Pinjaman Peribadi Koperasi KOPUTRI

Komitmen luar tinggi, CCRIS/CTOS layak mohon

  • Kadar serendah 5.90%, payout setinggi 95%
  • Untuk kakitangan awam & badan berkanun
Semak Kelayakan

Mengenali Pinjaman Koperasi KOPUTRI

Pinjaman peribadi Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) merupakan antara pilihan pembiayaan koperasi popular dalam kalangan kakitangan kerajaan di Malaysia. Ditubuhkan sejak tahun 2006, KOPUTRI berdaftar di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 dan telah membantu ramai penjawat awam mendapatkan pembiayaan peribadi dengan proses yang mudah serta kadar keuntungan yang kompetitif. Sebagai sebuah koperasi yang berpengalaman, KOPUTRI komited dalam menyediakan kemudahan pinjaman yang patuh Syariah, cepat dan selamat bagi membantu ahli menyusun semula kewangan, mengurus hutang sedia ada, atau memenuhi keperluan kewangan mendesak.

Ciri-ciri Pinjaman Istimewa

  • Amaun pembiayaan sehingga RM100,000
  • Tempoh pembiayaan dari 2 sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan tetap 5.90% setahun
  • Payout setinggi 95%
  • Bayaran melalui Biro Angkasa
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Tiada bayaran pendahuluan
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Proses 6-8 hari bekerja
  • Rebat untuk pembayaran awal

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 54 tahun
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 8 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,800 termasuk elaun tetap
  • Komitmen luar tinggi, CCRIS/CTOS juga layak memohon

Nak bersihkan rekod negatif CCRIS anda?

Aktifkan semula kehidupan kewangan anda dengan pinjaman koperasi daripada Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI). Dikenali sebagai salah satu koperasi yang membantu ramai penjawat awam, pinjaman koperasi KOPUTRI dapat digunakan untuk overlap atau clear rekod CCRIS atau CTOS dengan menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan lebih mudah. Selain itu, KOPUTRI menawarkan kadar keuntungan yang rendah dan payout yang tinggi, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan kakitangan kerajaan yang ingin mengurus kewangan dengan lebih bijak.

Namun, KOPUTRI kini tidak lagi menerima permohonan baharu. Jika anda mempunyai rekod CCRIS, CTOS, atau AKPK yang kurang baik, anda masih boleh pertimbangkan koperasi lain seperti Koperasi YYP atau Koperasi Xanderia, yang turut menawarkan kadar yang mampu milik dan payout tinggi. Kedua-dua koperasi ini disenaraikan dalam artikel kami — 5 Pinjaman Bank & Koperasi Terbaik Untuk Penjawat Awam.

Jika berminat untuk memohon, anda boleh semak kelayakan anda secara percuma di platform Direct Lending. Prosesnya cepat, mudah, dan 100% dalam talian.

Semak Kelayakan

Jaminan kami

Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.

Anda Keutamaan Kami

Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.

Urusan Dipermudahkan

Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*

Telus

Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.

Percuma

Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

Anda boleh jadi yang seterusnya

Soalan Lazim

Apakah pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI? Adakah pinjaman ini berkonsep Syariah?

Pinjaman peribadi Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah berkonsep Syariah.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI untuk bantu anda selesaikan pinjaman tertunggak atau membersihkan rekod kredit negatif dengan pinjaman bertindih (overlap). Selain itu anda juga boleh gunakan pinjaman ini untuk beli kenderaan, ubahsuai rumah, memulakan atau meluaskan perniagaan, bayar bil perubatan dan lain-lain.

Adakah saya layak memohon pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI?

Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga 54 tahun
  • Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 8 bulan
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,800 termasuk elaun tetap
  • Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Saya mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI tidak akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda boleh mohon pinjaman koperasi KOPUTRI walaupun ada komitmen luar slip gaji yang tinggi.

Saya ada masalah CCRIS/CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, koperasi KOPUTRI menerima tetapi tunggakan melebihi 2 bulan perlu dijelaskan melalui pinjaman ini. Untuk rekod CTOS pula, amaun yang kurang daripada RM5,000 sahaja adalah layak untuk mohon pinjaman KOPUTRI. Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI juga menerima yang ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account) tetapi perlu dijelaskan terlebih dahulu.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman yang boleh saya mohon?

Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM100,000. Tempoh pinjaman adalah minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman ini?

Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Potongan gaji saya dah lebih 60%, bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60% melainkan koperasi tersebut memberikan sedikit kelonggaran. Sebenarnya ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio). Contohnya, anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi walaupun potongan gaji anda melebihi 60% tetapi rekod kredit dan DSR anda adalah baik.

Apakah dokumen yang saya perlu sediakan untuk memohon pinjaman koperasi KOPUTRI?

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
  • 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Berapakah lama masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke dalam akaun bank saya?

Proses permohonan pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah sekitar 6 sehingga 8 hari. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Apakah kadar keuntungan pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI?

Kadar keuntungan tetap pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah 5.90% setahun.

Apakah caj yang dikenakan untuk pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI? Pinjaman ini ada ahli yuran?

Yuran keahlian untuk pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah sebanyak RM10 bulanan dan RM30 sumbangan untuk ‘Tabung Anggota’. Untuk sumbangan Tabung Anggota akan dikreditkan balik kepada anda setelah pinjaman selesai. Anda hanya perlu maklumkan pihak KOPUTRI jika anda ingin batalkan keahlian.

Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?

Untuk pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI, tiada bayaran ansuran pendahuluan yang diperlukan.

Berapa dalam tangan yang saya akan terima dengan pinjaman ini? Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?

Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah setinggi 95%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak koperasi KOPUTRI.

Adalah pinjaman ini mempunyai perlindungan Takaful?

Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI mempunyai perlindungan Takaful.

Saya dah ada pinjaman pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?

Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI.

Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?

Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI.

Bolehkah saya membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi saya?

Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi koperasi KOPUTRI.

Bagaimana saya boleh mohon pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI?

Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.

Walau bagaimanapun, buat masa ini Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) tidak lagi menerima permohonan baharu. Jika anda berminat untuk mohon pinjaman, kami mempunyai pilihan pinjaman koperasi lain yang lebih baik dengan kadar serendah 2.97% p.a. dan payout sehingga 97%. Anda juga boleh rujuk artikel kami tentang 5 pinjaman peribadi bank dan koperasi terbaik untuk banding beberapa pilihan terbaik yang sesuai untuk semua jenis rekod kredit, termasuk yang ada masalah CCRIS, CTOS dan AKPK.

Untuk semak kelayakan anda, klik SINI. 100% percuma tanpa caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Pembiayaan KOPUTRI adalah berkadar tetap 5.90%. Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 2 tahun hingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 5.90% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM15,900.