Awas! Ini 7 Petanda Skim Penipuan Kerja Dari Rumah

Dulu mungkin anda kena keluar rumah untuk jana pendapatan. Tapi di zaman yang serba canggih dan moden ini, pelbagai kemudahan dan cara untuk ‘buat duit’ walaupun hanya dari rumah. Oleh itu, semakin banyak iklan kerja freelance atau iklan jana side income dari rumah yang menawarkan pendapatan ribu ribu, ada juga yang menjanjikan manfaat tambahan lain seperti komisen, bonus dan banyak lagi.

Iklan ini antara jenis iklan yang selalu digunakan oleh sindiket skim penipuan kerja dari rumah untuk menarik mangsa. Ini petanda yang anda kena ketahui sebelum memohon kerja freelance atau kerja dari rumah.

1. Iklan ‘Too Good Too Be True’

skim penipuan kerja dari rumah
Sumber: Freepik

Iklan skim penipuan kerja dari rumah akan menggunakan ayat atau frasa yang sangat meyakinkan pembaca. Sebagai contoh:

“Kerja di rumah atau di mana-mana sahaja!”

“Waktu kerja yang fleksibel!!!”

“Tetapkan jadual anda sendiri!!!”

“Kerja yang mudah dan ringkas!!!”

“Tiada pengalaman diperlukan!!!”

Pendapatan sehingga RM300-RM500 seminggu!!!”

Iklan pekerjaan ini selalunya akan menjanjikan amaun pendapatan yang tak masuk akal dengan syarat kelayakan yang sangat fleksibel. Tidak ada pekerjaan yang sah akan menawarkan pendapatan yang tinggi dengan kerja yang amat mudah. Pastikan anda kaji terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut sebelum mohon. Jangan terpancing dengan iklan yang over-promised atau too good to be true sebelum kaji betul-betul.

2. Yuran / Wang Pendahuluan Diperlukan

skim penipuan kerja dari rumah
Sumber: Freepik

Awas jika syarikat tersebut meminta anda membuat bayaran atau yuran sebelum diterima bekerja. Modus operandi ini merupakan sebab ramai mangsa yang terkena rugi dan kehilangan wang. Syarikat yang sahih, akan mengiklankan maklumat seperti syarat kelayakan dan tanggungjawab kerja itu dengan terperinci secara PERCUMA. Anda tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran untuk mohon.

3. Maklumat Syarikat Tidak Wujud

skim penipuan kerja dari rumah
Sumber: Freepik

Sekiranya anda ternampak iklan pekerjaan yang menawarkan pendapatan lumayan walaupun hanya dari rumah. Anda wajib untuk kaji syarikat tersebut. Syarikat yang sah akan mempunyai laman web tersendiri dan Google juga akan menunjukkan alamat (HQ) syarikat tersebut. Selain itu, anda juga boleh kaji media sosial syarikat tersebut untuk memastikan mereka aktif dan semua maklumat yang anda jumpa di mana-mana platform kerja kosong adalah tepat dan betul.

Jangan segan silu untuk ‘PM’ atau tanya mereka di media sosial jika masih keliru atau tidak faham tentang kerja tersebut. Perlu diingatkan bawah skim penipuan kerja dari rumah ini selalunya menggunakan alamat yang palsu atau tidak wujud. Contoh seperti pejabat-pejabat yang kosong bagi mengelakkan identiti mereka terdedah. Selain itu ada juga cara lain untuk semak jika syarikat itu betuk-betul wujud atau tidak. Anda boleh semak scammer di sini

4. Data Peribadi Diperlukan

skim penipuan kerja dari rumah
Sumber: Freepik

Jika anda baru sahaja memohon kerja tersebut, resume dan aplikasi anda memiliki maklumat peribadi seperti (alamat, telefon, email dan banyak lagi). Di tangan yang salah, maklumat ini mungkin sangat berbahaya. Oleh itu, anda kena pastikan anda berurusan dengan syarikat yang sah dengan pekerjaan yang sebenar. Lagi-lagi bila anda mohon kerja dari rumah, anda tidak mampu jumpa mereka face to face. Pastikan anda tidak kongsi maklumat peribadi sebelum memastikan kesahihan dan kewujudan syarikat tersebut.

5. Tidak Dapat Hubungi Syarikat

skim penipuan kerja dari rumah
Sumber: Freepik

Iklan kerja dari rumah ini, semestinya akan meletakkan no telefon mereka di iklan untuk berhubung dengan pemohon. Cuba semak no tersebut dan bandingkan no itu dengan maklumat yang ada di laman web syarikat, jika no itu tiada dalam laman web anda boleh hubungi no pejabat untuk pengesahan. Ini adalah untuk memastikan maklumat data anda tidak diakses oleh individu yang salah. Bagaimana kalau no di laman web tersebut pun tidak boleh dihubungi? Awas ini adalah salah satu petanda, syarikat tersebut mempunyai sindiket tersendiri dan tidak mahu pihak berkuasa mengesan mereka.

6.Skop Pekerjaan Yang Terlalu Mudah

skim penipuan kerja dari rumah
Sumber: Freepik

Sudah tentu anda nak tahu cara untuk jana pendapatan dengan kerja tersebut kan? Oleh itu, anda kena ketahui dan semak skop pekerjaan tersebut.  Skop kerja yang terlalu mudah dan sempurna. Contohnya, tidak memerlukan sebarang pengalaman, kerja ikut masa sendiri, pendapatan mingguan cecah lima angka. Ada iklan kerja yang memang mempunyai skop seperti ini tapi, jika syarikat itu sah dan wujud tiada masalah. Namun, jika syarikat itu tidak boleh dihubungi atau anda curiga dengan laman web rasmi mereka itu adalah petanda skim penipuan kerja dari rumah.

7.Sistem Kerja Tidak Sistematik

skim penipuan kerja dari rumah
Sumber: Freepik

Anda kena ketahui sistem kerja dari awal sehingga akhir. Syarikat yang sah akan berikan SOP atau guidelines untuk anda selesaikan tugas yang akan diberikan. Mereka juga lebih transparent, iaitu tidak menyembunyikan sebarang info berkenaan cara pengiraan gaji/pendapatan anda, cara anda dinilai untuk mengenal pasti status kerja anda, dan paling penting anda tahu dengan siapa anda berurusan atau berhubung. Jika anda tidak pasti anda berhubung dengan siapa, department mana dan sistem pekerjaan juga tidak sistematik. Hati-hati dan mula kaji kesahihan syarikat tersebut.

Kesimpulan

Skim penipuan ini biasanya akan target suri rumah, pelajar-pelajar, penganggur, dan mereka yang mencari wang tambahan. Biasanya, golongan ini akan sentiasa di rumah, dan amat terdesak untuk mencari wang bagi menampung kehidupan. Jika anda salah satu daripada golongan ini, pastikan anda kenalpasti dan kaji kesahihan kerja dan syarikat tersebut. Ingat,  Jangan mudah terpedaya dengan tawaran ‘Too Good To Be True‘ dan jangan sesekali melakukan transaksi atau pemindahan wang kepada mana-mana akaun orang yang tidak dikenali serta meragukan.

Sumber: CompareHero

Jika anda mencari platform yang boleh dipercayai dan selamat untuk jana pendapatan tambahan, walaupun hanya di rumah. Ini 7 platform TRUSTED yang kami boleh rekomen.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *