10 Cara Bijak Untuk Gunakan Duit Pengeluaran KWSP
pengeluaran kwsp

10 Cara Bijak Untuk Gunakan Duit Pengeluaran KWSP

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 10 Mac 2021 dan dikemas kini pada 18 Mac 2022)

Kerajaan kini membenarkan pengeluaran KWSP khas kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah sebanyak RM10,000 bermula 1 April 2022 nanti. Pengeluaran duit KWSP ini diharap dapat membantu rakyat yang betul-betul memerlukan dana untuk kelansungan hidup. Jangan pula bila kerajaan sudah benarkan anda gunakan duit simpanan hari tua tersebut untuk tujuan yang tidak bermanfaat ya.

Oleh itu, untuk manfaat semua pemohon ini adalah 10 cara bijak untuk anda belanjakan pengeluaran khas duit KWSP tersebut.

1. Bayar hutang

pengeluaran kwsp
Sumber Gambar: Freepik

Pilihan ini mestilah pilihan ramai kan? Cuba anda gunakan duit KWSP untuk langsaikan mana-mana hutang yang anda ada untuk elak terus dibebani hutang lama pada masa akan datang. Terutamanya seperti hutang kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang setinggi 15%-18% setahun. Atau sekiranya anda masih ada lagi tungakkan motor atau kereta yang belum dibayar, lebih baik gunakan duit tersebut untuk settlekan tunggakkan tersebut. Ini sebab jika hutang anda bertimbun dan ada tunggakkan, ini akan mengakibatkan kredit skor rekod CCRIS dan CTOS anda jadi kurang cantik.

2. Modal berniaga

Sumber Gambar: Freepik

Pandemik Covid-19 ini telah mengajar kami semua, terutamanya individu yang ingin memiliki bisnes sendiri untuk keluar dari ‘comfort zone’ masing-masing. Disebabkan oleh situasi mencabar Covid-19 ini, ramai mula meluaskan bisnes mereka secara online.

Contohnya jika anda mengeluarkan sebanyak RM10,000 daripada KWSP. Cuba untuk gunakannya hanya dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000 bagi memulakan modal berniaga. Janji jumlah yang digunakan di peringkat awal tidak lebih separuh daripada duit KWSP. Ini juga boleh bantu anda untuk kurangkan risiko yang anda bakal hadapi. Anda boleh mulakan dengan beberapa perniagaan yang menguntungkan dengan modal di bawah RM10k sahaja.

3. Simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Sumber Gambar: Free Malaysia Today

Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliki ciri pelaburan yang unik iaitu berisiko rendah dan mempunyai tahap kecairan tinggi. Setiap tahun ASB akan memberikan pulangan dividen yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan lain seperti fixed deposit. Selain itu, jika anda kekal menyimpan atau tidak mahu mengeluarkannya daripada KWSP. Kemungkinan besar pada masa akan datang, anda tidak dapat mengeluarkannya pada bila-bila masa dan perlu menunggu sehingga umur 55 tahun. Baca cara simpan duit di ASB untuk ketahui bagaimana anda dapat untung jika gunakan duit KWSP tersebut di dalam pelaburan ASB.

4. Keperluan pendidikan

Sumber Gambar: Parent Circle

Sejak pandemik berlaku, banyak sekolah telah ditutup dan ‘online learning’ mula trending. Ramai ibubapa yang perlu belikan laptop atau iPad untuk memudahkan anak-anak belajar di rumah. Ada laptop yang murah dan ada juga yang mahal. Tetapi, jika ada anak 4? Satu laptop memanglah tidak mencukupi. Jadi, jika perlu anda boleh agihkan duit KWSP untuk belikan keperluan pendidikan anak-anak.

5. Tabung kecemasan

Sumber Gambar: Freepik

Pakar kewangan menasihatkan amaun tabung kecemasan yang ideal adalah 3-6 bulan gaji anda. Dana kecemasan ini boleh digunakan untuk bantu anda sekiranya berlakunya kecemasan terutamanya untuk situasi luar jangkaan. Cuba simpan 30% daripada duit KWSP untuk beri kelegaan kewangan kepada diri anda pada masa depan.

6. Ambil kursus bidang disukai

Sumber Gambar: Freepik

Adakah anda berminat untuk belajar kemahiran atau skill baru yang anda minati? Jika skill tersebut boleh bantu menjadi nilai tambah dalam anda mencari pekerjaan atau peluang baru atau menambah pendapatan kenapa tidak mencuba? Tidak salah guna duit KWSP untuk tambah kemahiran anda. Sebenarnya ada banyak agensi kerajaan tawar kursus jangka pendek dengan yuran berpatutan. Atau jika anda hendak belajar secara percuma ada banyak kursus online yang anda boleh gunakan.

7. Beli emas

Sumber Gambar: Utusan Malaysia

Ini orang perempuan mesti suka! Selain daripada simpanan ASB, anda juga boleh beli emas untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Baru-baru ini harga emas dilihat semakin menurun. Jadi, inilah masa paling sesuai untuk anda beli dan membuat pelaburan. Jika anda ingin membeli emas, baca artikel ini untuk ketahui formula mudah kira upah untuk ‘nego’ harga murah.

8. Tampung kos sara hidup

Sumber Gambar: Freepik

Boleh guna untuk tampung kos sara hidup untuk satu jangka masa yang ditetapkan. Hal ini kerana boleh dikatakan semua orang terjejas ketika ini akibat pandemik Covid-19. Oleh itu, dengan adanya duit KWSP ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ketua keluarga dalam menyara keluarga masing-masing.

9. Beli barang keperluan kerja

Sumber Gambar: Kawachi Group

Ramai yang mula bekerja dari rumah sejak PKP tahun lepas. Sekiranya anda selalu gunakan komputer office, mungkin apabila anda terpaksa bekerja di rumah, anda perlu gunakan komputer riba atau laptop. Jadi, anda boleh ketepikan sedikit duit KWSP untuk beli laptop baru.

10. Beli barang peribadi

Sumber Gambar: Freepik

Sebenarnya tidak salah beli barang peribadi untuk beri ganjaran kepada diri sendiri. Tapi anda perlu pandai bezakan antara apa itu keperluan dan juga kehendak. Belilah sesuatu yang memberikan manfaat kepada diri. Pada masa yang sama, anda juga boleh memperuntukkan sedikit wang belanja untuk keluarga anda membeli pakaian baru untuk mereka. Pasti mereka gembira dan bahagia!

Tonton video untuk dapatkan 10 idea bijak belanjakan duit KWSP anda:

Jadi, apa pendapat atau pandangan anda? Ini hanyalah perkongsian daripada para pakar ekonomi Malaysia yang cuma memberikan cadangan. Bagaimana pula dengan anda, apakah perkara yang ada akan buat dengan duit KWSP ini?

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Semak kelayakan anda secara percuma melalui sistem pintar kami. Dapatkan kelayakan anda dengan segera. Pihak konsultan kami boleh bantu anda semak, banding & mohon pinjaman yang bersesuaian dengan anda. Tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan