Direct Lending

7 Cara untuk Perniagaan Mikro & Kecil di Malaysia Bertahan & Berkembang Sewaktu COVID-19

Dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, banyak perniagaan mikro atau kecil di Malaysia sedang berusaha untuk mengekalkan perniagaan mereka dalam waktu yang mencabar ini. Kebanyakan industri mengalami kesukaran untuk bertahan, sehingga ada yang perlu memberhentikan pekerja atau mengurangkan gaji mereka. Namun begitu para usahawan tidak sepatutnya menyalahkan atau melihat COVID-19 sebagai satu alasan untuk gagal. Sebaliknya, setiap perniagaan tidak kira kecil atau besar sepatutnya melihat perkara ini sebagai satu peluang baru.

Gambar oleh Interstid

Dengan PKP yang telah dilanjutkan, banyak perniagaan adalah terhad dari segi operasi. Tetapi, bagaimana jika para usahawan cuba untuk melangkah keluar daripada zon komfort mereka dan menjadi lebih kreatif dalam mencari jalan penyelesaian? Perniagaan perlu berfikir dan mencari pelbagai cara lain untuk menembusi pasaran. Daripada pemerhatian kami, kebanyakan perniagaan yang beroperasi secara offline tidak mempunyai pilihan tetapi untuk berniaga secara digital.

Jadi, adakah Perintah Kawalan Pergerakan ini merupakan satu cara atau pesanan kepada para usahawan untuk keluar dari rutin perniagaan mereka? Kerana dalam kehidupan, perubahan itu tidak dapat dielakkan. Dalam perniagaan, perubahan adalah penting. Jangan lakukan kesilapan yang telah dilakukan oleh Kodak dan Nokia, yakni tidak menyesuaikan perniagaan dengan perubahan semasa. Berikut adalah tips yang kami boleh berkongsi untuk perniagaan kecil terus bertahan dan berkembang sewaktu COVID-19.

1. Kekal Berinformasi

Gambar oleh Interstid

Ambil tahu, terus peka dan patuh dengan sebarang pengumuman yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Maklumat adalah mudah diakses terutamanya pada semua platform media sosial. Baca berita atau secara alternatifnya anda boleh mengikuti saluran Telegram Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

2. Senaraikan Kemungkinan Cabaran yang Perlu Dihadapi

Gambar oleh Freepik

Lakukan gambaran tentang bagaimana Perintah Kawalan Pergerakan ini akan memberikan kesan kepada anda. Berbincang dengan rakan kongsi, pekerja, pembekal, dan lain-lain untuk ketahui cara-cara menghadapi situasi ini. Anda boleh senaraikan cabaran kepada 4 bahagian yakni jualan, pekerja, pembekal, dan keuntungan.

  • Jualan: Keadaan akan menjadi agak sukar jika anda tidak mempunyai kewujudan online yang kukuh pada waktu ini. Cuba fikirkan cara untuk menembusi pasaran sasaran anda melalui saluran dalam talian yang sesuai.
  • Pekerja: Segelintir pekerjaan boleh dilakukan dari rumah tetapi ada juga pekerjaan yang mempunyai hadnya. Cuba berbincang dengan pekerja anda mengenai apa sumbangan yang mereka boleh berikan sepanjang tempoh ini.
  • Pembekal: Memandangkan penghantaran antarabangsa kini lebih sukar, adalah lebih baik untuk cari alternatif tempatan sebagai ganti, jika ada.
  • Keuntungan: Rancang cara yang anda boleh lakukan agar boleh menjana sekurang-kurangnya cukup keuntungan untuk menampung kos operasi walaupun dengan sumber terhad.

3. Pastikan ‘Landasan’ Anda Realistik & Rancang Kewangan

Gambar oleh Freepik

Bekerjasama dengan pasukan anda untuk dapatkan anggaran kesan kepada pendapatan sepanjang tempoh yang sukar ini. Tangguhkan sebarang perkembangan modal dan kurangkan kos operasi kepada tahap keperluan sahaja agar anda boleh pelihara simpanan tunai. Dengan ini, anda akan peroleh gambaran tentang berapa lama perniagaan anda akan bertahan dengan wang simpanan yang ada. Situasi paling ideal adalah apabila simpanan yang ada cukup untuk menampung keperluan perniagaan sepanjang tempoh ini.

Jika anda memerlukan bantuan kewangan, anda boleh mohon pembiayaan yang ditawarkan untuk perniagaan mikro dan kecil oleh pihak kerajaan agar anda mempunyai simpanan tunai yang mencukupi dalam tempoh yang mencabar ini.

4. Tingkatkan Kehadiran Online Anda

Gambar oleh Surasak.Ch

Menerusi Internet, anda boleh mendekati kumpulan dan sasaran pelanggan yang lebih luas. Satu-satunya kelemahan yang perlu dihadapi adalah persaingan yang sengit dan anda mesti tahu cara yang paling tepat untuk menetapkan pembeli sasaran supaya setiap isi kandungan digital dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan. Cari landasan pasaran yang sesuai untuk perniagaan anda sama ada Shopee, Lazada, atau Mudah. Bagi usahawan F&B, pilih landasan yang akan memudahkan urusan pemasaran dan penghantaran.

Jika anda tidak mempunyai media sosial, ambil sedikit masa untuk membuka akaun Facebook dan Instagram. Pastikan pelanggan tetap anda kongsikan pos anda agar anda boleh meluaskan kumpulan pelanggan anda. Ini adalah kaedah pemasaran yang paling berkesan dan yang paling penting, ini adalah percuma! Tidak lupa juga kumpulan Facebook yang boleh digunakan untuk memasarkan produk.

5. Bincang dengan Pembekal

Gambar oleh Zasabe

Tidak dinafikan, terdapat pengeluaran yang akan tertangguh pada tempoh ini. Lakukan rundingan dengan pihak pengeluar untuk lihat jika boleh dapatkan bekalan yang mencukupi agar perniagaan boleh diteruskan. Jika tidak, cuba cari alternatif tempatan.

6. Laksana, Fikir & Baiki

Gambar oleh People Creations

Masa yang mencabar ini merupakan sesuatu yang diluar jangka dan anda perlu lakukan perkara yang mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini. Pelajari tentang apa yang berkesan dan apa yang tidak, kemudian baiki apa yang patut. Selain itu, peluang ini boleh digunakan untuk duduk dan lihat apa yang telah dipelajari sepanjang wabak ini serta apakah kesannya terhadap perniagaan dan apa yang telah berubah. Adakah perubahan itu membawa kepada kebaikan? Adakah anda lakukan sesuatu yang selama ini anda fikir adalah mustahil? Bak kata pepatah, kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

7. Dapatkan Bantuan

Gambar oleh Yanalya

Jika perniagaan anda berada dalam keadaan yang tidak memberansangkan dan memerlukan bantuan kewangan, mendapatkan pinjaman bukanlah perkara yang memalukan bagi menjamin kelangsungan perniagaan. Sungguhpun begitu, dapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman yang sah dan dipercayai. Ini kerana terdapat banyak penipuan dalam talian yang sedang giat mencari mangsa. Jadi hati-hati ya!

Baca artikel kami tentang tanda-tanda untuk kenal pasti pinjaman berunsurkan penipuan sebelum anda mohon pinjaman. Jalankan sedikit kajian mengenai pilihan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada usahawan mikro dan kecil seperti BIZMULA-I, BIZSME Scheme, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut mengenai jenis bantuan kewangan oleh kerajaan, boleh baca di sini.

Kami berharap tips yang diberikan ini dapat memberikan anda gambaran tentang bagaimana untuk menjalankan perniagaan dalam waktu yang mencabar ini. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, Direct Lending adalah landasan pinjaman peribadi yang menawarkan pinjaman peribadi daripada bank dan koperasi yang dipercayai dengan kadar faedah serendah 3.9% serta pemprosesan sepantas 2 hari bekerja.

Suka baca rencana sebegini? Ikuti blog atau Facebook kami untuk dapatkan maklumat terkini mengenai topik berkaitan kewangan.

Direct Lending

Add comment