Marketing

Mencari pinjaman tanpa slip gaji yang boleh lulus dalam 24 jam? Anda bukan seorang saja. Ramai yang perlukan wang cepat, tetapi tidak mempunyai slip gaji tetap atau dokumen lengkap.
Walaupun kebanyakan pinjaman peribadi memerlukan slip gaji dan IC, masih ada cara untuk mohon pinjaman wang segera tanpa slip gaji.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 4 pilihan pinjaman yang sah, dan juga cara yang paling menguntungkan bergantung pada amaun yang anda perlukan. Baca terus untuk mengetahui mana pilihan terbaik untuk anda.
Jika anda mencari pinjaman tanpa slip gaji, mungkin anda dalam situasi tertentu. Tetapi jika anda bekerja tetap — sama ada kerajaan atau swasta, anda mungkin layak untuk pinjaman dengan kadar lebih rendah dan kelulusan lebih mudah.
Jika ini situasi anda:
Semak kelayakan pinjaman yang lebih menguntungkan di sini — kadar serendah 2.82% setahun (untuk penjawat awam), 1.5% sebulan untuk sektor swasta.
Mohon Pinjaman Peribadi dengan Direct Lending
Jika tidak, lanjutkan ke 4 cara di bawah untuk pinjaman tanpa slip gaji.
Pinjaman tanpa slip gaji adalah pinjaman peribadi yang boleh anda mohon walaupun anda tidak mempunyai slip gaji tetap. Biasanya, anda hanya perlu IC atau penyata bank untuk membuktikan identiti dan sumber pendapatan anda tanpa memerlukan dokumen seperti slip gaji, penyata bank, penyata KWSP dan surat pengesahan majikan.
Pinjaman ini sangat berguna untuk:
Tetapi perlu diingat — kadar faedah biasanya lebih tinggi dan amaun yang boleh didapat terbatas berbanding dengan pinjaman peribadi biasa.
Ingat, walaupun tengah urgent nak pinjam duit, jangan sesekali mohon pinjaman daripada Ah Long. Ada cara sah dan lebih selamat untuk mendapatkan wang segera.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
Jika anda memang perlukan duit dengan segera anda boleh cuba dulu untuk buat pinjaman dengan ahli keluarga atau kenalan terdekat. Tiada ahli keluarga yang sanggup tengok ahli keluarga lain kesusahan. Jika anda memang perlukan duit atas keperluan penting seperti nak bayar sewa rumah, bayar bil api/air atau nak pinjam duit untuk beli barang-barang dapur. Apa salahnya untuk approach keluarga dan kenalan terdekat dulu. Jelaskan betul-betul yang anda akan gunakan duit yang nak dipinjam tu atas keperluan bukan sebab yang tak penting.
Mungkin anda tak dapat pinjam amaun yang besar kerana ahli keluarga dan kenalan anda juga mempunyai tanggungjawab sendiri yang perlu dijaga dan dibereskan. Jika anda nak buat pinjaman RM500 atau RM300 dengan segera mungkin tiada masalah. Kalau sudah urgent, tak perlu malu untuk pinjam asalkan anda memang tepati janji untuk bayar balik pinjaman tersebut pada masa yang dipersetujui.
Sudah tentu ramai yang rasa pinjam duit dengan keluarga boleh merosakkan hubungan, tetapi sebenarnya ia tidak semestinya begitu jika anda memupuk tabiat membayar balik yang baik. Berikut ialah tips-tips tabiat yang boleh anda amalkan untuk pastikan hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan kekal baik walaupun selepas meminjam duit:
Tetapkan jadual bayaran tetap
Sebelum anda meminjam, cuba sediakan bajet ringkas untuk lihat aliran kewangan anda – berapa yang masuk, berapa yang keluar, dan komitmen apa yang anda perlu dahulukan. Dari situ, anda boleh tentukan jumlah yang mampu dibayar setiap minggu atau bulan tanpa menjejaskan keperluan lain.
