Maksud Muflis, 5 Tips Elak & Cara Untuk Bebas

Apabila bercakap mengenai muflis, ia menjadi topik yang menggerunkan orang ramai.  

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan muflis antaranya pinjaman peribadi, kereta, rumah dan kad kredit. 

Ditambah pula dengan penularan COVID-19, banyak perniagaan terjejas dan menyebabkan ramai yang hilang punca pendapatan serta pekerjaan. 

Tapi sebelum itu, jom fahami lebih lanjut mengenainya dan apa yang boleh anda lakukan sekiranya diisytiharkan muflis. 

Apa itu muflis?

Menurut portal rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia, ia merujuk satu proses yang mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap atau muflis melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri. 

Jabatan Insolvensi Malaysia ialah agensi kerajaan yang mengendalikan kes muflis atau kebankrapan, kes penggulungan syarikat, pembatalan pendaftaran pertubuhan serta pembatalan kesatuan kerja.

Tiga (3) kriteria seseorang itu boleh diisytiharkan muflis di negara ini:

  1. Tidak mampu melangsaikan hutang tidak kurang dari jumlah RM50,000;
  2. Tempoh masa melebihi daripada enam (6) bulan hutang tidak dibayar;
  3. Individu tersebut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Seseorang itu juga boleh diisytiharkan muflis tanpa pengetahuan melalui cara berikut:

  1. Dokumen undang-undang dihantar ke alamat lama;
  2. Pengisytiharan muflis diserahkan melalui prosedur penyampaian ganti;
  3. Individu tersebut tidak hadir ke mahkamah;
  4. Individu tersebut tidak menerima atau tidak membuka dokumen undang-undang yang telah dihantar kepadanya.

Dua (2) cara seseorang itu boleh diisytiharkan sebagai muflis:

Petisyen Pemiutang: Petisyen muflis akan dikemukakan oleh pemiutang terhadap penghutang terhadap hutang yang melebihi RM50,000.

Petisyen Penghutang: Seseorang individu boleh secara sukarela memohon atau mengisytiharkan status muflis untuk melindungi dirinya daripada tuntutan pemiutang yang dia tidak mampu untuk dijelaskan. Tiada jumlah minimum untuk mengisytiharkan diri sendiri sebagai muflis. Setelah dikemukakan, petisyen tidak boleh ditarik balik tanpa kebenaran mahkhamah

Apabila anda sudah diisytiharkan sebagai muflis, semua aspek yang melibatkan prosedur kewangan akan dikendalikan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Mereka yang ingin menyemak status bankrap, boleh melayari perkhidmatan portal e-Insolvensi di http://www.mdi.gov.my/index.php/ms/.

Apakah kesan diisytiharkan muflis? 

1. Pegawasan di bawah Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)

KPI akan mentadbir semua aset individu itu dan mengendalikannya untuk membayar hutang.

2. Perjalanan 

Tidak dibenarkan ke luar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapat kebenaran perintah mahkamah.

3. Kredit 

Akau bank dinyahaktifkan dan dilarang melakukan pengeluaran. Tidak dibenarkan membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan kredit melebihi RM1,000 dari mana-mana pemiutang.

4. Aset

Aset akan dikendalikan oleh KPI dan digunakan untuk membayar hutang. 

5. Pekerjaan

Antara pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja disebabkan Tindakan oleh persatuan profesional atau pihak berkuasa melibatkan peguam, juru ukur, akauntan dan doktor, pengarah syarikat, memiliki perniagaan atau sebahagian daripada pemilik perniagaan.

Empat (4) cara membebaskan diri daripada muflis

Tipulah kalau anda tidak takut bila diisytiharkan muflis, kan? Jadi sekiranya anda diisytiharkan muflis, ini empat cara yang dapat membantu anda menyelesaikannya.

i. Bantuan professional 

Sekiranya anda buntu mahupun berdepan masalah untuk menyelesaikan hutang yang menimbun, jangan malu untuk mendapatkan pertolongan.

Anda boleh mendapatkan pertolongan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Ia merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan secara percuma. 

Antara yang ditawarkan adalah perkhidmatan meliputi kaunseling kewangan dan nasihat, program pengurusan hutnag dan program pendidikan ilmu kewangan. 

Maklumat lanjut mengenai AKPK, boleh klik di sini

ii. Melakukan perbincangan dengan pihak pemiutang atau bank

Anda sentiasa dialu-alukan untuk berunding dan berbincang dengan pemiutang dan bank. Mereka bersikap terbuka untuk merunding dan mempertimbangkan semula syarat pinjaman anda.

Kecenderungan kes pinjaman yang tidak berbayar (non-performing loan) oleh pihak bank juga dapat dikurangkan. Berusaha untuk mendapatkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak. 

iii. Menilai semula aset serta komitmen kewangan 

Ingat, berbelanjalah secara waspada. Anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggunakan simpanan atau pelaburan untuk melangsaikan hutang atau pinjaman.

