Direct Lending

Cara Untuk Beli Rumah Impian Anda

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 8 Mac 2018 dan dikemas kini pada 1 November 2019.)

Gambar oleh Pressfoto

Setiap individu pasti ingin memiliki rumah sendiri. Oleh kerana harga rumah mahal, harapan untuk memiliki rumah mungkin kelihatan sukar. Sungguhpun begitu, adalah tidak mustahil bagi anda untuk memiliki kediaman impian dengan melakukan simpanan dan mendapatkan bantuan kewangan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jika anda berusaha, maka anda akan berjaya memiliki rumah sendiri. Perkara pertama yang perlu anda ketahui adalah pihak bank hanya akan memberikan pinjaman yang bernilai 90% daripada harga rumah yang ingin dimiliki. Oleh itu, anda perlu menyimpan untuk dapatkan 10% sahaja daripada harga rumah untuk dijadikan bayaran pendahuluan dan juga caj yuran guaman, duti setem dan kos pengubahsuaian. Kemudian, anda perlu memilih skim pembiayaan dan skim kerajaan yang sesuai untuk memudahkan urusan pembelian kediaman impian anda. Dalam artikel ini, anda akan mendapati bahawa membeli rumah tidaklah sesukar seperti yang anda jangkakan.

Cara untuk Beli Rumah Impian Anda

1. Mulakan Simpanan untuk Dijadikan Deposit

Gambar oleh Jcomp

Asingkan sejumlah wang daripada pendapatan anda untuk dijadikan bayaran pendahuluan pembelian rumah. Tetapkan tempoh masa menyimpan yang realistik dan pastikan anda tekun dan berdisiplin dalam menjayakannya.

Terdapat pelbagai cara untuk anda memperoleh hasil wang simpanan yang banyak dalam masa yang singkat. Lazimnya, langkah-langkah tersebut memang tidak mustahil tetapi ia memerlukan pengorbanan besar terutamanya daripada segi perbelanjaan anda.

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk kawal perbelanjaan adalah kurangkan makan di luar kerana harganya boleh mencecah RM10 satu hidangan. Sebaliknya, bawa bekal makan tengah hari dari rumah cuma bernilai RM4. Selain itu, kurangkan minum di kedai kopi mahal dan pelbagai perkara lain yang boleh mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Dengan melakukan pengorbanan untuk mengawal perbelanjaan, anda boleh memperoleh penjimatan sebanyak ratusan atau ribuan ringgit! Jika perlu, anda boleh menggunakan wang daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung kos wang pendahuluan.

2. Pilih Pinjaman Perumahan yang Terbaik

Gambar oleh Freepik

Bagi kebanyakkan daripada kita, membeli rumah adalah pembelian yang paling berharga dalam hidup. Oleh itu, anda perlu memilih pinjaman perumahan yang terbaik berdasarkan kadar faedah yang ditawarkan.

Terdapat pelbagai jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank di seluruh Malaysia. Secara purata faedah yang ditawarkan adalah antara 4.3% hingga 4.6%* berdasarkan jumlah wang pinjaman. Luangkan sedikit masa untuk menjalankan kaji selidik bagi mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah paling rendah.

Anda boleh menggunakan laman web seperti iMoney, RinggitPlus dan Loanstreet untuk mendapat maklumat dan membuat perbandingan pinjaman perumahan yang ditawarkan. Gunakan kalkulator pinjaman perumahan untuk mendapatkan anggaran kadar bayaran balik bulanan.

Ataupun, anda boleh menggunakan skim pembiayaan perumahan alternatif seperti skim HouzKEY oleh Maybank. Dengan skim ini, anda boleh menyewa rumah yang ditawarkan oleh pihak bank dan mendapat peluang untuk membeli rumah tersebut apabila anda sudah bersedia. Skim ini terbuka untuk semua. Jika anda berminat untuk menyertai skim ini, anda hanya perlu menyediakan deposit sebanyak tiga bulan harga sewa. Dengan itu, anda boleh memasuki kediaman impian anda pada bila-bila masa.

3. Dapatkan Bantuan Skim Perumahan Kerajaan

Gambar oleh Freepik

Usaha anda untuk memiliki rumah sendiri akan membuahkan hasil kerana terdapat skim perumahan kerajaan yang akan memudahkan urusan jual beli kediaman impian anda. Antara skim perumahan kerajaan yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia adalah PR1MA, Skim Rumah Pertamaku, Rumah Selangorku, Residensi WilayahProgram Perumahan Rakyat (PPR), Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit). Untuk kakitangan awam, ada juga Skim Rumah Mampu Milik oleh Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Untuk memudahkan urusan anda, kami telah menjalankan analisi terhadap skim perumahan kerajaan yang ditawarkan dan kumpulkan ciri-ciri serta faedah yang ditawarkan di dalam jadual di bawah. Anda boleh gunakan jadual tersebut sebagai rujukan dan perbandingan.

SKIM KELAYAKKAN
PR1MA – Menawarkan kediaman berpatutan yang berharga di antara RM100,000 – RM400,000
  • Pendapatan antara RM2,500 – RM15,000 sebulan (Individu / Bergabung)
  • Unit PR1MA mestilah pembelian pertama atau kedua sahaja
  • 21 tahun & ke atas
SRP – Menawarkan pembiayaan perumahan sehingga 110% untuk harga rumah sehingga RM300,000
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 (Individu) / RM10,000 (Bergabung)
  • Pinjaman tidak melebihi 35 tahun
  • Pembelian rumah kali pertama sahaja
Rumah Selangorku – Menawarkan harga rumah tidak melebihi RM250,000
  • Pendapatan antara RM 3,000 (Bergabung) untuk Jenis A; RM3,001 – RM10,000 (Bergabung) untuk Jenis B,C,D
  • Tidak pernah memiliki rumah di Selangor
  • 18 tahun & ke atas
Residensi Wilayah – Menawarkan harga rumah tidak melebihi RM300,000
  • Pendapatan RM10,000 (Individu) RM15,000 (Bergabung)
  • Lahir, menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan
  • 21 tahun & ke atas
PPR – Harga rumah di Semenanjung RM35,000 & Sabah/Sarawak RM42,000
  • Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • 18 tahun & ke atas
MyDeposit – Memberikan sumbangan sebanyak 10% daripada harga rumah atau maksimum RM30,000 untuk rumah yang berharga tidak melebihi RM500,000
  • Pendapatan tidak melebihi RM3,000 -RM15,000 sebulan (Individu / Bergabung)
  • Pembelian rumah kali pertama sahaja
  • 21 tahun & ke atas
Skim Rumah Mampu Milik – Projek perumahan mampu milik untuk kakitangan kerajaan di Malaysia
  • Terbuka untuk kakitangan kerajaan Malaysia sahaja (termasuk pesara & pekerja kontrak)

(**Maklumat adalah tepat sewaktu tulisan dikarang)

Kesimpulan

Perancangan awal yang rapi serta kegigihan anda dalam melakukan simpanan akan memudahkan anda untuk memiliki kediaman impian sendiri berbanding mereka yang hanya menunggu peluang. Jika anda perlukan bantuan dan perundingan kewangan, Direct Lending sedia membantu anda untuk semak kelayakan dan mohon secara percuma.

Direct Lending

Add comment