Bila dah ada bajet dan rancangan bayaran, beritahu terus kepada ahli keluarga atau kawan yang anda pinjam duit. Contohnya, “Saya akan bayar RM50 setiap hujung bulan.” Ini bukan saja tunjukkan keikhlasan anda, tapi juga bantu mereka faham situasi kewangan anda dan elak salah faham di kemudian hari.
Beritahu awal kalau ada kelewatan
Kadang-kadang perkara tak dijangka boleh berlaku – kereta rosak, bil tertunggak, atau kecemasan keluarga. Kalau anda tak dapat bayar ikut masa yang dijanjikan, beritahu lebih awal. Kejujuran lebih penting daripada kesempurnaan. Bila anda jujur, orang akan lebih mudah faham dan tetap percaya pada anda.
Simpan rekod pinjaman dan bayaran
Catat jumlah pinjaman, tarikh, dan setiap kali anda buat bayaran. Tak perlu rumit, cukup tulis dalam nota telefon atau mesej WhatsApp. Rekod ini penting supaya kedua-dua pihak ada rujukan jelas dan tak timbul salah faham nanti.
Mungkin ada yang masih tak tahu, kalau anda pengguna kad kredit anda boleh ‘pinjam duit’ terus daripada bank menggunakan kad kredit. Pinjaman dengan kaedah ini tak perlukan apa-apa dokumen selain kad kredit yang memang ada.
Cash advance ini apa? Ringkasnya, anda keluarkan sejumlah wang daripada kad kredit melalui mesin ATM. Perlu kami ingatkan, jika anda menggunakan Cash Advance ini pastikan anda mampu bayar balik tepat pada masa dan jangan biarkan baki kad kredit tertunggak pada masa yang lama.
Hal ini kerana, kadar faedah yang dikenakan untuk Cash Advance memang mahal berbeza dengan kadar faedah kad kredit. Bila guna Cash Advance ini faedah harian akan dikenakan sehinggalah anda telah membuat bayaran penuh.
Sedang menghadapi situasi di mana anda sedang membayar hutang beberapa kad kredit dengan faedah yang tinggi? Mungkin ini masa terbaik untuk pertimbangkan penyatuan hutang (debt consolidation).
Dengan cara ini, anda boleh gabungkan semua hutang kad kredit kepada satu pinjaman dengan kadar faedah yang jauh lebih rendah, dan jimat sehingga beribu ringgit dalam jangka panjang.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut bagaimana caranya untuk mulakan penyatuan hutang ini, hubungi kami hari ini — kami boleh bantu anda rancang semula kewangan supaya lebih terkawal dan tenang setiap bulan.
Tidak dinafikan Cash Advance akan jadi beban yang berat jika anda tidak tahu menggunakannya. Jadi, cara ketiga lebih mudah dan boleh dapatkan kadar faedah yang lebih murah. Jika anda perlukan pinjaman wang yang boleh lulus secepat 24 jam, anda boleh mohon pinjaman dengan syarikat kredit komuniti.
Anda boleh mohon amaun pinjaman yang lebih banyak dan tak perlu pening-pening untuk isi borang dan sediakan dokumen yang banyak. Dokumen penting yang diperlukan hanya IC, penyata bank, slip gaji dan penyata KWSP. Cara ini sangat sesuai untuk yang ada pendapatan tetap setiap bulan.
Tak semestinya gaji tinggi, gaji rendah pun boleh mohon pinjaman peribadi dengan kredit komuniti. Apa yang penting syarikat kredit komuniti ini dikawal selia oleh KPKT jadi mereka tidak boleh sesuka hati mengenakan kadar faedah lebih daripada 18% setahun atau 1.5% sebulan. Anda juga kena tahu jika nak buat pinjaman peribadi di Malaysia, anda tak perlu bayar apa-apa wang deposit dan tidak perlu berikan kad ATM kepada pemberi pinjaman.
Jadi, jika anda perlukan pinjaman wang segera 24 Jam boleh mohon pinjaman peribadi di platform Direct Lending, untuk dapatkan pinjaman yang sah dan selamat.
Selain itu, jika anda ada barang kemas atau aksesori mahal seperti jam bolehlah cuba untuk gadai buat sementara waktu untuk dapatkan pinjaman wang segera 24 jam. Selalunya anda tidak perlu sediakan dokumen jika anda memajak emas tersebut dengan ahli keluarga dan kenalan rapat. Tapi jika anda memajak barang kemas di kedai pajak gadai anda kena bawa surat atau dokumen yang boleh sahkan emas anda tu adalah emas asli.
Anda perlu tahu, duit pajak yang anda terima selepas menggadai barang kemas tersebut adalah duit pinjaman yang perlu dibayar balik. Jadi kalau harga emas naik, anda mungkin perlu membayar balik harga emas mengikut harga terkini untuk menebus balik barang kemas tersebut.
Antara tips yang kami dapat daripada Hargaemas MY, sebelum memajak barang kemas adalah pilih masa yang sesuai untuk pajak barang kemas. Jadi, masa yang paling sesuai untuk pajak emas ialah bila harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau bila anda nak guna duit tersebut untuk rolling bisnes yang menguntungkan.
Kalau anda nak gunakan duit pinjaman daripada pajak emas untuk perkara selain daripada pelaburan dan perniagaan, lebih baik jual terus atau lelong saja emas tersebut.
Ramai yang memang urgent nak pakai duit tapi tak memerlukan amaun yang besar, seperti pinjaman segera RM1K sahaja. Kami faham kalau dah terdesak ada yang sampai tak perasan pinjaman yang dimohon tu pinjaman ahlong atau yang lagi teruk scammer pinjaman peribadi.
Hal ini kerana, ramai yang terjerat dengan pinjaman ah long yang akan memegang kad ATM atau pun kad pengenalan. Anda perlu tahu, syarikat pinjaman wang berlesen yang sah tidak akan pegang kad ATM/IC dan tidak meminta apa-apa bayaran daripada anda.
Oleh itu, jika anda mencari pinjaman segera sekecil RM1K sekali pun, pastikan anda memohon dengan pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai. Buat semakan betul-betul sebelum nak mohon pinjaman.
Anda boleh pergi download aplikasi i-KrediKom (Android, IOS) untuk semak syarikat pinjaman wang itu betul-betul berlesen dan berdaftar di bawah KPKT ataupun tidak. Anda boleh minta no pendaftaran syarikat pemberi pinjaman tersebut dan buat semaka di aplikasi i-KrediKom. Jika syarikat tersebut tidak terdaftar di i-KrediKom, itu adalah ah long atau pun scammer.
Jika anda terlanjur berurusan dengan ah long atau pun scammer, terus block agent yang berurusan dengan anda. Jangan bayar apa-apa jenis bayaran pendahuluan pun dengan pihak mereka. Jika pihak mereka mengugut anda untuk saman kerana nak cancel pinjaman peribadi anda boleh terus buat laporan polis. Pastikan and menyimpan semua rekod conversation dengan loan agent tersebut sebagai bukti jika nak buat laporan polis.
Hakikatnya, kebanyakan pinjaman peribadi yang sah di Malaysia memang perlukan dokumen daripada anda. Tapi, tak semua dokumen ini susah dicari sebagai contoh anda memang sudah ada kad pengenalan (jika warganegara Malaysia), jika bekerja anda memang sudah ada slip gaji yang memang diberikan oleh majikan setiap bulan. Jika anda perlukan penyata bank dan penyata KWSP pula, anda hanya boleh download percuma daripada aplikasi atau online banking. Anda boleh rujuk cara-cara dapatkan penyata di sini.
Ada beberapa cara yang kami nyatakan di atas diharap dapat membantu anda untuk dapat pinjaman wang segera 24 jam tanpa dokumen yang banyak. Jika anda mencari platform pinjaman peribadi yang cepat dan dipercayai, bolehlah semak kelayakan dengan Direct Lending untuk terima pinjaman yang selamat dan tidak membebankan.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
Pinjaman tanpa slip gaji adalah pinjaman peribadi yang boleh anda mohon walaupun anda tidak mempunyai slip gaji tetap. Anda hanya perlu membuktikan identiti dengan IC dan sumber pendapatan melalui penyata bank atau cara lain. Pinjaman ini berguna untuk pekerja bebas, orang yang baru resign, atau mereka yang menerima gaji secara tunai.
Ada, tetapi amaun akan sangat terbatas — biasanya hanya RM500 hingga RM1,000. Jika anda punya penyata bank atau bukti pendapatan lain, anda boleh dapat amaun yang lebih tinggi (RM1,000 hingga RM5,000).
Biasanya antara 6% hingga 20% setahun, bergantung pada pemberi pinjaman dan amaun yang anda mohon. Kadar lebih tinggi daripada pinjaman peribadi biasa kerana risiko lebih besar bagi pemberi pinjaman.
Boleh secepat beberapa jam hingga 24 jam, bergantung pada kaedah dan pemberi pinjaman. Contohnya, pinjam duit dengan keluarga boleh lulus dalam minit, sementara syarikat kredit biasanya 24 jam.
Bergantung pada keperluan anda: jika butuh cepat dan ada ahli keluarga — pinjam dengan keluarga; jika punya kad kredit — cash advance lebih cepat; jika perlu amaun besar dan sah — syarikat kredit berlesen; jika ada barang kemas — gadai barang.
Sukar untuk mendapat amaun sebesar itu tanpa slip gaji dari syarikat kredit. Tetapi jika anda bekerja tetap (kerajaan atau swasta), anda sebenarnya boleh mohon pinjaman peribadi dengan amaun lebih tinggi dan kadar lebih rendah — walaupun memerlukan slip gaji.
Ada yang lebih baik. Jika anda punya slip gaji tetap, anda boleh mohon pinjaman peribadi dengan kadar serendah 2.82% setahun dan kelulusan hanya 2-4 hari bekerja. Proses lebih mudah dan amaun boleh lebih tinggi. Ini lebih menguntungkan daripada pinjaman tanpa slip gaji.
Pastikan pemberi pinjaman berdaftar dengan KPKT — semak di aplikasi i-KrediKom. Pinjaman sah tidak akan minta bayaran pendahuluan atau pegang kad ATM anda. Jika mereka meminta wang dulu atau kata boleh dapat duit tanpa check dokumen, itu adalah Ah Long.
Artikel ini telah dikemas kini pada 22 Julai 2026.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.
8 Comments
NAK PINJAM RM700.000
tiada silp gaji boleh ke saya mohon pinjaman peribadi, sebab gaji saya dibayar secara tunai tidak melalui bank
Hi encik Malek, maaf ye buat masa ini kami tiada sediakan pinjaman tanpa slip gaji. Semua pemberi pinjaman di platform kami perlukan dokumen seperti penyata bank, slip gaji, salinan IC, penyata KWSP untuk proses pinjaman.
Hi encik Malek, maaf ye untuk pinjaman segera wajib ada slip gaji.
Nak pinjaman duit segera tanpa slip gaji
Hi, cik boleh dapatkan pinjaman segera daripada keluarga, rakan, atau pun buat cash advance di kad kredit. Kalau ada emas pun boleh gadai untuk dapat cash segera.
Hi, saya nak tanya untuk pinjaman segera 24 jam tu ada cagaran ke? Berapa interest ya?
Hi Khairina, untuk pinjaman peribadi segera cik tidak perlu sediakan cagaran ye. Kadar faedah 1.5% sebulan untuk pinjaman berlesen dan serendah 2.95% setahun untuk pinjaman bank dan koperasi.