Pinjaman Peribadi Ambank - MCCM

Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Ambank Islamic (anak syarikat Ambank) dengan potongan gaji oleh MCCM Resources Sdn Bhd melalui Biro Angkasa.

  • Kadar faedah tetap 4.25% p.a., payout setinggi 98%
  • Untuk kakitangan kerajaan & GLC
  • Berkonsep syariah
  • Proses permohonan adalah online tanpa perlu hadiri cawangan Ambank

Semak Kelayakan

Mengenali Pinjaman Peribadi Ambank Islamic - MCCM

Pinjaman ini merupakan salah satu pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah tetap rendah dan bayaran (“payout”) yang tinggi kepada penjawat awam melalui potongan gaji. Pinjaman ini ditawarkan kepada penjawat awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan juga GLC yang ada potongan angkasa.

Ciri-ciri Pinjaman Istimewa

  • Amaun pembiayaan dari RM5,000 sehingga RM250,000
  • Tempoh pembiayaan dari 2 sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan 4.25% tetap
  • Payout setinggi 98%
  • Pembayaran balik melalui Biro Angkasa (oleh MCCM Resources Sdn Bhd)
  • Tiada yuran ahli, tiada yuran pemprosesan
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Proses 2 minggu

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang mempunyai potongan ANGKASA (kecuali Anggota Tentera)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat minimum 3 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Tunggakan dengan PTPTN layak memohon
  • Ada rekod AKPK atau Akaun Perhatian Khas (SAA) tidak layak memohon
  • Ada tunggakan semasa CCRIS lebih 2 bulan dan rekod CTOS melebihi RM3,000 tidak layak memohon

Plan Promosi Pinjaman Ambank Islamic

1
Kadar keuntungan
  • 4.25% kadar tetap

Julat pinjaman
  • RM5,000 - RM250,000

Kurangkan beban kewangan anda dengan Pinjaman Peribadi Ambank Islamic

Ringankan beban hutang anda dengan langsaikan hutang kad kredit yang berfaedah 18% setahun, loan kereta/rumah atau pinjaman peribadi lain yang mahal dengan pinjaman peribadi Ambank Islamic. Kadar hanya 4.25% setahun dan kadar tetap (bayaran bulanan adalah tetap walaupun BNM OPR berubah). Payout setinggi 98%. Pinjaman sehingga RM250,000 untuk tujuan penyatuan hutang, ubah suai rumah, bantu keluarga, atau kembangkan perniagaan kecil.

Mohon pinjaman peribadi Ambank Islamic secara mudah, cepat dan selamat melalui Direct Lending, platform pinjaman online yang sah dan 100% percuma. Dapatkan kelulusan lebih pantas tanpa sebarang caj tersembunyi.

Semak Kelayakan

Jaminan kami

Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.

Anda Keutamaan Kami

Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.

Urusan Dipermudahkan

Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*

Telus

Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.

Percuma

Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

Anda boleh jadi yang seterusnya

Soalan Lazim

Apakah pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM? Adakah pinjaman ini berkonsep Syariah?

Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM adalah berkonsep Syariah.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM untuk apa-apa tujuan sahaja seperti langsaikan hutang kad kredit mahal atau pinjaman peribadi kadar tinggi, beli kenderaan, ubahsuai rumah, memulakan atau mengembangkan perniagaan, bayar bil perubatan dan lain-lain.

Adakah saya layak memohon pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM?

Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 18 sehingga 58 tahun
  • Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
  • Tidak ada tunggakan semasa CCRIS lebih 2 bulan atau rekod CTOS melebihi RM3,000
  • Tidak ada rekod AKPK atau SAA (Special Attention Account)
Saya mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda perlu selesaikan komitmen hutang tersebut sebelum memohon pinjaman ini.

Saya ada masalah CCRIS/CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, Ambank Islamic – MCCM menerima tetapi dengan syarat tunggakan pembiayaan tersebut tidak boleh melebihi 2 bulan. Rekod CCRIS juga tidak boleh ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account). Untuk masalah CTOS pula, rujukan perdagangan (trade reference) atau rekod CTOS melebihi RM3,000 adalah tidak layak untuk mohon pinjaman peribadi Ambank Islamic ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman yang boleh saya mohon?

Amaun pinjaman maksimum untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic ini adalah RM250,000. Tempoh pinjaman adalah dari minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman ini?

Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Potongan gaji saya dah lebih 60%, bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk pembiayaan peribadi Ambank Islamic, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60% melainkan koperasi tersebut memberikan sedikit kelonggaran. Sebenarnya ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio). Contohnya, anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi walaupun potongan gaji anda melebihi 60% tetapi rekod kredit dan DSR anda adalah baik.

Apakah dokumen yang saya perlu sediakan untuk memohon pinjaman Ambank Islamic - MCCM?

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
  • 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Berapakah lama masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke dalam akaun bank saya?

Proses permohonan pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM adalah sekitar 2 minggu. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Apakah kadar keuntungan pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM?

Kadar keuntungan 4.25% tetap rata untuk pinjaman sehingga RM250,000

Apakah caj yang dikenakan untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM? Pinjaman ini ada ahli yuran?

Tiada yuran ahli atau yuran pemprosesan yang akan dikenakan untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM.

Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?

Untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM, tiada bayaran ansuran pendahuluan atau deposit yang diperlukan.

Berapa dalam tangan yang saya akan terima dengan pinjaman ini? Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?

Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah setinggi 98%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak Ambank Islamic – MCCM berdasarkan kelayakan anda.

Adalah pinjaman ini mempunyai perlindungan Takaful?

Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM mempunyai perlindungan Takaful.

Saya dah ada pinjaman pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?

Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM.

Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?

Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM.

Bolehkah saya membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi saya?

Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi Ambank Islamic – MCCM.

Bolehkah saya memohon pinjaman peribadi Ambank Islamic melalui online?

Ya, proses permohonan pinjaman peribadi Ambank Islamic ini adalah 100% online tanya memerlukan pemohon untuk menghadiri cawangan Ambank untuk menandatangani perjanjiian.

Bagaimana saya boleh mohon pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM?

Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.

Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.

Adakah pinjaman peribadi Ambank Islamic antara pinjaman terbaik untuk dimohon?

Ya, pinjaman peribadi Ambank Islamic disenaraikan sebagai salah satu pinjaman peribadi bank dan koperasi terbaik tahun 2025 oleh Direct Lending. Ia terkenal dengan kadar keuntungan yang rendah, bayaran tetap, serta proses permohonan yang mudah dan cepat secara online.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pinjaman peribadi Ambank Islamic adalah 4.25% tetap rata untuk pinjaman RM5,000 – RM250,000. Tempoh pembiayaan adalah antara 2 hingga 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM100,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 4.25% p.a., jumlah bayaran semula keseluruhan adalah RM122,925.04. Ansuran bulanan adalah RM1,024.38.