Kelulusan Permohonan i-Sinar KWSP ‘Tanpa Syarat’ Mulai 8 Mac, Ini Yang Anda Perlu Tahu - Direct Lending Malaysia

Kelulusan Permohonan i-Sinar KWSP ‘Tanpa Syarat’ Mulai 8 Mac, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Umum sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pemansuhan kriteria i-Sinar dan ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021. 

Ini termasuk mana-mana permohonan baru yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli. Begitupun, jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti di bawah:

a.   Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. 

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b.   Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. 

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas turut akan dihentikan.

Ahli KWSP yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac. 

Ini akan bantu memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

Berikut di bawah adalah contoh situasi ahli KWSP yang ingin memohon kemudahan i-Sinar bermula 8 Mac ini:

SituasiStatus Permohonan
A) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:
Telah menerima bayaran interim RM1,000
Status permohonan: Sedang diproses

B) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:
Tidak menerima bayaran interim RM1,000
Status permohonan: Dokumen sokongan diperlukan
Permohonan akan diberi kelulusan dan status bayaran boleh disemak bermula 8 Mac 2021


Nota: Tiada bayaran interim bagi ahli yang belum menerima bayaran tersebut. Ahli akan terus menerima pembayaran pertama.
C) Ahli belum membuat permohonanPermohonan boleh dibuat bermula 8 Mac 2021. Permohonan akan diberi kelulusan
D) Baki Akaun 1 kurang dari RM150
Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas
Tidak layak memohon Kemudahan i-Sinar

Nota: Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, mereka boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah Pengeluaran Umur 55 Tahun.
Sumber: KWSP Malaysia

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-8922 4848. Bagi pertanyaan umum pula, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Jom tonton video kami:

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi. Kami boleh bantu anda semak, cari & mohon pinjaman yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda. Semak secara percuma & dapatkan kelayakan anda dengan segera. Terima kewangan tambahan secepat 2 hari bekerja.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan