Terdapat banyak permohonan atau urusan rasmi yang memerlukan pemohon untuk mengemukakan surat pengesahan majikan sebagai salah satu dokumen sokongan bagi mengesahkan status pekerjaan mereka.
Namun, apabila pihak berkenaan meminta dokumen tersebut, ramai yang keliru dan tak pasti apakah sebenarnya yang dimaksudkan surat pengesahan majikan, apatah lagi bagaimana cara untuk mendapatkannya. Artikel ini ditulis khas untuk membantu anda memahami apa itu surat pengesahan majikan dengan menunjukkan contohnya dan cara untuk menyediakannya.
Surat pengesahan majikan, cop atau sign majikan, surat pengesahan jawatan tetap atau surat pengesahan pekerja ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan sebagai satu pengesahan status pekerjaan seseorang pekerja. Ia biasanya mengandungi maklumat penting seperti nama pekerja, jawatan, status jawatan (sama ada bekerja tetap atau kontrak), gaji, tempoh perkhidmatan dan maklumat majikan.
Kebanyakan urusan rasmi memerlukan surat pengesahan majikan kerana pihak berkenaan ingin mengesahkan maklumat pekerjaan dan tempat anda bekerja seperti yang telah anda isikan dalam borang permohonan.
Dalam sesetengah kes, mereka mungkin akan menghubungi terus pejabat anda untuk mendapatkan pengesahan. Namun, lebih lazimnya, mereka akan meminta anda sendiri untuk kemukakan surat pengesahan pekerja secara bertulis sebagai bukti sokongan yang sah.
Urusan rasmi yang memerlukan surat pengesahan majikan adalah seperti berikut:
Surat pengesahan majikan biasanya dikeluarkan oleh HR atau ketua jabatan anda. Berikut adalah langkah-langkah bagaimana memohon surat pengesahan majikan:
Sebelum minta surat dari majikan, anda perlu tahu:
Peringatan: Biasanya untuk permohonan pinjaman koperasi, syaratnya adalah status pekerjaan tetap, gaji pokok dan cop rasmi majikan.
Hantar permintaan untuk memohon surat pengesahan majikan secara emel atau isikan borang jika syarikat anda memerlukan sebagai proses dalaman. Dalam emel tersebut, nyatakan dengan jelas nama penuh dan nombor IC anda, jawatan dan jabatan, tujuan permohonan, bahasa surat dan tarikh bila anda perlukan surat tersebut.
Kadangkala HR anda mungkin minta anda untuk:
Tip: Anda boleh rujuk contoh-contoh surat pengesahan majikan yang kami sediakan di bawah artikel ini.
Pastikan anda semak semua butiran yang ada dalam surat sebelum anda hantarkan kepada pihak berkenaan:
Cetak sekurang-kurangnya 1 salinan bercop rasmi untuk dihantar kepada pihak berkenaan yang memerlukan surat pengesahan majikan tersebut untuk urusan rasmi.
Simpan salinan soft copy dalam format PDF untuk kegunaan masa depan ataupun untuk bukti pekerjaan, dokumen sokongan atau sebagai rujukan diri sendiri.
Tip Tambahan untuk Pekerja Kerajaan
Contoh Surat Pengesahan Jawatan Untuk Guru Kerajaan
Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Polis
Contoh Surat Pengesahan Majikan untuk Pegawai di Jabatan Kakitangan Kerajaan
Contoh Surat Pengesahan Majikan Swasta dalam Bahasa Melayu
Contoh Surat Pengesahan Majikan Swasta dalam Bahasa Inggeris
Ramai peminjam rasa susah nak teruskan permohonan sebab perlu sediakan surat pengesahan majikan. Tapi sebenarnya, ada cara yang lebih mudah. Di Direct Lending, kami bantu anda cari pinjaman yang tak memerlukan surat pengesahan majikan, bergantung pada jenis pekerjaan dan institusi kewangan. Konsultan kami akan semak kelayakan anda dan cadangkan pilihan terbaik supaya proses pinjaman jadi lebih cepat dan senang.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 16 October 2025.