Sekiranya anda mempunyai pelbagai aset, dengan menjual aset tersebut, mungkin dapat membantu lenyelesaikan hutang dan pinjaman anda. 

Penting juga untuk mengetahui teknik yang berkesan untuk melangsaikan hutang. Pelbagai cara yang dikongsikan sekarang hanya di hujung jari termasuk dengan mempertimbangkan lima teknik ini

iv. Memahami kaedah bayaran ansuran bulanan

Bayaran ansuran hendaklah dibayar mengikut jumlah yang ditetapkan setiap bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat masalah untuk membuat bayaran bulanan yang ditetapkan, bankrap disarankan untuk berhubung dengan pegawai yang mentadbir kes tersebut.
Maklumat lanjut, boleh klik di sini.

Lima (5) tips mengelakkan daripada menjadi muflis

Sentiasalah beringat, kehidupan anda pastinya tidak lagi seronok apabila diisytiharkan muflis. Oleh itu, sekiranya anda merasakan anda berpotensi untuk muflis, ini beberapa tips bagi mengelakkannya.

1. Bantuan profesional

Bantuan profesional seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang tersedia di seluruh negara. 

Di AKPK, anda boleh mendapatkan khidmat kaunseling kewangan dan nasihat, program pengurusan hutang dan juga program pendidikan ilmu kewangan untuk memulihkan kembali kewangan secara percuma. 

2. Berbincang dengan pihak bank

Kebanyakan bank terbuka untuk berunding semula terma pinjaman anda. Pihak bank pun perlu menjawab kepada Bank Negara Malaysia mengapa kadar non-performing loan tinggi dan tak berkurang. 

Jalan yang terbaik adalah mengadakan perbincangan serta merumuskan semula aliran pembayaran balik yang mampu dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

3. Menjual aset dan harta

Kalau hutang anda sebulan dua tidak mengapa lagi, walaupun skor kredit berkemungkinan buruk, namun sekiranya mencecah enam bulan berturut-turut, anda boleh memikirkan untuk menjual apa yang sepatutnya.

Ingat, keutamaan anda adalah untuk melunaskan hutang tersebut terlebih dahulu, bukan menyimpan!

Anda juga boleh membuat pinjaman peribadi dari koperasi yang merupakan alternatif untuk permohonan yang tidak berjaya dari bank. Klik sini untuk maklumat lanjut. 

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, pastikan anda bijak dalam melangsaikan hutang agar tidak terjeremus menjadi muflis. Cara yang paling berkesan untuk hapuskan hutang lapuk adalah dengan kaedah overlap hutang dan penyatuan hutang.

4. Melangsaikan hutang dengan teknik overlap

  1. Overlap dengan Pinjaman Kadar Lebih Rendah
  2. Overlap dengan Pinjaman Tempoh Lebih Lama
  3. Overlap Sekiranya Potongan Slip Gaji Melebihi 60% (untuk penjawat awam)

Anda dapat mengurangkan komitmen bulanan dan terima ‘cash in hand’ tanpa menambah jumlah hutang yang sedia ada. Namun, beban hutang tak kurang. 

Overlap pinjaman peribadi adalah salah satu teknik untuk kurangkan komitmen tapi hutang masih ada dan mungkin akan meningkat jika peminjam tidak berdisiplin dalam membayar hutang tersebut. 

Lihat cara lengkap penyelesaian hutang dengan teknik overlap di sini.

5. Melangsaikan hutang dengan teknik Penyatuan Hutang

  1. Lakukan usaha wajar ke atas diri sendiri (senaraikan hutang anda)
  2. Cari kadar faedah yang lebih baik
  3. Kenal pasti kos pemprosesan, yuran & caj tersembunyi

Kebaikan teknik Penyatuan Hutang

  • Fokus membayar hanya satu ansuran sahaja
  • Bantu mengurangkan komitmen bulanan anda

Kelemahan teknik Penyatuan Hutang

  • Tempoh bayaran panjang dengan kadar faedah rendah
  • Kemungkinan permohonan ditolak
  • Tidak akan menghapuskan hutang

Lihat cara lengkap penyelesaian hutang dengan teknik Penyatuan Hutang

Kesimpulan

Walau bagaimanapun, sejak 6 Oktober 2017, undang-undang muflis di Malaysia telah mengalami perubahan iaitu individu boleh diisytiharkan muflis jika mempunyai hutang sebanyak RM50,000 atau lebih yang mana had itu telah dinaikkan daripada RM30,000.

Antara sebab utama yang menyumbang kepada kes muflis adalah pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan dan hutang kad kredit.

Rakyat Malaysia perlu mengambil tindakan proaktif untuk menguruskan segala pinjaman kerana jika tidak mereka akan terjerumus dalam perangkap hutang tertunggak sekaligus menjadi muflis.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

join-telegram_Direct-Lending
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *