10 Website Jual Beli Kereta Terpakai Terbaik dan Trusted
beli kereta terpakai

10 Website Jual Beli Kereta Terpakai Terbaik dan Trusted

Memetik Berita Harian menerusi hasil dapatan Kaji Selidik Pengguna Carsome sebagai berkata, responden di Malaysia yang berhasrat membeli kereta telah meningkat sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu, berikut senaraian website jual beli kereta terpakai trusted secara dalam talian yang boleh dirujuk untuk membantu anda membuat pilihan kereta terpakai yang betul dan puas hati. 

Senarai Website Jual Beli Kereta Terpakai di Malaysia

1. Carsome

beli kereta terpakai

Carsome ialah platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara merangkumi di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Ia bertujuan mendigitalkan industri kereta terpakai di rantau ini dengan membentuk semula dan meningkatkan pengalaman jual beli kereta.

Carsome memberikan penyelesaian menyeluruh kepada pengguna dan peniaga kereta terpakai bermula dari pemeriksaan kereta hingga pemindahan pemilikan dan pembiayaan selain menjanjikan perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan cekap.

Maklumat lanjut di https://www.carsome.my/

2. EZsellcar.my

ezsellcar

EZsellcar.my merupakan platform sehenti penjualan dalam talian untuk pemilik kereta di Malaysia. Ia memberikan anda penilaian kereta secara dalam talian percuma, menawarkan sebut harga termasuk menajdikan pengalaman pemilik dan penjual kereta pada aras terbaik. 

Selain itu, ia juga platform yang pertama menawarkan model kereta yang realistik dalam pangkalan data penilaian, iaitu model kereta dapat dikenal pasti dengan tepat berdasarkan asas yang kuat dalam industri ini.

Maklumat lanjut di https://ezsellcar.my/

3. Carlist.my

carlist

Carlist.my ialah platform e-dagang yang menghubungkan pembeli, penjual dan peminat kenderaan di bawah satu bumbung. Ia menyediakan iklan kereta, maklumat terkini, penyelidikan automotif komprehensif dan banyak lagi. 

Ia menawarkan kereta baharu dan terpakai meliputi pelbagai jenama dengan lebih 10,000 penyenaraian tersedia dalam pangkalan data dengan lebih 80,000 pembeli kereta berpotensi serta lebih 13 juta paparan halaman pada setiap bulan. 

Maklumat lanjut di https://www.carlist.my/

4. Mudah.my

mudah.my

Mudah.my ialah marketplace secara dalam talian untuk pembelian dan penjualan pelbagai produk serta perkhidmatan di Malaysia. Ia menampilkan iklan dalam pelbagai kategori meliputi kenderaan; pekerjaan dan perkhidmatan; elektronik; harta; perjalanan; perniagaan; barangan rumah dan peribadi. 

Maklumat lanjut di https://www.mudah.my/

5. myTukar

mytukar

Menghubungkan pembeli dan penjual kenderaan pramilik di seluruh negara melalui platform pembidaan digital selain penilaian kenderaan yang segera dan pemasaran semula kenderaan.

Ia juga bertindak sebagaiproduk perniagaan dan perusahaan, termasuk kewangan dan insurans untuk peniaga dan rakan niaga. Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dalaman mudah alih serta profesional, di samping perkhidmatan logisti, penghantaran di seluruh negara untuk pembeli dan penjual kereta. 

Maklumat lanjut di https://mytukar.com/

6. Motorist.my

motorist

Ditubuhkan di Singapura, Motorist membantu pemilik kereta membuat keputusan pemilikan kenderaan yang lebih pintar dengan memberikan penyelesaian boleh dipercayai dan efisien.

Platform ini menjadikan proses urus niaga kenderaan lebih lancar dan tanpa gangguan bagi pemilik kenderaan. Setakat ini, kami berjaya melakukan transaksi lebih daripada 10,000 kenderaan bernilai hampir S$ 200 juta. Pada 2018, ia memasuki pasaran Malaysia. 

Maklumat lanjut di https://www.motorist.my/

7. Carousell

carousell

Carousell dikategorikan sebagai marketplace yang membolehkan orang ramai membeli dan menjual barang-barang preloved. Ini adalah aplikasi platform pengguna-ke-pengguna yang berpusat di Singapura untuk iOS dan Android. Ia memiliki beragam produk dengan pelbagai kategori produk, termasuk kereta, gaya hidup, alat dan aksesori fesyen.

Maklumat lanjut di https://www.carousell.com.my/

8. Sime Darby Auto Selection

sime darby

Di Sime Darby Auto Selection, ia menyediakan perkhidmatan dan menggunakan peralatan terkini dan telah dibina khas untuk menyokong semua kenderaan moden. Ia terletak di pusat servis baru di Glenmarie, Shah Alam, komited untuk menawarkan perkhidmatan premium kepada setiap pelanggan.

Maklumat lanjut di https://simedarbyautoselection.com.my/

9. Proton Certified Pre-Owned (PCPO)

proton

Membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai stok semasa daripada 36 pengedar di seluruh negara dan tukar beli kenderaan untuk menerima tawaran hebat pembelian model baharu.

PROTON berkata berikutan jumlah jualan yang meningkat pada 2019, ia jelas menunjukkan bahawa kecekapan pemprosesan tukar beli kereta pelanggan adalah kunci untuk mengekalkan kadar pertumbuhan.

Maklumat lanjut di https://used-cars.proton.com/

10. MyMotor

mymotor

Di dalam dunia yang berlalu dengan pantas kini, kereta diibaratkan keperluan. Hanya dengan satu klik, MyMotor merupakan solusi bagi memudahkan anda menjalankan tugas selain menjimatkan masa dan perkara penting. 

Maklumat lanjut di https://www.mymotor.my/

Tips Jual Kereta Terpakai Lebih Cepat & Selamat 

i. Semak nilai semasa

Semak nilai semasa kereta dan baki pinjaman bank anda. Boleh semak dengan melayari laman web yang telah disediakan di atas. Ketahui nilai semasa, tahun pengeluaran kereta, jenama, model, kapasiti enjin, dan transmisi manual atau auto.

ii. Baiki kerosakan dan bersihkan kereta

Pastikan bahagian kereta luar dan dalamnya. Sebelum ditunjukkan kepada bakal pembeli, pastikan kenderaan terlihat seperti baru. 

Pastikan bahagian dalam kereta berfungsi dengan baik. Apabila terdapat kerosakan, anda perlu membaikinya bagi memastikan harga kereta terpakai tak jatuh atau bakal pembeli meminta harga rendah. Untuk kerosakan yang tak boleh dibaiki, beritahu kepada bakal pembeli tentang keadaan sebenar.

Jika kerosakan kereta agak teruk dan kos penyelenggaran agak mahal, anda boleh dapatkan pembiayaan kecilan atau mohon pelan ansuran Pembiayaan Auto Servisuntuk servis kereta daripada Direct Lending. Dengan pembiayaan ini, anda tidak perlu bayar bil servis secara lumpsum dan ianyan dapat meringankan beban bulanan anda.

iii. Buat iklan 

Dengan iklan, ia sangat membantu, antaranya dengan menggunakan kebolehan menulis ayat iklan yang ‘power’ untuk membuatkan kereta terjual pada harga yang sepatutnya.

Ambil gambar bahagian luar dan dalam kereta daripada sudut yang menarik. Anda pun boleh buat video untuk mengiklankan kereta dan upload ke dalam platform tersedia. 

iv. Dokumen diperlukan

Sama ada anda ingin trade in kereta lama kepada kereta baharu atau menjualnya untuk mendapatkan duit tambahan, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti dokumen-dokumen sokongan untuk memudahkan urusan jual beli. 

v. Laporan pemeriksaan Puspakom (Laporan B5)

Semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan tukar milik di Puspakom sebelum permindahan hak milik kenderaan boleh dilakukan. Ini kerana, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memerlukan laporan B5 atau B5 Report sebelum pemindahan hak milik boleh dilakukan. Pemeriksaan ini bertujuan untuk melindungi bakal pembeli daripada membeli atau memiliki kenderaan yang tidak sah seperti kenderaan potong-sambung.

vi. Proses bidaan langsung

Selepas pemeriksaan dilakukan oleh pemeriksa bertauliah, anda boleh memilih sama ada untuk menerima harga ditawarkan atau memilih melakukan bidaan harga secara langsung.

Apabila anda kurang mahir dalam menjual kereta ataupun kesuntukan masa disebabkan hal lain, anda boleh menggunakan ejen atau runner tetapi ada bayaranlah.

Tips Beli Kereta Terpakai

1. Pandu uji dan nilai kereta

Pandu uji kereta sebelum beli kereta terpakai penting untuk memastikan tahap prestasi dan kualiti kereta yang ingin dibeli berada dalam keadaan baik. Ia juga dapat membantu anda memaksimumkan pengalaman dan membuat keputusan yang betul dan tepat.

2. Pilih pinjaman kereta yang sesuai 

Pinjaman termasuk faedah perlu dibayar balik kepada pihak bank secara ansuran dalam jangka masa tertentu. Kadar pinjaman, faedah pinjaman, kaedah pengiraan pinjaman bergantung pada keperluan bank yang turut mengambil kira kelayakan gaji, rekod pinjaman sedia ada dan faktor-faktor semasa yang lain.

Jika anda seorang penjawat awam, anda mempunyai alternatif pembiayaan lain iaitu memohon dengan pinjaman peribadi bank dan koperasi. Anda boleh beli kereta terpakai dengan kadar lebih murah serendah 2.69%. Anda juga tidak perlu menyediakan sebarang cagaran ataupun penjamin untuk memperolehi pembiayaan tersebut.

3. Fahami jenis insurans kereta

Insuran kereta merupakan perlindungan tambahan yang dibeli oleh pemilik kereta yang bertujuan untuk melindungi pengguna dan membantu mengurangkan kos pembaikan yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kereta.

Jika anda berminat untuk beli kereta terpakai. Ini video pendapat kami yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Kesimpulan 

Memang ada banyak pilihan dan kelebihan untuk beli kereta terpakai. Paling utama, tanda harga. Kereta yang dulu mahal kini sudah jadi mampu milik lepas susut nilai dan sudah tentu, anda akan mendapat lebih nilai berbanding jumlah wang yang dibelanjakan untuk beli kereta terpakai.

Kereta terpakai biasanya memang lebih berusia, tetapi anda boleh memilih lencana atau model yang lebih premium atau saiz kereta yang lebih besar jika dibandingkan harga yang sama untuk sebuah kereta baru. Tambahan pula kalau anda memang peminat kereta sport; pilihan sentiasa terbentang luas untuk kereta terpakai.

Akhir sekali, untuk membeli kenderaan, tidak kira yang baharu atau terpakai, ia bukanlah hanya sekadar mencari pilihan yang betul semata-mata, malah ia merupakan alat yang dapat memudahkan urusan seharian sebilangan orang.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter