Direct Lending
need more money

Cara Menjana Pendapatan Tambahan Sambil Bekerja

need more money

Rakyat Malaysia kini sedang menghadapi kos sara hidup yang lebih tinggi berikutan pengenalan GST (Cukai Barangan Dan Perkhidmatan), pemulihan harga komoditi, harga minyak dan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Kos perjalanan ke luar negara, kos pelajaran tinggi di luar negeri dan semua barangan import menjadi lebih mahal

Dengan penggunaan teknologi digital yang semakin berkembang menjana pendapatan tambahan merupakan satu cara yang lebih realistik dan menarik demi mengatasi kenaikan kos sara hidup

Walaupun anda mampu membayar sewa bulananbil barangan runcit dan perbelanjaan hiburan anda dengan mudahmemperoleh pendapatan tambahan akan membantu menampung perbelanjaan besar anda seperti membeli sebuah rumah atau sebuah kereta, untuk persaraan dan pelan pelaburan

Berikut adalah cara alternatif untuk menjana pendapatan tambahan!

Menjadi Pekerja Bebas Sambilan

Portal ‘crowdsourcing’ seperti Fiverr.com, Upwork.com, Freelancer.com, Servishero.com and Kaodim.com membolehkan anda untuk memperkenalkan kemahiran dan perkhidmatan anda di dalam negara atau dalam pasaran dunia dengan mudah

Anda hanya perlu daftarkan satu profil, isikan butir-butir kemahiran atau bakat anda dan mula memohon pekerjaan yang telah diiklankan! Kebanyakan kerja yang diiklankan di portal-portal ini merupakan pekerjaan yang boleh dibuat dari jauh tanpa perlu berjumpa dengan majikan atau pekerja. Semuanya beroperasi secara dalam talian. Kategori pekerjaan yang popular termasuklah  penulisan artikel atau terjemahan,Teknologi Maklumat dan perisianreka bentukpenghasilan media dan penulisan

Terdapat juga portal khusus seperti myprivatetutor.my yang anda boleh menjana pendapatan dengan mengajar orang berdasarkan pengetahuan dan kemahiran asas anda.

Menjadi Pemandu Sambilan

Aplikasi popular seperti Uber and Grab membolehkan anda menggunakan kereta sendiri untuk menjadi seorang pemandu sambilan yang bebas.

Memulakan Perniagaan Sampingan

Memulakan perniagaan dalam talian yang menguntungkan merupakan suatu pilihan yang telah tersedia untuk sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet yang baik dan beberapa jenis peniagaan yang memang menjadi kepakarannya kerana aktiviti membeli belah dalam talian sedang berkembang maju dengan akses dalam internet yang meluas. Model C2C (pelanggan kepada pelangganbermaksud bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi seorang penjual

Anda boleh menyertai peluang-peluang e-dagang yang sedang berkembang yang ditawarkan oleh semua pasaran dalam talian dengan mudah seperti yang terdapat di Mudah.my, Lazada, Carousell, Shopee dan 11street. Anda boleh menjual produk-produk terpakaiproduk yang dicipta oleh anda sendiriproduk yang anda temui dan di import ke dalam negara (bermaksud anda merupakan orang tengah), malahan kiriman perantaraan, di mana anda sebenarnya tidak mengendalikan produk tersebut

Memanfaatkan Aset Anda Secara Kreatif

Jika anda mempunyai bilik simpanan di rumah yang boleh disewakan, uruskannya dengan Airbnb.

Adakah anda mempunyai hari di mana kereta anda tidak digunakan? Anda boleh menyewakannya  kepada rakan-rakan untuk menjana pendapatan tambahan.

Adakah anda suka menulis blog, membuat video blog atau melibatkan diri dalam media sosialAnda boleh mencari cara untuk melakukan apa yang anda gemari , mengawasi trafik dalam talian dan yang lainnya dengan berkolaborasi bersama penaja dan pengiklan yang sesuai.

Bekerja dua syif kerja setiap hari akan memenatkan dalam tempoh jangka panjang. Oleh itu, cara yang paling baik ialah dengan mencuba melakukan kerja tambahan yang memberikan kepuasan peribadi dan satu pemikiran yang berbeza untuk anda.

Anda mungkin lebih memilih pekerjaan berkolar putih berbanding berkerjaya sebagai artis. Namun, pada sisi yang lain anda sebenarnya masih boleh mengisi minat anda dengan mereka bentuk corak kemeja-T, poster atau kerja-kerja seni.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, janganlah menolak kemungkinan untuk menjana wang dengan terlalu cepat tanpa mencubanya terlebih dahulu!

Direct Lending

Add comment