4 Kereta Mampu Milik & Pengiraan Bayaran Bulanan
kereta mampu milik

4 Kereta Mampu Milik & Pengiraan Bayaran Bulanan

Tidak dapat dinafikan kereta sudah boleh dikira sebagai satu keperluan harian bagi setiap keluarga dan individu pada zaman kini terutamanya bagi mereka yang bekerja di pusat bandar. Disebabkan oleh itu, pemilihan kereta secara tidak langsung menjadi satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan oleh pengguna. Terutama sekali dari aspek kewangan seperti kos bayaran bulanan kereta, kos servis kereta, petrol, cukai jalan, insurans dan sebagainya.

Menurut Jabatan Insolvensi, sekitar 18 orang telah diisytiharkan muflis setiap hari dalam tempoh lima bulan pertama 2022, di mana antara punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan pembelian kereta. Isu ini berlaku akibat mereka tidak lagi mampu untuk sambung bayar loan atau pinjaman kereta tersebut. Untuk mengelakkan situasi muflis ini dari berlaku, anda boleh buat penyatuan hutang dimana kesemua hutang yang anda ada seperti hutang kereta, rumah dan kad kredit disatukan dalam satu pinjaman peribadi yang baharu.

Oleh itu, wajarlah untuk kita tahu jenis-jenis kereta mampu milik yang sesuai dengan kemampuan dan tidak akan membebankan anda di kemudian hari. Tambahan pula, permintaan bagi jenis kereta mampu milik juga saban hari makin tinggi di pasaran lokal mahupun antarabangsa. Jadi dalam artikel ini, kami kira kos bayaran bulanan untuk 4 model kereta mampu milik yang berbaloi dan kena dengan bajet rakyat marhaen.

Model Kereta Mampu Milik Di Malaysia

Terdapat banyak model kereta keluaran baharu mahupun kereta terpakai di pasaran sekarang yang menawarkan harga mampu milik dan berbaloi lengkap dengan features keselamatan dan sistem teknologi yang canggih. Selain daripada performance yang mantap, tahap keselesaan juga memainkan peranan yang penting dalam pembelian kereta. Yelah, beli kereta mestilah nak pakai lama bertahun kan, bukan setakat 2-3 bulan.

Anda juga tak perlu pening memikirkan kos servis bagi kereta mampu milik ini kerana jumlah bil lebih murah berbanding model lain yang mencecah harga lebih RM 300 untuk sekali servis. Tetapi jika kereta anda mengalami kerosakan yang teruk dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi, anda boleh gunakan pelan ansuran Pembiayaan Auto Servis untuk baiki kereta daripada Direct Lending di mana anda tidak perlu bayar bil servis kereta secara lumpsum dan kereta anda dapat dibaiki secepat mungkin.

Antara kereta mampu milik yang anda boleh cuba ialah Perodua Bezza, Perodua Axia, Perodua Myvi dan juga Perodua Alza. Kami juga akan sertakan anggaran kos bayaran bulanan yang anda perlu sediakan seperti kos servis kereta,insurans, road tax, minyak dan lain lain bagi model-model tersebut.

Kereta Mampu Milik Untuk Gaji RM2,500++

Jika anda ingin tahu sama ada anda mampu atau tidak membeli kereta mampu milik, boleh rujuk kelayakan gaji yang sesuai di bawah.

Model KeretaAnsuran BulananKelayakan Gaji Yang Disarankan
Perodua Axia G 1.0 ATRM 354> RM 2500
Perodua Bezza 1.0 Standard G- AutoRM 387> RM 3000
Perodua Myvi 1.3 Standard G AutoRM 513> RM 3500
Perodua Alza Baru 2022 1.5  x AutoRM 661> RM5200
* Kiraan anggaran kelayakan gaji ini berdasarkan harga kereta= 12 bulan gaji anda. Nilai di atas hanya jumlah yang disarankan sahaja supaya anda tidak terbeban dengan kos bayaran bulanan dan kos servis kereta nanti. 

Kos Bayaran Bulanan Perodua Axia

Jika anda mencari kereta hatchback yang menawarkan penjimatan minyak semaksimum mungkin, maka Axia merupakan pilihan yang anda boleh pertimbangkan. Selain mempunyai Sistem Eco dimana akan mengurangkan pembakaran dan penggunaan minyak semasa memandu, kereta ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti ABS Brake dan Alarm System.

Kereta mampu milik ini juga mempunyai ruang dalaman yang agak luas berbanding Perodua Kelisa dan Perodua Kancil walaupun kelihatan kecil dari luar. Model axia amat popular di kalangan pengguna yang baru sahaja dapat lesen kerana kebiasannya model kereta ini digunakan dalam kelas memandu di kebanyakan tempat di Malaysia. Selain itu, model Perodua Axia ini juga amat digemari oleh golongan fresh grad yang baru bekerja kerana kos bayaran bulanan axia yang rendah serta saiznya yang kecil mudah dikendalikan.

Harga yang ditawarkan di pasaran (bagi mode Auto) bermula RM 33, 490 bagi model baharu dan RM 31,400 bagi model terpakai serta bayaran bulanan Perodua Axia serendah RM 354 sahaja!

Berikut merupakan anggaran kos bayaran bulanan axia termasuk servis kereta dengan pengiraan ansuran bulanan berdasarkan loan bank 9 tahun dan 7 tahun serta kadar faedah 3.0% dan downpayment 10%.

kereta mampu milik
Sumber Gambar: Perodua

Model Perodua Axia G 1.0 AT (RM 33,490)

Tempoh Pinjaman9 Tahun7 Tahun
Amaun pinjaman (90%)RM 30,141RM 30,141
Ansuran BulananRM 354.44RM 434.17
Kos Servis = RM 142.90 ( 6 bulan sekali)RM 23.82 / *SebulanRM 23.82 / *Sebulan
Insurans = RM 1118/ setahunRM 93.17/ *SebulanRM 93.17/ *Sebulan
Road Tax= RM 20/ SetahunRM 1.67/ *SebulanRM 1.67/ *Sebulan
MinyakRM 270.6RM 270.6
Parking/ TolRM 200RM 200
Anggaran Jumlah Kos SebulanRM 943.7RM 1,023.43
Nota: Amaun yang bertanda (*sebulan) adalah jumlah yang anda perlu simpan setiap bulan untuk membiayai kos tambahan kereta.

Ringkasnya, walaupun kos bayaran bulanan Perodua Axia adalah mampu milik anda juga harus bersedia untuk membayar kos tambahan seperti, kos servis kereta, insurans, road tax, minyak, parking dan tol. Amaun yang dianggarkan di atas adalah jumlah kos keseluruhan yang anda perlu sediakan setiap bulan jika anda merancang untuk memiliki sebuah kereta. 

Kos Bayaran Bulanan Perodua Bezza

Perodua Bezza adalah kereta sedan yang kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakkan pemandu teksi dan e-hailing kerana penjimatan minyaknya yang sangat efficient. Selain daripada itu, ruang bonetnya yang luas juga merupakan satu main features yang menarik perhatian ramai orang kerana dapat mememudahkan urusan packing barang yang amat diperlukan kepada pengguna ketika perjalanan jarak jauh seperti balik kampung dan melancong. 

Kereta ini juga dilengkapi ciri canggih iaitu Keyless Push Start Button dan juga ciri keselamatan seperti ABS Brake. Harga yang ditawarkan di pasaran bagi kereta mampu milik ini bermula RM 36,580 bagi model baharu dan RM 31,900 bagi model terpakai. Bayaran bulanan perodua Bezza serendah RM 387 sahaja ! Jika anda ingin mencari kereta terpakai, ini website jual kereta yang anda boleh gunakan untuk survey kereta baru dan terpakai.

Berikut merupakan anggaran kos bayaran bulanan perodua bezza termasuk servis kereta dengan pengiraan ansuran bulanan berdasarkan loan bank 9 tahun dan 7 tahun serta kadar faedah 3.0% dan downpayment 10%.

kereta mampu milik
Sumber Gambar: Carsome

Model Perodua Bezza 1.0 Standard G- Auto (RM 36,580)

Tempoh Pinjaman9 Tahun7 Tahun
Amaun pinjaman (90%)RM 32,922RM 32,922
Ansuran BulananRM 387.14RM 474.23
Kos Servis = RM 142.90 ( 6 bulan sekali)RM 23.82 / *SebulanRM 23.82 / *Sebulan
Insurans = RM 1198.88/ setahunRM 99.91/ *SebulanRM 99.91/ *Sebulan
Road Tax= RM 20/ SetahunRM 1.67/ *SebulanRM 1.67/ *Sebulan
MinyakRM 296RM 296
Parking/ TolRM 200RM 200
Anggaran Jumlah Kos SebulanRM 1,008.54RM 1,095.63
Nota: Amaun yang bertanda (*sebulan) adalah jumlah yang anda perlu simpan setiap bulan untuk membiayai kos tambahan kereta.

Ringkasnya, walaupun kos bayaran bulanan Perodua Bezza adalah mampu milik anda juga harus bersedia untuk membayar kos tambahan seperti, kos servis kereta, insurans, road tax, minyak, parking dan tol. Amaun yang dianggarkan di atas adalah jumlah kos keseluruhan yang anda perlu sediakan setiap bulan jika anda merancang untuk memiliki sebuah kereta. 

Kos Bayaran Bulanan Perodua Myvi

Myvi atau lebih terkenal di kalangan rakyat Malaysia dengan gelaran “King of The Road” juga termasuk dalam senarai kereta mampu milik yang berada di pasaran. Model kereta compact yang menjadi ikon kereta di Malaysia ini juga menawarkan penjimatan minyak sebanyak 4.5L/ 100km bagi spec enjin 1.3. Reka bentuknya yang sporty juga sering menarik perhatian ramai terutamanya dalam golongan anak muda yang mempunyai minat mendalam dalam pasaran kereta.

Model kereta mampu milik Myvi ini juga dilengkapi dengan parking sensor dan juga features keyless entry di mana memudahkan pengguna untuk masuk ke dalam kereta tanpa bersusah payah mencari dan gunakan kunci. Anda hanya perlu pastikan anda ada kunci kereta bersama tak kisahlah dalam poket atau beg, serta peranti/ kunci tersebut perlu berada dalam lingkungan beberapa meter dari kereta dan kemudian hanya tekan button di pemegang pintu kereta untuk buka. 

Harga yang ditawarkan di pasaran (bagi enjin 1.3) bermula RM 48,500 bagi model baharu dan RM 44,900 bagi model terpakai. Manakala, bayaran bulanan kereta mampu milik Perodua Myvi ini serendah RM 513 sahaja!

Berikut merupakan anggaran kos bayaran bulanan myvi termasuk servis kereta dengan pengiraan ansuran bulanan berdasarkan loan bank 9 tahun dan 7 tahun serta kadar faedah 3.0% dan downpayment 10%.

kereta mampu milik
Sumber Gambar: Perodua

Model Perodua Myvi 1.3 Standard G Auto (RM 48,500)

Tempoh Pinjaman9 Tahun7 Tahun
Amaun pinjaman (90%)RM 43,650RM 43,650
Ansuran BulananRM 513.29RM 628.77
Kos Servis = RM 161.30 ( 6 bulan sekali)RM 26.88 / *SebulanRM 26.88 / *Sebulan
Insurans = RM 1366.55/ setahunRM 113.88/ *SebulanRM 113.88/ *Sebulan
Road Tax= RM 70/ SetahunRM 5.83/ *SebulanRM 5.83/ *Sebulan
MinyakRM 295.20RM 295.20
Parking/ TolRM 200RM 200
Anggaran Jumlah Kos SebulanRM 1,155.08RM 1,270.56
Nota: Amaun yang bertanda (*sebulan) adalah jumlah yang anda perlu simpan setiap bulan untuk membiayai kos tambahan kereta.

Ringkasnya, walaupun kos bayaran bulanan Perodua Myvi adalah mampu milik anda juga harus bersedia untuk membayar kos tambahan seperti, kos servis kereta, insurans, road tax, minyak, parking dan tol. Amaun yang dianggarkan di atas adalah jumlah kos keseluruhan yang anda perlu sediakan setiap bulan jika anda merancang untuk memiliki sebuah kereta. 

Kos Bayaran Bulanan Perodua Alza 2022

Manakala bagi anda yang sudah berkeluarga dan sedang mencari harga kereta mampu milik, mungkin anda boleh jadikan model Perodua Alza 2022 yang baharu sebagai satu pilihan. Perodua Alza 2022 ini baru sahaja ‘mendarat’ di Malaysia dan setakat ini berjaya mengumpul lebih 30,000 tempahan sejak model tersebut mula dipasarkan Jun lalu. Alza merupakan sejenis MPV yang menawarkan 7 seater dan paling laris dijual di Malaysia sehingga kini dalam kelasnya.

Antara ciri keselamatan standard model baharu ini termasuk 6 bag udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk membantu meletakkan kereta. Selain itu, Perodua Alza baru 2022 menyeragamkan ciri Advanced Safety Assist” atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk; Pre-collision Warning, Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki), Mis-pedal Operational Control dan Front Departure Alert

Kereta mampu milik ini amat sesuai jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai kerana ruang dalamannya yang amat luas dan dijamin selesa serta dapat meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya di Malaysia.

Harga Alza Baru 2022 yang ditawarkan di pasaran bermula RM 62,500 hingga RM75,500. Manakala bayaran bulanan Alza Baru 2022 serendah RM 661 sahaja!

Berikut merupakan anggaran kos bayaran bulanan Perodua Alza 2022 termasuk servis kereta dengan pengiraan ansuran bulanan berdasarkan loan bank 9 tahun dan 7 tahun serta kadar faedah 3.0% dan downpayment 10%.

kereta mampu milik
Sumber Gambar: Perodua

Model Perodua Alza 2022 1.5  x Auto (RM 62,500)

Tempoh Pinjaman9 Tahun7 Tahun
Amaun pinjaman (90%)RM 56,250RM 56,250
Ansuran BulananRM 661.46RM 810.27
Kos Servis = RM 118.70 ( 6 bulan sekali)RM 19.78 / *SebulanRM 19.78 / *Sebulan
Insurans = RM 1,872.80/ setahunRM 156.07/ *SebulanRM 156.07/ *Sebulan
Road Tax= RM 90/ SetahunRM 7.50/ *SebulanRM 7.50/ *Sebulan
MinyakRM 344.40RM 344.40
Parking/ TolRM 200RM 200
Anggaran Jumlah Kos SebulanRM 1,389.21RM 1,538.02
Nota: Amaun yang bertanda (*sebulan) adalah jumlah yang anda perlu simpan setiap bulan untuk membiayai kos tambahan kereta.

Ringkasnya, walaupun kos bayaran bulanan Perodua Alza 2022 adalah mampu milik anda juga harus bersedia untuk membayar kos tambahan seperti, kos servis kereta, insurans, road tax, minyak, parking dan tol. Amaun yang dianggarkan di atas adalah jumlah kos keseluruhan yang anda perlu sediakan setiap bulan jika anda merancang untuk memiliki sebuah kereta. 

Perbandingan Kos Bayaran Bulanan Untuk Kereta Mampu Milik

Model KeretaAxia G 1.0 ATBezza 1.0 Standard G- AutoMyvi 1.3 Standard G AutoPerodua Alza 1.5  x Auto
Ansuran BulananRM 354RM 387RM 513RM 661
Kos ServisRM 23.82 / *SebulanRM 23.82 / *SebulanRM 26.88 / *SebulanRM 19.78 / *Sebulan
InsuransRM 93.17/ *SebulanRM 99.91/ *SebulanRM 113.88/ *SebulanRM 156.07/ *Sebulan
Road TaxRM 1.67/ *SebulanRM 1.67/ *SebulanRM 5.83/ *SebulanRM 7.50/ *Sebulan
MinyakRM 270.6RM 296RM 295.20RM 344.40
Tol/ ParkingRM 200RM 200RM 200RM 200
JumlahRM 943.7RM 1,008.54RM 1,155.08RM 1,389.21

Berdasarkan jadual di atas, model kereta Perodua Axia G 1.0 AT adalah kereta mampu milik yang paling murah. Tetapi jika anda lebih berminat pada model kereta yang lain dan pada masa yang sama anda risau tentang kos servis kereta yang perlu ditanggung, anda tak perlu bimbang kerana di Direct Lending, kami ada menyediakan Pelan Ansuran Bulanan Servis Kereta dengan paylater. Pakej pembayaran baiki kereta secara ansuran ini adalah fleksibel antara 3 atau 6 kali bayaran dan juga patuh syariah.

Sini kami selitkan juga video tentang tips jimat minyak kereta dan juga kos pengiraaan pengunaan petrol. Jadi, bolehlah bantu kurangkan kos bila anda nak travel nanti.

Kesimpulan

Sebelum membeli sebuah kereta, anda diingatkan supaya tidak dikaburi dengan jumlah ansuran bulanan kereta sahaja, tapi anda juga perlu ambil kira dan sudah bersedia dengan segala kos servis kereta yang perlu ditanggung dan berkemungkinan bakal menyusul setelah beberapa tahun penggunaan kereta. Sebagai contoh, kos tukar tayar yang sudah botak atau bocor, brake pad yang sudah haus misalnya dan sebagainya.

Jadi, anda rasa kereta mampu milik yang mana sesuai dan menjadi pilihan anda? Keputusan ini bergantung kepada diri anda sendiri. Apa yang penting adalah pililah kereta mengikut kemampuan kewangan diri masing-masing. Bak kata pepatah melayu, ukurlah baju di badan sendiri.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai dengan anda.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan