Marketing
Dalam hidup, ada masa-masa kita perlukan sokongan kewangan – lebih-lebih lagi bila menanti kehadiran cahaya mata. Itulah yang dialami oleh Puan Izyan Liyana Binti Abdul Shukor, seorang Pembantu Khidmat Am di Jabatan Penyiaran Melaka. Ketika sedang sarat mengandung anak kedua, beliau memilih untuk memohon pinjaman koperasi melalui Direct Lending bagi menampung kos bersalin.
Apa yang lebih membanggakan, Puan Liyana merupakan antara pelanggan terawal kami sejak tahun 2018, dan sehingga hari ini masih setia menggunakan perkhidmatan kami. Ini menunjukkan kepercayaan jangka panjang yang beliau berikan terhadap servis kami.
Tahun 2018 – Mula mengenali Direct Lending melalui cadangan rakan yang bekerja di bank.
Pinjaman Pertama – Ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua, memerlukan dana untuk kos bersalin.
Rasa Ragu di Awal – Namun selepas mencuba, prosesnya mudah, selamat dan cepat — terus rasa yakin.
Konsultan Sangat Membantu – Cik Nadia memberikan penerangan yang jelas dan respon yang pantas setiap kali dihubungi.
Pinjaman Kali Kedua – Memohon semula untuk keperluan lain iaitu ubah suai rumah, servis kereta dan wang tunai kecemasan.
Urusan Tetap Lancar Walaupun Berpindah – Walaupun berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka, proses pinjaman tetap mudah dan tidak menyusahkan.
Kongsi dengan Rakan – Telah mengesyorkan Direct Lending kepada beberapa rakan dan ahli keluarga.
Pelanggan Setia – Kekal bersama Direct Lending sejak 2018 kerana yakin dengan perkhidmatan yang mudah, selamat dan boleh dipercayai.
“Saya kenal Direct Lending dari seorang kawan yang kerja di bank,”
Pada mulanya, beliau sekadar bertanya tentang saluran pinjaman yang boleh dipercayai. Kawannya kemudian mencadangkan Direct Lending, dan itulah titik mula pengalamannya.
“Saya cuba masuk laman web Direct Lending dan semak kelayakan pinjaman. Tak lama lepas tu, saya dihubungi oleh Cik Nadia, konsultan dari Direct Lending. Dia terangkan proses permohonan pinjaman dengan jelas dan mudah difahami,”
Namun, seperti ramai orang lain, Puan Liyana pada awalnya turut rasa ragu-ragu.
“Saya Google juga, betul ke wujud syarikat ni? Saya pun cuba sebab semua review yang saya baca, good review. Selepas uruskan permohonan pertama dengan Cik Nadia, terus rasa yakin. Ternyata, Direct Lending memang boleh dipercayai."
Pinjaman pertama dibuat sekitar tahun 2018, ketika beliau sedang hamil anak kedua.
Selepas pinjaman pertama, Puan Liyana kembali ke Direct Lending untuk beberapa keperluan lain termasuk ubah suai rumah, servis kereta, dan wang tunai kecemasan. Setiap kali, beliau akan terus berurusan dengan konsultan yang sama.
“Dari tahun 2018 sampai sekarang, saya masih guna Direct Lending. Urusannya senang, tak leceh, dan saya tahu saya boleh percaya.”
Puan Liyana turut mengesyorkan Direct Lending kepada rakan-rakan dan keluarga.
“Saya pernah pass nombor Cik Nadia kepada dua tiga orang. Ada seorang kawan tu follow up dengan saya dan dia pun puas hati dengan servis Direct Lending.”
Mengakhiri temu bual, Puan Liyana memberi nasihat ringkas kepada mereka yang masih tidak pasti untuk memohon pinjaman melalui platform digital seperti Direct Lending:
“Jangan ragu-ragu. Direct Lending memang boleh dipercayai. Konsultan mereka sangat membantu dan prosesnya mudah."
Anda juga boleh mendapatkan pembiayaan dengan lebih mudah, tanpa perlu risau dengan proses yang rumit atau risiko penipuan. Berdasarkan tiga perkataan Puan Liyana gambarkan tentang Direct Lending iaitu 'Servis Yang Terbaik'
Menjadi bukti dedikasi kami sebagai Pakar Pinjaman Anda.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.