Konsep Menabung Setiap Hari, Minggu & Bulan

Ada ramai teknik atau tips menabung yang dikongsi di media sosial. Cara menabung yang mana paling efektif itu sebenarnya terpulang pada diri masing-masing. Formula yang sebagus mana pun jika anda tiada komitmen dan disiplin untuk menabung, memang tak jadilah.

Sebab ada yang mula menabung secara konsisten setiap bulan, apabila dah sampai pertengahan tahun, sudah hilang motivasi untuk kekalkan momentum tersebut. Ramai yang gagal itu mungkin berbelanja ke atas barangan yang mahal, banyak berhutang dan juga malas untuk menabung. Tanpa sedar, aliran tunai yang keluar lebih tinggi daripada yang masuk.

Jadi, yang pentingnya adalah anda mula simpan dan kekalkan disiplin untuk menabung. Sekiranya anda gagal untuk wujudkan tabung simpanan pada tahun 2020, jangan risau. Anda boleh mula simpan duit untuk tahun baru 2021. Klik untuk baca matlamat kewangan lain yang anda boleh capai pada tahun 2021.

Simpan duit setahun RM3,306

Inilah perkongsian oleh Nik Nur Alif Faisal yang berkongsi cara untuk simpan cecah RM3,000 setahun. Caranya memang mudah dan senang untuk diikuti. Jom baca!

RM1

Setiap hari masuk tabung. Jumlah setahun RM366.

RM5

Setiap minggu simpan 2 keping. Jumlah setahun RM520.

RM10

Setiap minggu simpan 2 keping. Jumlah setahun RM1040.

RM20

Setiap bulan simpan 2 keping. Jumlah setahun RM480.

RM50

Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Jumlah setahun RM300.

RM100

Simpan ikut bulan genap (Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Jumlah setahun RM600.

Jumlah keseluruhan setahun RM3,306. Cara yang anda simpan wang itu terpulanglah pada kreativiti masing-masing. Nak beli tabung boleh. Nak recycle dan simpan dalam balang pun boleh. Janji anda menyimpan untuk tujuan yang betul. Ada banyak perkara yang anda boleh buat dengan duit tersebut. Contohnya seperti:

1. Dana kecemasan

Sumber Gambar: Freepik (@Joaquin Corbalan)

Pakar kewangan mengesyorkan amaun tabung kecemasan adalah 3 sehingga 6 bulan perbelanjaan bulanan. Perkara ini penting sebab kita tidak akan tahu apa yang berlaku pada keesokkan hari. Contohnya jika perbelanjaan bulanan anda adalah RM2,000, maka untuk membina tabung kecemasan selama 3 bulan anda perlu tingkatkan lagi amaun simpanan setiap bulan.

2. Melabur

Sumber Gambar: Freepik(@Pressfoto)

Wang yang disimpan boleh juga dilaburkan. Dividen yang ditawarkan oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada menyimpan di akaun simpanan. Atau sekiranya anda pernah dengar pasal servis ‘robo-advisor’, anda juga boleh cuba untuk melabur. Prosesnya dikendalikan oleh aplikasi sahaja. Ramai suka guna servis ini sebab ia menawarkan servis caj yang rendah, fokus kepada pelaburan pasif dan boleh bantu anda ‘diversify’ portfolio pelaburan. Contoh servis robo-advisor adalah StashAway, Wahed Invest dan MyTHEO. Atau jika anda rasa lebih selesa wang yang dikumpul itu nak diganti dengan aset emas pun boleh.

3. Pembayaran & perbelanjaan

Sumber Gambar: Freepik

Selain dana kecemasan dan melabur, anda juga boleh guna wang simpanan ini untuk pembayaran dan perbelanjaan. Nak bayar road tax kereta, pergi bercuti bersama keluarga, settlekan hutang kad kredit, dan lain-lain. Pelan elok-elok apa yang anda nak gunakan wang tersebut dan elakkan pembaziran.

Bijak menabung demi masa depan

Sumber Gambar: Freepik

Jadi, pastikan anda menyimpan untuk tujuan yang betul. Lama-kelamaan tabiat menabung ini akan menjadi sesuatu yang anda akan lakukan secara automatik dan anda tidak akan rasa susah pun. Janji anda mula amalkan tabiat menabung ini. Jom menabung untuk kesejahteraan dan kewangan yang lebih stabil.

Tonton video kami. Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE channel Direct Lending. 

Ingin cuba cara menyimpan yang lain? Boleh baca artikel ini untuk cara kreatif simpan duit.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Kami adalah satu platform pinjaman yang menawarkan pinjaman bank dan koperasi khas untuk penjawat awam. Semak kelayakan secara percuma dan kami akan bantu anda cari, banding dan mohon pinjaman yang paling sesuai dengan situasi kewangan anda. Kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *