Direct Lending

7 Cara Praktikal Untuk Menambah Pendapatan Anda

Kini, sesebuah keluarga perlu mempunyai pendapatan tambahan untuk menampung prestasi kewangan kerana kos sara hidup juga semakin meningkat. Berbekalkan pegangan ini, mari terokai 7 kaedah berbeza untuk memperoleh pendapatan tambahan dengan menggunakan cara yang selamat dan menyeluruh.

Pilihan untuk menjana pendapatan sampingan mungkin agak terhad pada tahun-tahun sebelumnya. Namun kini dengan kewujudan teknologi dan internet, ianya menjadi tidak mustahil lagi dengan pelbagai kaedah yang menarik.

1. Adakah anda seorang yang dwibahasa dan selesa berkomunikasi secara bertulis menerusi platform atas talian? Daftarlah sebagai pekerja bebas di platform seperti Upwork, Freelancer, Fiverr atau Pinba.

2. Adakah anda mempunyai sifat kreatif dan cenderung menulis artikel, merekabentuk atau merakam video? Lihatlah Contently untuk kerja-kerja kreatif.

3. Adakah anda merupakan pereka bentuk kreatif? Daftar di 99Designs untuk pelbagai kerja bebas yang melibatkan reka bentuk logo, pembungkusan, kulit buku, kemeja-t dan kad perniagaan.

4. Anda merasakan diri anda bijak? Lihat laman web Amazon’s Mechanical Turk Worker dan ambil penilaian HIT. Ianya bukan album penyanyi P. Ramlee, tetapi merupakan Penilaian Kepintaran Manusia. Contoh penilaian individu terdiri daripada penyertaan ujian kebolehgunaan laman web atau ujian permainan video untuk menyalin video bagi memasukkan petunjuk perkataan atau mengkaji transkripsi bagi melihat ketepatannya. Beberapa jenis tugasan turut memerlukan kelayakan Sarjana untuk menyiapkannya. Pastinya petunjuk yang jelas ialah pekerja bebas merupakan individu yang bijak-bijak belaka

www.onlinejobsincome.com

Dengan pilihan-pilihan platform ini, anda boleh bekerja dari rumah, secara atas talian dan berdasarkan masa anda sendiri. Kelebihan pilihan-pilihan ini apabila anda mendapat tugasan daripada luar negara dan dibayar dengan matawang Dolar Amerika ataupun Euro. Pendapatan sampingan anda juga pastinya meningkat apabila ditukarkan dengan matawang MYR. Pepatah ada mengatakan, ‘apabila diberi racun, jadikanlah ianya madu’.

Tidak berminat untuk menghadap komputer semasa waktu lapang? Jangan bimbang. Terdapat lebih banyak cadangan untuk menjana pendapatan sampingan seperti di bawah:

5. Anda pasti tahu tentang pekerjaan sebagai pemandu di Uber atau Grab. Pernahkah anda mendengar tentang goget.my? Daftarlah sekarang untuk menjadi pembantu peribadi dan membuat pekerjaan orang lain berdasarkan upah. Anda mungkin perlu mengambil pakaian di kedai dobi atau mengambil dan menghantar makanan tengah hari.

6. Adakah keluarga anda sering berleter supaya anda membuang semua barangan lama sedangkan ianya masih boleh digunakan lagi? Kemas rumah anda dan jualkan apa sahaja barangan terpakai seperti barangan bayi, telefon bimbit, buku dan banyak lagi. Ambil gambar yang anda hendak jual ini dan siarkannya menerusi telefon pintar anda di laman web jual beli seperti Carousell, Shopee, Lelong atau Ebay Malaysia. Para wanita juga boleh menjana pendapatan dengan menjual pakaian berfesyen anda di Closetstyles.

7. Adakah anda mempunyai hobi seperti khidmat jagaan? Terdapat beberapa komuniti di Facebook seperti “Kerja untuk Ibu Penyayang Malaysia – Pengasuh, Pengajar, Penjagaan Anak”, “Persatuan Kelab Tukang Jahit Seluruh Malaysia” atau “Reach Out” yang mungkin boleh menarik minat anda. Komuniti ini merupakan rangkaian wanita berdasarkan minat masing-masing. Ia juga membolehkan para wanita untuk berminat menjahit, mengajar dan mengasuh untuk menjana pendapatan sampingan. Semuanya ada disitu!

gosipitang.com

Semua cadangan di atas masih merupakan penjana pendapatan yang aktif. Apa yang ideal ialah dengan menjana pendapatan pasif dengan tenaga yang sedikit. Pertimbangkan untuk mengasingkan sebahagian daripada hasil pendapatan anda untuk melabur supaya dapat mencipta satu aliran pendapatan pasif. Semuanya harus bermula daripada asas seperti kata pepatah, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Artikel in disediakan oleh Direct Lending Malaysia, sebuah platform pinjaman peribadi bank & koperasi dalam talian yang memberi anda pengalaman peminjaman yang lebih cepat, mudah, selamat dan mampu milik.

Direct Lending

Add comment