Cara Simpan Duit RM52k Dalam 5 Tahun, Baca Perkongsian Jutawan Hartanah Ini

Cara Simpan Duit RM52k Dalam 5 Tahun, Baca Perkongsian Jutawan Hartanah Ini

“Saya nak simpan RM20k dalam setahun sebab nak kahwin”

“Nak simpan RM10k tahun ni sebab nak travel”

Niat tu dah betul. Tapi tulah kalau cakap sahaja memang senang. Semua boleh cakap, tapi ramai sebenarnya yang kecundang bila nak buat. Sebab tu kalau nak menyimpan duit kena tahu strategi dan cara simpan duit yang lebih berkesan.

Anda kena biasakan diri untu belajar ilmu kewangan dan rajin untuk tanya orang yang ada pengalaman kalau tak pun ikuti mereka di media sosial.

Kalau dah ada target dan strategi yang power, semua boleh jadi. Tapi, kalau nak ada hasil memang tricky sikit.

Di sini kami akan kongsikan ilmu simpan duit di ASB daripada ‘jutawan hartanah’ Puan Syafieqah A’lya yang pada usia mudanya, beliau berjaya memiliki 2 buah kereta, 3 buah hartanah serta tabung simpanan dan pelaburan yang kukuh.

Menurut puan Syafieqah, selain daripada simpan duit dengan cara lama beliau juga mencadangkan buat simpanan dengan ASB. Macam mana boleh simpan duit sampai dapat RM52k tu? Ini 4 jenis simpanan ASB dengan pengiraan kadar dividen selama 5 tahun yang puan Syafieqah amalkan.

1. Simpanan Kecemasan ASB

Simpanan ini boleh dilakukan dengan buku biru ASB. Modal yang diperlukan serendah RM225 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 6.75%. Dalam tempoh 5 tahun:

Jumlah simpanan: RM13,500

Dividen terkumpul: RM2,500

Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM16,008.

2. Simpanan Untuk Tabung Haji

Simpanan ini pulak untuk menunaikan ibadah Haji pada masa depan. Lebih baik buat simpanan awal-awal kan?

Modal yang diperlukan serendah RM150 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 4.25%. Dalam tempoh 5 tahun:

Jumlah simpanan: RM9,000

Dividen terkumpul: RM1,022

Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM10,022.

3. Simpanan RM10k + Duit Kahwin

Simpanan ini boleh dilakukan dengan ASB 2 (buku warna purple). Modal yang diperlukan serendah RM150 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 6.5%. Dalam tempoh 5 tahun:

Jumlah simpanan: RM9,000

Dividen terkumpul: RM1,605

Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM10,605.

4. Melabur di Unit Trust

Simpanan ini pun boleh untuk yang liat sangat nak pakai cara dekat atas. Modal yang diperlukan serendah RM200 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata pulangan tahunan ialah 10%. Dalam tempoh 5 tahun:

Jumlah yang berkembang selama 5 tahun RM15,434.

Kalau simpan biasa je dapat RM12,000 je tau.

Berapa banyak dapat bila jumlahkan semuanya?

Bila anda campur jumlah simpanan dengan dividen terkumpul. Jumlah simpanan RM52,069 dalam masa 5 tahun.

  • ASB (Buku Biru) : RM16,008
  • Tabung Haji : RM10,022
  • ASB Financing Sijil Ke-2 : RM10,605
  • Unit Trust : RM15,434

Kesimpulan

Nak simpan duit memang banyak sangat cabarannya tapi bila dapat ilmu dan strategi yang lebih efektif tak salah kalau nak buat. Bila fikir balik, kalau simpan biasa je setiap tahun berapa sangat yang dapat? Tapi kalau simpan dengan 4 cara simpan duit ini makin ‘beranak-pinak’ duit yang kita ada.

Apa yang lagi best cara ini sangat sesuai untuk korang yang memang liat sangat nak buat simpanan. Tahan dan berdisiplin dalam masa 5 tahun sahaja, lepas tu anda sudah boleh capai target simpanan yang anda inginkan. Tak kisahlah target nak kahwin, bayar deposit rumah, beli kereta dan sebagainya, dengan cara yang betul anda boleh dapat capai semua target tersebut.

Namun, mungkin tak semua yang mampu buat cara simpan duit ini. Bayangkan golongan yang bergaji rendah dan pendapatan cukup-cukup makan sehingga hujung bulan sahaja, mampu ke nak buat simpanan dengan cara ni?

Oleh itu, anda mungkin boleh buat cara kreatif simpan duit, ataupun menabung dengan ikut konsep harian, mingguan atau bulanan dahulu untuk mula buat simpanan.

Kami faham masing-masing ada komitmen dan tanggungan sendiri disebabkan itulah perkongsian dan tips simpanan ini hanyalah panduan untuk anda yang mampu dan ada lebihan pendapatan untuk buat simpanan. Jika belum atau tidak mampu, anda boleh ubah panduan ini mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.

Kami harap perkongsian cara simpan duit kali ini dapat membantu anda untuk memulakan tabung simpanan, tak kisahlah di ASB atau di platform simpanan lain.

Artikel ini dibawakan khas oleh Direct Lending, platform pinjaman peribadi online yang menawarkan pinjaman bank dan koperasi dengan kadar faedah serendah 2.69% atau secepat 2 hari bekerja! Jika anda suka baca artikel seperti ini, join channel Telegram kami untuk dapatkan tips pengurusan kewangan and topik pinjaman setiap hari.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *