Direct Lending

Beli Rumah Dengan Gaji Bawah RM 3 ribu? Ini Caranya!

Pembelian rumah sering menjadi isu yang hangat di kalangan generasi muda sekarang kerana ramai yang menganggap perkara ini mustahil dan tidak mampu dilakukan disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa. Jangan sesekali mencipta alasan sebelum kita berusaha sepenuhnya. Buktinya, penulis sendiri telah berjaya membuat pembelian rumah pelaburan pertama pada usia 24 tahun dengan gaji bawah RM 3 ribu pada tahun 2018. Ingin tahu caranya? Teruskan membaca artikel ini!

1. Tetapkan matlamat pembelian rumah

kredit : google.com

Matlamat yang jelas tentang pembelian hartanah amat penting bagi memastikan anda membuat langkah yang betul untuk mencapai matlamat anda. Senaraikan matlamat anda serta langkah yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat itu. Matlamat anda harus jelas bagi pembelian hartanah itu sama ada untuk pelaburan atau kediaman sendiri. Apa yang penting dalam matlamat anda adalah penilaian dari segi kemampuan kewangan anda.

Sebagai contoh, dengan gaji bawah RM 3 ribu, semakan kelayakan dengan pihak bank perlu dilakukan bagi mengenal pasti jumlah pembiayaan yang layak dengan kemampuan kewangan anda. Semakan kelayakan pembiayaan ini amat penting untuk dilakukan bagi memastikan anda betul-betul layak dan mampu membiayai komitmen ansuran bulanan kepada bank. Adakah anda sudah mempunyai matlamat? Baca langkah seterusnya!

2. Rancang perbelanjaan anda

kredit: reliableenergy.com

Perbelanjaan bulanan perlu dirancang dengan sebaiknya. Bila anda sudah mempunyai matlamat yang jelas, anda mestilah bijak untuk membezakan di antara keperluan dan kehendak. Dari sudut perbelanjaan, terdapat tiga aspek utama yang sering memakan belanja yang besar daripada jumlah gaji kita iaitu perbelanjaan makanan, tempat tinggal dan hiburan. Kami akan kongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh berjimat dalam aspek ini tetapi masih seronok dalam merancang perbelanjaan anda!

  • Makanan

Makanan adalah keperluan dari sudut perbelanjaan tetapi cuba hadkan perbelanjaan makanan anda dengan memasak di rumah ataupun cuba tetapkan sasaran perbelanjaan makanan harian anda. Cuba tetapkan sasaran perbelanjaan minimum harian dan sekiranya anda berjaya mencapai sasaran ini,  berilah ganjaran kepada diri anda di akhir bulan dengan makanan kegemaran anda!

  • Tempat Tinggal

Cuba cari tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat kerja. Dengan menyewa rumah yang berdekatan dengan tempat kerja, anda dapat menjimatkan wang dari segi kos pengangkutan. Sebagai contoh, jarak tempat kerja penulis hanya 10 minit dari tempat tinggal dan penulis hanya berjalan kaki ke tempat kerja setiap hari! Perkara ini bukan sahaja berfaedah dari segi kesihatan, tetapi turut menjimatkan kos secara tidak langsung!

Tips untuk mereka yang terpaksa berulang alik dari tempat kerja kerana faktor kekangan tempat tinggal, kami cadangkan anda mencuba alternatif pengangkutan awam jika ada, dan sekiranya terdapat masalah dalam menaiki pengangkutanawam, cuba ‘carpool’ atau berkongsi kenderaan dengan rakan sekerja. Perbelanjaan bukan sahaja dapat dikongsi bersama rakan sekerja, kesesakan lalu lintas juga akan berkurangan!

  • Hiburan

Setelah berpenat lelah bekerja, ramai di kalangan kita akan membelanjakan sejumlah duit bagi memberi ganjaran kepada diri sendiri. Penulis sendiri juga memperuntukkan sejumlah kecil daripada gaji untuk memberikan diri sedikit hiburan tetapi AWAS, ramai di antara kita yang terlampau leka pada awal gaji dengan berbelanja tanpa kawalan untuk hiburan, tetapi akhirnya terpaksa mengikat perut untuk bertahan di hujung bulan! SENTIASA BERINGAT!

Tips tambahan untuk anda semua, sentiasa ambil tahu tentang promosi yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat. Contohnya promosi diskaun harga bagi tiket wayang murah dan sebagainya. Sambil berhibur, anda dapat berjimat lagi untuk pembelian rumah anda!

3. Mendapatkan pinjaman perumahan daripada pihak bank

kredit: maxpixel.net

Proses mendapatkan pinjaman daripada pihak bank merupakan salah satu proses yang agak rumit tetapi ia boleh menjadi mudah sekiranya anda tahu cara yang betul dalam memudahkan pihak bank meluluskan pinjaman anda. Berikut merupakan tiga perkara yang anda boleh praktikkan dalam proses permohonan pinjaman rumah anda!

  • Buat kajian dan perbandingan pinjaman perumahan di antara bank-bank yang berbeza

Kajian dan perbandingan pinjaman di antara beberapa bank yang berbeza sangat penting kerana setiap bank mempunyai syarat-syarat pinjaman sendiri. Bandingkan pinjaman dari aspek faedah yang dikenakan, tempoh masa pinjaman dan margin pinjaman perumahan yang ditawarkan. Hantar permohonan anda ke beberapa bank yang berbeza dan sekiranya terdapat tawaran daripada beberapa bank, pilih pinjaman yang terbaik! Jangan bimbang sekiranya permohonan anda ditolak oleh sesetengah bank kerana anda masih mempunyai peluang untuk memohon di bank lain!

  • Penting untuk ada rekod hutang

Sekiranya anda tidak pernah mempunyai sebarang rekod hutang dengan mana-mana bank, jangan terkejut sekiranya pihak bank menolak permohonan pinjaman anda. Perkara ini boleh menjadi masalah yang besar dalam kelulusan permohonan kerana pihak bank tidak mempunyai sebarang bukti bahawa anda merupakan seorang peminjam yang baik. Bukan semua hutang itu hutang buruk, ya.

  • Rekod kewangan yang baik (CCRIS dan CTOS)

Pihak bank akan menilai permohonan anda berdasarkan rekod kewangan yang baik. Rekod kewangan ini akan dinilai untuk melihat kemampuan anda membiayai komitmen ansuran bulanan pinjaman kepada pihak mereka. Rekod kewangan anda yang baik akan memberikan tanggapan yang baik kepada pihak bank dan akan memudahkan proses kelulusan pinjaman perumahan anda. Adakah anda risau kerana rekod CCRIS anda negatif ataupun disenarai hitamkan?  Jangan bimbang, anda masih mempunyai cara untuk membersihkan rekod negatif CCRIS anda!

4. Sentiasa tambah ilmu tentang kewangan dan hartanah

Perkara yang paling penting ialah anda sentiasa menambah ilmu dalam bidang kewangan dan hartanah. Ada banyak blog pengurusan kewangan, termasuk blog Direct Lending yang anda boleh baca untuk menambah ilmu kewangan dan hartanah secara percuma. Sebagai contoh, pinjaman selalu disalah ertikan sebagai hutang buruk tapi dengan menggunakan kemudahan pinjaman, ia dapat digunakan untuk membina aset anda, seperti untuk membeli rumah. Apa yang penting, fahami kemudahan pinjaman yang dipilih dan rancang dengan teliti supaya ia sesuai dengan kemampuan kewangan anda!

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara dan usaha yang boleh dilakukan untuk anda mencapai matlamat pembelian rumah anda walaupun anda bergaji bawah RM 3 ribu dan ia TIDAK MUSTAHIL. Dengan usaha dan ilmu yang cukup, anda pasti akan berjaya dan kami di sini sentiasa akan menyokong dan membantu anda semua! Jika anda memerlukan bantuan kewangan atau nasihat untuk menyimpan deposit rumah yang mencukupi, hubungi Direct Lending dan semak kelayakan pinjaman bank & koperasi anda.

 

Direct Lending

Add comment