Direct Lending

5 Tips Berjimat Ketika Membeli Baju Hari Raya 2020

Hari Raya merupakan satu hari di mana anda boleh mempamerkan pakaian terbaik anda untuk tatapan kenalan dan keluarga. Satu perkara yang sering menjadi pilihan keluarga adalah pakaian sedondon, baik dari segi warna atau corak. Bezanya tahun ini, aktiviti membeli-belah adalah terhad kepada dalam talian memandangkan ada sesetengah kedai-kedai masih tutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Orang awam dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar rumah dan elakkan berkumpul. Perjuangan menentang COVID-19 masih diteruskan dan perkara yang paling wajar untuk dilakukan adalah meminimakan aktiviti perayaan. Tetapi, tidaklah sehingga membunuh kemeriahan Hari Raya.

Gambar oleh Adrianna Ariqa

Walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan, membeli baju Raya yang bergaya tidak semestinya membebankan. Sini kami kongsikan 5 cara untuk berbelanja dengan jimat tapi kekal bergaya untuk 1 Syawal.

1. Koleksi Siap Pakai

Gambar oleh Pokoks

Untuk sesetengah keluarga, menempah baju raya adalah perkara yang lazim bagi mereka. Tapi dengan adanya PKP, adalah sukar untuk sesetengah pembeli untuk keluar dari rumah dan berjumpa dengan tukang jahit. Jadi, tahun ini, apa kata beli baju raya yang sudah siap sahaja? Walaupun ukurannya tidaklah secantik pakaian yang ditempah, tapi dengan sedikit pengubahsuaian, pakaian itu akan nampak sempurna. Tambahan pula, memandangkan koleksi-koleksi ini dihasilkan dalam skala yang banyak, harganya pun akan menjadi lebih murah dan mampu milik. Antara laman web yang menjual pakaian siap pakai yang menarik adalah Zalora, Fashion Valet, Pop Look, Pokoks, Losravelda.

2. Potongan Harga & Kod Promosi

Gambar oleh Freepik

Apabila Hari Raya sudah dekat, banyak kedai dalam talian yang akan melakukan potongan harga. Sentiasa perhatikan sebarang kos promosi dan potongan harga. Jika anda bertuah, anda boleh dapat sesuatu yang anda impikan dengan harga yang luar biasa. Ada kalanya kedai dalam talian akan melakukan jualan lambak seperti beli 3 dengan harga RM99, contohnya. Untuk ini, adalah baik untuk berkongsi tawaran ini dengan keluarga dan kawan untuk nikmati lebih potongan harga.

Ataupun, jika anda rasa malas untuk mencari potongan harga atau kod promosi, anda boleh muat turun Honey. Untuk menggunakan Honey, anda perlu muat turun sambungan pelayar web untuk mencari kod kupon yang anda boleh gunakan untuk dapat potongan harga secara automatik. Walaupun landasan ini lebih terkenal di Amerika, landasan ini tetap berfungsi dengan baik di Malaysia.

3. Landasan Ganjaran Tunai

Gambar oleh Shopback

Membeli belah sambil dapat ganjaran, seronok kan? Muat turun akaun Shopback secara percuma. Layari 500 kedai dalam talian yang dipaparkan. Contohnya, menerusi Shopack, anda boleh muat turun kod promosi Shopee seperti penghantaran percuma dan dapatkan ganjaran tunai sehingga 6%. Wang tunai tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun anda dalam masa 48 jam dan boleh dikeluarkan menerusi bank sebagai wang tunai. Contohnya, jika anda membelanjakan RM100, anda akan dapat ganjaran tunai sebanyak RM6.

4. Beli Jenama Indie Tempatan

Gambar oleh Anaabu

Jika anda peminat pakaian sopan dengan sentuhan minimalist, maka anda boleh dapatkannya menerusi beberapa jenama indie tempatan yang ada di pasaran. Dalam situasi yang sukar dan mencabar, adalah baik untuk berjual-beli dengan jenama tempatan yang kecil untuk bantu mereka bertahan. Lazimnya, pakaian yang dikeluarkan oleh jenama tempatan mempunyai reka bentuk berkualiti, moden, dan bergaya dengan harga mampu milik. Antara jenama indie tempatan adalah Whimsigirl, ANAABU, Oh Sebenar, Petit Moi, Sueka Sueka.

5. Serlahkan Kreativiti Anda

Gambar oleh Discover KL

Cuba padankan pakaian yang sedia ada. Anda mungkin ada pakaian yang boleh dipadankan dengan sempurna. Dengan ini, anda boleh jimatkan perbelanjaan di samping menggayakan pakaian dengan lebih dari satu cara. Bayangkan, blaus anda yang bernilai RM30 boleh dipadankan dengan skirt bercorak dan juga sepasang celana. Bukan sahaja perkara ini lebih menjimatkan, malah pakaian tersebut boleh digunakan untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, temujanji, ataupun secara santai pada hari biasa.

Berikut adalah sedikit petua untuk membeli belah secara dalam talian. Anda perlu lebih berhati-hati semasa membeli. Kelemahan pembelian dalam talian adalah anda tidak boleh memegang dan mencuba barangan yang dikehendaki. Oleh itu, pastikan anda baca komen dan ulasan daripada pelanggan sebelumnya. Sebelum membeli, pastikan anda tahu saiz dan ukuran badan sendiri. Akhir sekali, semak sebelum mengesahkan pembelian.

Secara keseluruhannya, walaupun terdapat banyak tawaran menarik dan sukar untuk dilepaskan, adalah baik untuk berbelanja secara berhemah. Beli apa yang perlu sahaja. Dengan itu, anda masih dapat merasai kemeriahan Hari Raya dan nikmat berbelanja.

Jika anda perlukan duit lebih untuk persiapan Hari Raya, mohon sahaja Pinjaman Koperasi yang cepat dan selamat menerusi Direct Lending dan anda akan peroleh pinjaman dengan kadar serendah 3.9% dalam masa sepantas 2 hari sahaja.

Kongsikan sebarang petua berguna yang anda ada untuk berbelanja dengan lebih berhemah. Jangan segan untuk memberikan komen menerusi laman Facebook kami.

Direct Lending

Add comment