selain daripada membeli barang-barang dengan kredit. Bergantung kepada jenis kad yang anda miliki, sesetengah kad akan membenarkan anda memindahkan dana pada kadar faedah 0% dan ini dipanggil pindahan baki atau ‘balance transfer’. Ambil kesempatan melakukan  pemindahan baki kerana ini akan membantu anda menjimatkan sejumlah wang.

Sebagai contoh, andaikan anda mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM15,000 pada kadar faedah 18% setahun. Dalam masa setahun anda akan dapat berjimat sehingga RM2,700 dengan melakukan pemindahan baki. Maka, jika anda mempunyai jumlah hutang yang anda yakin akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan, semak dengan bank anda untuk membuat pindahan baki untuk fi rendah (jika tidak percuma) bagi mempercepatkan penyelesaian hutang anda.

5. Elakkan perbelanjaan yang kurang penting

cara selesaikan hutang
Sumber Gambar: Freepik (@Odua)

Cara terbaik untuk berhenti menambahkan hutang lapuk anda adalah dengan berhenti berbelanja! Sudah pasti bukannya kita berhenti berbelanja sepenuhnya. Mula dengan mengurangkan perbelanjaan yang kecil dan tidak penting. Sebagai contoh, selain daripada menggunakan aplikasi muzik ‘streaming’ berbayar, apa kata cuba bertukar kepada versi percuma.

Tanya diri anda jika ianya berbaloi untuk anda membeli lalu menggunakannya atau anda hanya akan menggunakannya 6 bulan dari sekarang? Lebih baik jika anda amalkan tabiat untuk berfikir sebelum berbelanja di mana amalan sebegini dapat mengawal kewangan anda.

6. Gunakan wang dari bonus untuk membayar hutang

cara selesaikan hutang
Sumber Gambar: Malay Mail

Pasti anda rasa hebat memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas anda menerima bonus. Tetapi sebelum anda mula untuk menghadiahkan diri dengan membeli barang-barang mewah, befikir terlebih dahulu untuk melihat sama ada pembelian adalah benar-benar mengikut keperluan atau ia hanya sekadar melayan keinginan diri sahaja. Mungkin cukup setakat berbelanja ke atas perkara biasa sahaja seperti percutian bajet atau makan bersama keluarga. Adalah lebih praktikal jika wang yang diterima itu diperuntukkan bagi menyelesaikan hutang anda terlebih dahulu! Lakukan pengorbanan itu kerana ia adalah lebih penting bagi meletakkan kewangan anda dengan betul terlebih dahulu.

7. Bekerja sambilan untuk menjana pendapatan tambahan

cara selesaikan hutang
Sumber Gambar: Freepik

Mendapatkan pekerjaan kedua adalah salah satu cara pantas untuk membayar hutang anda. Gunakan masa di luar waktu bekerja biasa anda dengan bijak. Selain daripada berbaring di sofa sambil menonton siri kesukaan anda, gunakan masa ini untuk menjalankan kerja-kerja ‘freelancing’ yang sesuai  dengan kebolehan anda seperti menulis atau mereka bentuk grafik dan sebagainya yang anda dapat melakukannya dari rumah. Jadi, mula untuk menambahkan portfolio anda dengan mencari tawaran yang ada di UpworkFiverrFreelancer, dan sebagainya. Selain itu, anda juga dapat menukar hobi yang anda ada menjadi pendapatan kedua anda. Jika anda gemar memasak, anda boleh cuba menjual kueh, contohnya secara atas talian. Peluang yang ada di luar sana  tiada kesudahan!

8. Jual hadiah dan barangan rumah yang tidak perlu

cara selesaikan hutang
Sumber Gambar: Time Out

Lihat di sekeliling rumah anda jika terdapat apa-apa barang yang anda tidak memerlukannya lagi. Jika anda mempunyai sebarang hadiah yang lama, hiasan atau perabot yang sudah tidak diperlukan lagi dan masih dalam keadaan yang baik, bersihkannya dan jual di atas talian untuk mendapatkan wang tunai segera. Paparkan iklan dalam platform pasaran seperti CarousellMudah.my or Lelong pada harga yang berpatutan supaya ia boleh dijual dengan cepat! Keuntungan daripada penjualan barang-barang ini boleh digunakan sebagai tambahan kepada jumlah wang yang anda ada untuk melangsaikan hutang anda.

9. Beri ganjaran kepada diri sendiri apabila telah mencapai kejayaan!

cara selesaikan hutang
Sumber Gambar: Freepik

Membayar balik hutang akan menjadi satu perjalanan yang panjang jika anda melihatnya sebagai suatu hukuman untuk gaya hidup anda. Tetapkan pencapaian atau matlamat dan berikan ganjaran kepada diri anda jika dapat mencapai matlamat tersebut. Ini adalah untuk memotivasikan diri kita sendiri. Kami tidak bermaksud supaya anda harus pergi berbelanja secara berlebihan. Sebagai contoh, anda boleh berkhemah di kawasan berdekatan tanpa perlu ke luar negeri pada hujung minggu.

10. Jangan tangguh untuk bayar hutang

cara selesaikan hutang lapuk
Sumber Gambar: Experian

Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada terlupa. Ia termasuklah terlupa untuk membayar hutang tepat pada waktunya.  Oleh itu, kami sediakan 5 tips untuk memudahkan anda membayar hutang on-time dan tidak akan terlepas lagi pembayaran penting termasuk hutang lapuk. 

1. Peringatan E-mel 

Anda boleh menggunakan laman seperti Boomerang for Gmail atau FollowUpThen.com untuk menghantar e-mel peringatan setiap bulan beberapa hari sebelum tarikh akhir hutang-hutang tersebut perlu dibayar.

2. Penggera Telefon

Gunakan kelebihan ini sebaik mungkin dengan menetapkan peringatan pembayaran hutang ansuran bulanan di telefon anda, ia bergantung kepada tarikh due date masing-masing.

3. Aplikasi di Telefon Pintar

Selain memuat turun game, muat turun juga aplikasi yang akan memberitahu anda tentang tarikh penting seperti Remember The Milk (Android & iPhone) atau Google Allo (Android).

4. Bayar Terus

Sejurus menerima gaji, boleh asingkan pendapatan untuk membuat pembayar ansuran hutang anda. Bayar dulu hutang yang wajib, barulah menyimpan sedikit dan selebihnya dibuat perbelanjaan harian atau pun untuk reward diri sendiri.

5. Membuat dan Menampal Nota 

Senaraikan semua hutang yang ada beserta tarikh dan jumlahnya. Kemudian, tampalkan di tempat yang kerap anda pergi. Contohnya, pada cermin bilik tidur atau di komputer peribadi anda.

Kalau dah hari-hari ternampak nota tersebut, maka peluang untuk anda lupa amatlah tipis. Sedikit sebanyak dapat juga membantu anda untuk membuat pembayaran tepat pada masanya.

Video: Cara Terbaik Settle Hutang Awal

Kami sediakan video ini untuk penjelesan lanjut cara selesaikan hutang lapuk.

Kesimpulan

Hutang anda tidak akan terbayar dengan sendiri. Sama seperti yang diungkap oleh Dave Ramsey, “Tiada jalan pintas ketika keluar dari hutang”. Di peringkat awal ia akan menjadi sangat mencabar, walau bagaimanapun jika anda tidak mula untuk membuat perubahan, tiada apa pun yang akan berubah. Setakat mana susah sekali pun, jangan mengambil jalan mudah seperti mendapatkan pinjaman daripada peminjam haram atau “Ah Long”.

Anda pasti akan menyesal dengan keputusan yang anda buat ini. Walau bagaimanapun jika anda telah mencuba sepuluh cara seperti yang disebutkan tadi dan masih dibelenggu dengan masalah hutang, cuba mendapatkan nasihat daripada AKPK. Badan tersebut menawarkan rundingan percuma dan boleh membantu anda melalui program pengurusan hutang mereka.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi selamat dan patuh syariah daripada bank dan koperasi yang terbaik untuk anda.

 

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 9 August 2017 dan dikemas kini pada Jun 2022)

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan