Marketing

Situasi kecemasan boleh berlaku bila-bila masa, sebagai contoh kereta rosak, bil hospital, atau gaji lambat masuk. Dalam keadaan begini, pinjaman segera boleh jadi penyelamat. Pinjaman segera ialah pembiayaan jangka pendek yang membolehkan anda dapat duit tunai dengan cepat, sama ada melalui bank, koperasi atau platform pinjaman online yang sah.
Oleh itu, ramai yang memilih untuk mohon pinjaman wang berlesen dari kredit komuniti bagi pinjaman segera, contohnya sebanyak RM2,000. Cara ini menjadi pilihan utama kerana proses permohonan pinjaman peribadi urgent secepat 24 jam dan tidak perlukan cagaran atau penjamin pinjaman. Permohonan akan lulus dengan segera jika anda menepati syarat kelayakan dan pemohon mempunyai dokumen lengkap.
Namun, bagaimana pula untuk yang tidak melepasi syarat kelayakan? Apa pula cara lain untuk mereka dapatkan pinjaman wang segera yang sah dan selamat? Kali ini kami kongsi cara-cara yang sah pinjam duit kecemasan sesuai untuk anda yang mempunyai dokumen lengkap dan juga jalan lain untuk anda yang tidak mempunyai dokumen lengkap memohon pinjaman peribadi.
Tidak semestinya jika anda pinjam duit kecemasan daripada bank memakan masa yang lama, anda boleh mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tempatan yang menawarkan pinjaman lulus dalam tempoh secepat 24 jam.
Walau bagaimanapun, syarat kelayakan untuk memohon pinjaman duit kecemasan daripada bank lebih ketat berbanding institusi kewangan yang lain. Kebanyakan bank tidak akan menerima pemohon dengan masalah rekod CCRIS dan CTOS, dan sudah pasti peluang untuk lulus lebih tipis.
Cara untuk mohon: Layari laman web bank-bank tempatan untuk jenis-jenis pembiayaan yang sesuai dengan keperluan anda.
Sebenarnya, Direct Lending juga bekerjasama dengan beberapa bank dan koperasi untuk menawarkan pinjaman segera peribadi kepada anda. Kelebihannya, anda tidak perlu ke setiap bank satu per satu untuk semak kelayakan atau mohon pinjaman yang boleh mengambil masa dan menjejaskan rekod kredit anda. Dengan Direct Lending, anda hanya perlu isi satu permohonan, dan konsultan pinjaman kami akan bantu anda semak, banding dan mohon pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan dan situasi kewangan anda.
Semak Kelayakan Percuma dengan Direct Lending
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jika anda membuat pinjaman duit kecemasan daripada bank, ianya mempunyai kriteria yang lebih ketat dan pemohon dengan masalah skor kredit susah untuk dapatkannya. Oleh itu, alternatif selain daripada pinjaman bank adalah pinjaman koperasi.
Pinjaman koperasi adalah pilihan popular di kalangan penjawat awam kerana kelonggaran dan fleksibiliti dari segi permohonan berbanding dengan bank komersial. Ini adalah kerana skim bayaran balik adalah melalui potongan gaji (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara). Pinjaman peribadi bank koperasi juga menerima permohonan peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman rekod CCRIS atau CTOS, disenaraikan di bawah Akaun Perhatian Khas(SAA) dan juga AKPK.
Seperti pinjaman daripada bank komersial, pinjaman koperasi menawarkan jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh kelulusan pantas. Pelan pinjaman daripada koperasi adalah terjamin seperti pelan daripada bank komersial kerana ianya berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502).
Namun, pinjaman koperasi hanya ditawarkan kepada pekerja sektor awam seperti kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun. Sekiranya anda adalah pekerja sektor awam pembiayaan ini sesuai untuk anda. Anda juga boleh mohon online dan terima keputusan kelulusan segera.
Mohon Pinjaman Koperasi Kadar Serendah 2.97%
Macam mana pula jika anda perlukan pinjaman duit kecemasan tapi bukan pekerja di sektor awam? Jangan risau. Pilihan ke-3 ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja tak kira anda bekerja di sektor awam mahupun sektor swasta.
Selain daripada pinjaman bank dan koperasi, pinjaman kredit komuniti atau lebih dikenali sebagai pinjaman wang berlesen yang selamat dan sah adalah alternatif pinjaman wang kecemasan yang popular. Pinjaman ini sesuai sekiranya anda memerlukan pinjaman segera berjumlah kecil, contohnya RM1K atau RM2K. Jenis pinjaman ini sering digunakan oleh mereka yang sukar untuk mohon pinjaman bank dan tidak layak untuk pinjaman koperasi.
Syarat untuk mohon pinjaman peribadi ini lebih longgar berbanding kelayakan untuk memohon pinjaman daripada bank dan koperasi. Kebanyakan pemberi pinjaman wang berlesen menerima permohonan daripada individu dengan skor kredit rendah, rekod buruk di CCRIS, dan sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) di bawah AKPK.
Namun, pinjaman daripada kredit komuniti ini mempunyai beberapa kekurangan, seperti caj kadar faedah tahunan yang lebih tinggi berbanding pinjaman bank dan koperasi. Pinjaman wang kecemasan daripada kredit komuniti membenarkan pinjaman dengan amaun lebih rendah dan tempoh pembiayaan singkat berbanding bank atau koperasi.
Mohon Pinjaman Wang Berlesen Segera
Pernah dengar tentang “buat duit dengan rumah sendiri”? Ya, rumah anda bukan sekadar tempat berlindung — ia juga boleh menjadi aset yang membantu anda mendapatkan tunai apabila diperlukan. Dengan refinance rumah
anda boleh menukar pinjaman perumahan sedia ada kepada pinjaman baharu di bawah syarat dan kadar faedah yang berbeza, sama ada daripada bank yang sama atau berlainan.
Ramai pemilik rumah memilih untuk refinance rumah bagi mendapatkan wang tunai tambahan atau menikmati kadar faedah yang lebih rendah. Namun, proses ini biasanya mengambil masa yang lebih lama berbanding pinjaman segera lain kerana ia melibatkan semakan dan kelulusan seperti permohonan pinjaman perumahan baharu.
Refinance rumah sesuai untuk mereka yang memerlukan dana dalam jumlah besar dan mampu menunggu tempoh kelulusan yang lebih panjang — contohnya untuk menyelesaikan hutang, membiayai rawatan perubatan, atau menambah modal perniagaan.
Pendahuluan tunai kad kredit atau lebih dikenali sebagai “Credit Card Cash Advance” adalah perkhidmatan pinjaman wang segera yang disediakan oleh bank. Cash advance membenarkan pemegang kad mengeluarkan wang tunai wang tunai secepat 24 jam dari mana-mana ATM bank seluruh dunia, atau di kaunter di bank mengikut had kredit yang tersedia.
Sesuai digunakan untuk pelbagai sebab pinjaman seperti kecemasan, pembelian barangan, dan lain-lain kerana pengeluaran duit sangat mudah dan cepat. Anda hanya perlukan kad kredit dengan nombor PIN dan tidak memerlukan dokumen atau cagaran.
Langkah 1: Bawa kad kredit dan pergi ke mana-mana mesin ATM
Langkah 2: Masukkan nombor PIN
Langkah 3: Pilih ‘cash advance’
Langkah 4: Masukkan jumlah wang tunai
Langkah 5: Terima wang dan print resit (jika perlu)
Cash advance ini biasanya tidak membabitkan amaun terlalu besar, ianya antara pilihan terbaik yang ada untuk mengatasi keperluan kewangan seseorang dalam tempoh yang pendek. Namun ada beberapa keburukan Cash Advance
Kita sedia maklum kadar faedah untuk kad kredit adalah tinggi, namun kadar faedah untuk Cash Advance lebih tinggi! Kebanyakan bank mengenakan sekurang-kurangnya 18%interest.
Berbanding dengan kadar faedah penggunaan kad kredit yang hanya dikenakan sekali sahaja, kadar faedah Cash Advance dikira setiap hari. Oleh itu, ianya akan memberi kesan compounding iaitu kadar faedah akan dikenakan ke atas interest yang belum bayar.
Sekiranya anda mengeluarkan RM1,000 menggunakan kad kredit bank akan mengenakan interest 10% setahun tetapi dikira setiap hari (Kadar faedah harian 20% / 365 = 0.054% sehari). Kemungkinan anda berfikir bayaran faedah adalah RM200 tetapi oleh kerana ianya dikira setiap hari sebenarnya bayaran faedah berjumlah RM221.34 selepas setahun disebabkan oleh kesan kompaun.
Setiap pengeluaran tunai di ATM akan dikenakan fi sebanyak 5% daripada jumlah tersebut ataupun minima RM15-25 bergantung kepada bank anda. Ini bermakna, jika anda keluarkan RM1,000 melalui Cash Advance, awal-awal lagi dikenakan caj RM50. Ini tidak termasuk lagi dengan kadar faedah harian yang akan dikenakan nanti.
Oleh itu, gunakan Cash Advance ini sekiranya anda yakin dapat bayar balik sepenuhnya dalam masa yang singkat (seminggu sehingga sebulan).
Pelan ansuran tunai ini sebenarnya alternatif lain untuk pengguna kad kredit yang tidak mahu menggunakan Cash Advance. Pelan ansuran tunai atau Cash Installment Plan (CIP) membenarkan anda untuk buat pinjaman tunai dengan kad kredit , dan bayar semula dalam bentuk bayaran ansuran bulanan tetap.
Cash Instalment Plan adalah lebih praktikal bagi pemegang kad kredit berbanding pelan pinjaman peribadi kerana kebanyakan pelan CIP tidak mengenakan caj kadar faedah tahunan (0% interest) dan juga tiada caj pengendalian (upfront handling fee). Oleh itu, pelan ini sesuai untuk anda yang ingin membuat pinjaman segera dan memerlukan wang kecemasan dengan jumlah yang besar.
Kebanyakkan bank tidak akan mengenakan fi 5% untuk pinjaman tunai berbanding cash advance tadi, namun anda perlulah memohon CIP secara online, ataupun hubungi mereka melalui telefon/e-mel dan tunggu permohonan diluluskan. Ada juga beberapa bank yang terima permohonan di kaunter mereka. Setelah lulus pembiayaan tersebut akan dimasukkan ke akaun simpanan atau akaun semasa bergantung dengan bank anda, secepat 24 jam atau selewatnya 2 minggu.
Sebelum bersetuju dan mohon, pastikan anda tahu kadar faedah yang dikenakan ke atas kad kredit anda kerana setiap bank mengenakan caj dan kadar faedah yang berbeza.
Pelan ‘Beli Dulu, Bayar Nanti’ atau dikenali sebagai Buy Now, Pay Later (BNPL) kini semakin popular untuk pembiayaan jangka pendek, terutamanya bagi ‘online shopper’. BNPL menawarkan ansuran—contohnya 3 atau 6 bulan—tanpa perlu kad kredit dan sering dengan kadar faedah 0%. Namun, anda perlu pastikan anda mampu membayar tepat pada masanya kerana caj kelewatan boleh sangat tinggi.
Perhatian penting 2025: Kerajaan Malaysia telah menggubal Consumer Credit Bill 2025 atau dikenali sebagai Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) bagi mengawal selia BNPL dan produk kredit mikro lain. Di bawah undang-undang ini, penyedia BNPL perlu memperolehi lesen khusus, melakukan penilaian keupayaan pembayar pinjaman (“affordability assessment”), mendedahkan caj secara terbuka dan mematuhi amalan pemulihan hutang yang adil.
Maka, ketika anda memilih pelan BNPL atau pembiayaan ansuran daripada syarikat seperti Direct Lending, pastikan penyedia itu berlesen dan mematuhi undang-undang terkini — supaya anda tidak terjebak dengan beban hutang yang lebih besar.
✅ Checklist 2025 untuk Pengguna BNPL (Buy Now, Pay Later)
Sebelum anda guna pelan BNPL, pastikan anda semak perkara penting ini supaya tak terbeban dengan hutang yang tidak dijangka:
Semak Lesen Penyedia BNPL
Pastikan syarikat BNPL anda (contohnya Atome, Grab PayLater, atau SPayLater) berlesen di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau KPKT.
Periksa Caj & Terma Jelas
Pastikan semua caj, tempoh bayaran dan penalti kelewatan dinyatakan dengan jelas dalam aplikasi atau laman web mereka sebelum anda bersetuju.
Elak Guna Banyak BNPL Serentak
Walaupun nampak ringan, menggunakan terlalu banyak pelan BNPL dalam masa sama boleh menjejaskan rekod kredit anda (CTOS/CCRIS) dan kelayakan pinjaman masa hadapan.
Guna Hanya Untuk Keperluan Penting
Gunakan BNPL untuk pembelian perlu seperti keperluan asas, pembaikan kereta, atau barangan penting — bukan kehendak semata-mata.
Pilih Platform Patuh Syariah & Sah
Pilih platform yang menawarkan pembiayaan patuh Syariah seperti Pembiayaan Auto Servis atau Takaful Kereta Direct Lending, supaya ansuran anda selamat, sah dan bebas riba. Pembiayaan patuh syariah ini bertempoh 3 ke 12 kali bayaran bulanan sehingga RM5,000.
Cara ini sesuai untuk anda yang nak pinjaman segera untuk pembelian barang tertentu tetapi tidak mempunyai kad kredit atau tidak layak untuk memohon pinjaman wang di bank dan koperasi.
Jika 7 cara sebelum ini tidak sesuai dengan situasi anda, satu lagi pilihan ialah meminjam duit kecemasan daripada keluarga atau rakan terdekat. Cara ini tidak memerlukan sebarang dokumen atau syarat kelayakan yang ketat seperti pinjaman segera daripada institusi kewangan.
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau sahabat yang sanggup membantu dan mempercayai anda mampu membayar semula pinjaman tersebut, ini boleh menjadi pilihan yang lebih fleksibel. Biasanya, pinjaman segera begini melibatkan jumlah yang lebih kecil dan tidak memerlukan sebarang kontrak rasmi, sesuai untuk keperluan mendesak sementara menunggu gaji atau dana lain masuk.
Namun begitu, pinjaman daripada kenalan rapat juga mempunyai risikonya. Jika anda gagal menunaikan janji untuk membayar balik dalam tempoh yang dipersetujui, ia boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan atau persahabatan. Oleh itu, pastikan anda tetapkan tempoh bayaran dan jumlah ansuran yang jelas sebelum menerima bantuan ini, supaya kedua-dua pihak selesa dan saling menghormati.
Sebagai perbandingan, pinjaman daripada institusi kewangan atau koperasi mempunyai perjanjian bertulis dan terikat kepada jadual bayaran balik rasmi — jadi setiap pihak tahu tanggungjawab masing-masing.
Cara lain untuk mendapatkan duit kecemasan adalah dengan mencagarkan barang kemas, atau emas. Terdapat juga sistem pajak gadai Islam yang patuh syariah, seperti Ar-Rahnu. Sistem pajak gadai Islam ini diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YPEIM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berbeza dengan sistem pajak gadai konvensional, kerana menawarkan pinjaman tanpa caj faedah dan hanya mengenakan upah simpan yang tidak membebankan.
Jika sudah terdesak tak semestinya anda kena pinjam duit segera, antara cara lain juga adalah dengan menjual barang berharga yang sudah tidak perlu. Kami faham mungkin susah untuk anda melepaskan barangan peribadi tersebut, tapi lebih elok untuk jual sahaja sesetengah benda jika anda sangat perlukan duit. Antara barangan berharga yang boleh dijual adalah, gajet elektronik, smartphone, konsol permainan, perabot, beg dan aksesori berjenama.
Anda boleh jual barang tersebut kepada keluarga dan kenalan terdekat dulu, jika perlu iklankan juga di media sosial dan website jual beli seperti Carousell dan Mudah untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih menarik dan berbaloi dengan nilai barang anda.
Jika anda memerlukan wang segera untuk situasi kecemasan seperti kos rawatan, pembaikan mendesak atau perbelanjaan lain, anda boleh mempertimbangkan pengeluaran dari KWSP. Mulai pengubahsuaian terbaru, KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel (Account 3) yang membolehkan pengeluaran atas keperluan kecemasan (tertakluk kepada syarat).
Tambahan pula, mulai 19 April 2025, anggota mempunyai pilihan untuk memindahkan simpanan antara Akaun mereka sendiri (contohnya daripada Akaun Sejahtera atau Akaun Fleksibel ke Akaun Persaraan) melalui aplikasi i-Akaun atau terminal perkhidmatan sendiri.
Untuk Akaun Sejahtera (Account 2) pula, pengeluaran masih terhad kepada sebab-sebab yang dibenar seperti pendidikan, pembelian rumah, menunaikan Haji dan sebagainya—dan bukan semata-mata untuk wang tunai segera.
Permohonan pengeluaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal i-Akaun KWSP atau di kaunter KWSP.
ℹ️ Penafian: Walaupun Akaun Fleksibel memudahkan pengeluaran, anda perlu berhati-hati supaya pengeluaran ini tidak menjejaskan persiapan persaraan anda.


Terdesak macam mana pun, jangan sesekali pinjam dengan Ahlong! Ramai yang sudah menjadi mangsa pinjaman tidak berlesen ini seperti yang sering dilaporkan di media tempatan. Ramai terpedaya dengan janji manis dan tawaran “pinjaman segera tanpa syarat” yang nampak terlalu bagus untuk jadi kenyataan.
Namun, di sebalik proses permohonan yang mudah dan cepat, peminjam akhirnya terpaksa menanggung bayaran balik yang tidak masuk akal setiap bulan — malah ada yang diugut, diganggu dan dimalukan apabila gagal membayar balik.
Sebelum anda buat keputusan untuk mengambil jalan singkat, fikirkan kesan jangka panjang. Pinjaman wang daripada Ahlong bukan sahaja menjejaskan kewangan anda, malah boleh membawa risiko keselamatan kepada diri dan keluarga.
Antara kesan negatif meminjam daripada Ahlong termasuk:
Sebaliknya, dapatkan pinjaman segera daripada sumber sah seperti bank, koperasi, atau platform berlesen seperti Direct Lending, yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Mohon Pinjaman Sah Direct Lending

Jangan pula anda mengelak pinjaman Ahlong tapi terjerat dengan sindiket penipuan pinjaman peribadi. Scammer pinjaman peribadi ini berbeza sedikit dengan Ahlong kerana, anda langsung tidak akan dapat wang pinjaman, malah akan hilang duit kerana membuat bayaran pendahuluan ataupun upfront yang tidak wujud.
Ramai scammer pinjaman peribadi ini mengaku bahawa mereka adalah syarikat pinjaman wang berlesen dibawah KPKT sehingga ramai yang terpedaya dengan taktik mereka. Anda perlu berhati-hati dan mengelak melakukan pinjaman seperti ini. Pinjaman kredit komuniti dan pinjaman bank dan koperasi yang sah tidak akan meminta bayaran pendahuluan dan tidak memegang kad ATM bank anda.
Semak kelayakan pinjaman peribadi anda secara online melalui platform Direct Lending dan loan konsultant kami akan bantu anda pilih pembiayaan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda!
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 26 Januari 2023 dan dikemas kini pada 23 Oktober 2025).
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.
1 Comment
Mohon pinjaman segera