Elak Duit Lesap! Ini Cara Check Jika Ada Akses Telefon Lain Di Akaun CIMB Clicks
check_telefon_cimb_clicks

Elak Duit Lesap! Ini Cara Check Jika Ada Akses Telefon Lain Di Akaun CIMB Clicks

Baru-baru ini viral kes seorang pakar perubatan terkenal, selepas memuatnaik status kekecewaan beliau di Facebook selepas duit di akaun simpanan CIMB miliknya hilang sebanyak RM13,000.

Menurutnya, beliau sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Namun, hari ini sangat sangat kecewa dengan bank berkenaan kerana langsung tidak memiliki langkah keselamatan.

Walau bagaimanapun, kes ini dikhabarkan berpunca daripada link yang ditekan oleh beliau beberapa hari sebelum duit tersebut “lesap”.

Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah berkata beliau dihubungi CIMB yang mengatakan dia tertekan link beberapa hari lepas.

“Terima kasih CIMB kerana menelefon saya. Katanya, saya tertekan link beberapa hari yang lepas. Link ini membolehkan satu lagi device telefon iphone 6 untuk register akaun saya,” katanya dalam kiriman ketiganya mengenai isu kehilangan wang RM13 ribu dari akaunnya awal pagi semalam.

Namun beliau berkata bagaimana keadaan itu boleh senang sangat berlaku sedangkan dia sudah memiliki akaun bank berkenaan sejak hampir 30 tahun lalu dan tidak pernah mendaftarkan dua phone untuk akaunnya.

Memandangkan isu ini tengah hangat, ramai yang pertikaikan macam mana scammer memindahkan duit ke akaun lain tanpa menghantar TAC. Ini berlaku kemungkinan akaun bank anda sudah pun dipautkan dengan peranti yang digunakan oleh ‘scammer’ atau penipu online tanpa anda sedar.

Bagi pengguna CIMB Clicks yang ingin memastikan akaun bank tidak dipautkan atau di “link” kan selain peranti yang didaftarkan, di sini kami sediakan cara mudah untuk anda semak akses telefon lain di akaun “online banking” CIMB untuk elak duit hilang dan ditipu scammer.

Cara Check Akses Jika Ada Telefon Lain Guna Akaun CIMB Clicks

1. Login apps CIMB anda dan Slide ke tepi untuk pergi ke Setting.

Sumber Gambar: Facebook Fariz Hazwan

2. Tekan pilihan Setting

May be an image of text that says '3:37 CIMB Clicks Welcome back, Fariz Hazwar DuitNow to Mobile @ EVA MYR Enter Amount DuitNow Services Challenges SecureTAC Settings ተ … Offers For You ASNB BEA Invest in ASNB via CIMB Clicks Log CIMB Clicks via web browser> Select Apply Invest' 'ASNB'> 'Add New Account No' & 'Subscribe' T&C apply Sun 30% scalin T&C Find out more'
Sumber Gambar: Facebook Fariz Hazwan

3. Kemudian, lihat di bahagian “Other Registered Device” untuk menyemak jika ada peranti lain yang didaftarkan di bawah ID CIMB Clicks pengguna.

May be an image of text that says '3:36 Settings Touch ID Activated DuitNow QR DuitNow > > Quick Payment MYR 250 > Activate Credit Limit Alert No avai able credit limit alert > WhatsApp Messaging Deactivated Other Registered Device Fariez Hazwan's S21 Ultra (samsung SM-G998U1) Activated 18 Sep 2021 11:31:35 am 1'
Sumber Gambar: Facebook Fariz Hazwan

4. Jika ada peranti yang mencurigakan dalam senarai tersebut, padam peranti tersebut dengan cara pilih peranti yang ingin dipadam > leret ke tepi > tekan simbol padam. Akhir sekali tekan “Yes” dan peranti yang tidak diingini akan segera dinyahaktif dari senarai tersebut.

Sumber Gambar: Wiser

Namun, jika anda masih lagi kurang pasti dengan langkah pencegahan ini, boleh hubungi pusat khidmat pelanggan CIMB dengan kadar segera di talian 03-62047788. Harap ikhtiar ini dapat menguatkan lagi keselematan akaun ‘online banking’ anda.

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi untuk pinjaman bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami bantu cari, banding & mohon pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.31% atau secepat 2 hari bekerja.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan