Direct Lending

Bagaimana Untuk Meningkatkan Peluang Kelulusan Untuk Pinjaman Anda

Bad-Credit-Score-Can-Prevent-Businesses-from-Getting-Good-Merchant-Processing
www.chargebackexpertz.com

Jika anda memohon untuk membuat pinjaman atau kad kredit, anda harus tahu keadaan skor kredit anda. Pemohon yang mempunyai skor kredit yang rendah, berkemungkinan akan diberikan kadar faedah yang tinggi atau pinjaman anda akan ditolak.

Maklumat kredit dikumpulkan oleh CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, rekod yang dikendalikan oleh Bank Negara) dan agensi pelaporan kredit lain seperti CTOS dan RAMCI berdasarkan tingkah laku pembayaran balik pinjaman anda dengan bank dan syarikat kredit. Sejarah pembayaran anda untuk pinjaman peribadi, rumah, dan kereta anda, kad kredit, pinjaman pelajar dengan PTPTN semuanya menjadi sebahagian daripada maklumat kredit yang dikendalikan oleh CCRIS dan agensi pelaporan kredit lain.

Jika anda gagal untuk membuat pembayaran pada masa yang ditetapkan atau tidak membayar langsung pinjaman atau kad kredit, begitu juga dengan tindakan undang-undang yang dikenakan keatas anda kerana tidak membuat bayaran seperti yang dijanjikan, ia akan direkodkan di dalam laporan kredit anda.

Servis utiliti seperti bil telefon juga akan direkodkan di dalam laporan kredit anda apabila anda gagal membuat pembayaran dan ini akan menyebabkan anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman.

Adakah anda masih boleh membuat pinjaman dengan skor kredit rendah?

cu_loan_application
google.com

Anda masih boleh cuba untuk membuat pinjaman konvensional. Tetapi, bergantung kepada nilai skor anda, anda mungkin akan ditawarkan pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi, lebih teruk lagi, permohonan anda ditolak.

Bagaimana untuk membaiki skor kredit?

creditscore3-edit
google.com

Jika anda memilik skor kredit yang rendah, anda boleh mengambil langkah untuk memperbaiki skor kredit anda. Ini akan dapat memberi anda lebih peluang untuk membuat pinjaman dengan kadar yang berpatutan. Disini kami lampirkan tiga cara untuk memperbaiki skor kredit anda:

  1. Bayar sebarang tunggakan dan hutang anda secepat yang mungkin. Ia akan mengambil masa 12 bulan untuk laporan anda bebas dari segala rekod pembayaran lewat.
  2. Semak laporan kredit anda setiap tahun dan lihat jika ada sebarang maklumat yang tidak tepat. Jika terdapat sebarang masalah, selesaikan secepatnya.
  3. Bayar cukai dan selesaikan kesemua bil anda pada masa yang ditetapkan. Jika anda sukar untuk ingat supaya membuat pembayaran, anda boleh membuat jadual pembayaran secara automatik dengan bank anda.

Inginkan lebih tips bagaimana mahu membaiki laporan kredit anda? Sila baca disini.

Dimana anda boleh membuat pinjaman dengan skor kredit yang rendah?

bad-good credit
google.com

Anda perlukan wang tunai sekarang dan tiada masa untuk menunggu sehingga skor kredit anda dibaik pulih? Apa pilihan yang anda ada untuk membuat pinjaman? Anda mungkin masih boleh memohon untuk membuat pinjaman peribadi daripada bank konvensional dengan skor kredit rendah, namun, kemungkinan untuk mendapat kadar faedah yang tinggi atau permohonan anda ditolak adalah lebih tinggi .

Jika anda seorang kakitangan awam dengan skor kredit yang rendah atau tekah disenarai-hitam, pinjaman koperasi mungkin menjadi pilihan yang lebih sesuai. Ketahui kadar pinjaman terbaik dan kelayakan anda dengan memohon online sekarang!

Direct Lending

Add comment