[INFOGRAFIK] 8 Cara Clearkan CTOS & CCRIS
cara clearkan ctos

[INFOGRAFIK] 8 Cara Clearkan CTOS & CCRIS

Jika anda mempunyai masalah ‘blacklist’ dengan bank, dan mencari cara clearkan CTOS dan CCRIS, anda berada di tempat yang betul. Sekiranya anda berhadapan dengan masalah ini, jangan risau masih ada jalan untuk bersihkannya. Kami akan jelaskan di artikel ini, pastikan anda baca sampai habis untuk tahu cara clearkan CTOS dan CCRIS.

Salah satu cara clear CCRIS dan rekod negatif CTOS adalah dengan membuat penyatuan hutang. Penyatuan hutang adalah satu cara untuk menghimpunkan pelbagai hutang yang ada ke dalam satu pinjaman peribadi baru. Bagi mereka yang mempunyai kadar hutang yang tinggi, tindakan ini bertindak sebagai cara untuk selesaikan hutang tertunggak sekaligus clearkan rekod negatif CTOS dan CCRIS anda.

Ramai yang ingat kalau ada masalah CCRIS dan CTOS, anda tak layak untuk buat pinjaman kerana telah disenarai hitamkan (blacklisted). Tapi sebenarnya itu bukanlah punca utamanya. Sekiranya rekod kredit anda kurang cantik, mungkin agak susah untuk anda dapat kelulusan pinjaman bank komersial yang dimohon, namun ada pembiayaan yang sah dan selamat seperti pinjaman peribadi bank & koperasi  untuk bantu cantikkan rekod negatif tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan rekod kredit kurang cantik? Sebagai contoh, jika anda:

  1. Mempunyai tunggakan dengan mana-mana pinjaman dalam setiap institusi kewangan di Malaysia (ini termasuk semua bank dan institusi kewangan bukan bank seperti AEON Credit atau PTPTN).
  2. Termasuk dalam senarai di bawah ‘Special Attention Account’ (SAA) atau pinjaman di bawah pemerhatian bank.
  3. Anda dikenakan tindakan undang-undang (eg. diisytiharkan muflis) yang diambil oleh bank sebab komitmen pinjaman tidak berbayar.

Oleh itu, penting untuk anda kekalkan rekod CTOS dan CCRIS yang baik sebagai kelebihan dalam memohon pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Rekod kredit CCRIS dan CTOS anda akan digunakan oleh institusi kewangan untuk melihat corak pembayaran balik hutang anda sewaktu anda memohon kemudahan kredit seperti kad kredit, pinjaman peribadi daripada pinjaman wang berlesen, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan lain-lain.

Corak pembayaran balik hutang anda akan membantu bank untuk tentukan sama ada untuk meluluskan atau ‘reject’ pinjaman, kadar faedah, tempoh pinjaman, jumlah amaun pinjaman dan sebagainya. Sekiranya anda membayar hutang anda tepat pada masanya, selalunya tiada masalah untuk bank luluskan pinjaman anda. Jika tidak, jom ketahui cara clearkan CTOS anda CCRIS anda dengan 8 cara ini.

8 Cara Clearkan CTOS dan CCRIS

Cara Clearkan CTOS dan CCRIS

Ringkasan:

1. Buat penyatuan hutang & auto debit

Gabungkan semua hutang anda dengan penyatuan hutang agar anda boleh fokus bayar satu ansuran. Tetapkan pembayaran ansuran bulanan secara automatik untuk pastikan anda disiplin bayar ansuran bulanan tepat pada masanya.

2. Selesaikan pinjaman tertunggak dulu

Anda perlu fokus untuk jelaskan pinjaman tertunggak anda terlebih dahulu dan jadikannya sebagai keutamaan, barulah rekod anda akan jadi lebih cantik. Cuba kurangkan perbelanjaan yang kurang penting seperti kehendak anda. Contoh seperti beli kopi mahal, gajet terbaru, pakaian branded dan lain-lain.

3. Jana income tambahan

Anda juga boleh jana pendapatan tambahan terutamanya selepas waktu kerja atau hujung minggu sebagai satu cara clearkan CTOS dan CCRIS anda. Gunakan pendapatan ini untuk bantu jelaskan hutang.

4. Buat pembiayaan semula hutang kad kredit

Anda boleh pilih untuk buat pembiayaan semula. Misalnya untuk settlekan hutang kad kredit dengan mencari pinjaman peribadi berkadar rendah. Pinjaman baru tersebut boleh bantu anda rendahkan ansuran bulanan anda.

5. Mohon pinjaman peribadi untuk hutang mahal

Sekiranya anda adalah seorang penjawat awam, anda masih layak untuk mohon pinjaman koperasi yang menerima peminjam yang ada rekod negatif CCRIS atau CTOS. Pinjaman koperasi juga adalah satu alternatif untuk bantu anda tutup (overlap) hutang sedia ada.

6. Pilih pinjaman peribadi online cepat dan selamat

Jika anda seorang penjawat swasta pula, anda boleh mohon pinjaman peribadi untuk bayar amaun hutang tertunggak yang kecil. Anda perlulah cari pemberi pinjaman yang sah dan boleh terima pemohon dengan rekod CCRIS, seperti pinjaman wang berlesen.

7. Buat penjadualan semula

Jika anda rasa tidak mampu untuk tampung bayaran balik bulanan, anda boleh berbincang dengan pihak bank untuk buat penjadualan semula. Cara ini mungkin dapat membantu untuk clearkan CTOS dan CCRIS anda.

8. Amalkan disiplin

Akhir sekali, jika anda berjaya ikut cara-cara di atas, pastikan anda amalkan disiplin untuk buat bayaran tanpa ada kelewatan. Jangan lupa pantau rekod CTOS dan CCRIS anda dari masa ke masa.

Video: Cara Download Laporan CCRIS Online

Tonton video untuk semak cara download report CCRIS online.

Infografik ini disediakan oleh Direct Lending – satu platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang boleh membantu anda cari, banding dan mohon pinjaman yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Sekiranya anda ada masalah CCRIS, CTOS, SAA atau AKPK, anda masih berpeluang untuk mohon pinjaman koperasi di platform Direct Lending. Semak kelayakan anda secara percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 24 Mac 2021 dan dikemas kini pada 31 Mei 2022).

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan