Direct Lending

6 Langkah Mudah Untuk Membina Tabung Dana Kecemasan

Pernah tak anda terfikir, apa akan berlaku sekiranya anda tiba-tiba jatuh sakit dan perlu melakukan pembedahan yang memerlukan belanja RM40,000? Sedangkan gaji anda pun tidak sampai RM3,000, bagaimana anda hendak tampung kos pembedahan tersebut? Sebab itu anda perlu ada Tabung Dana Kecemasan. Tabung ini yang akan membantu anda sewaktu kesusahan.

Menguji Kematangan Kewangan

Kekangan yang dihadapi oleh kebanyakkan daripada kita untuk menubuhkan tabung dana kecemasan adalah perbelanjaan berulang, seperti pembayaran semula pinjaman bank dan perbelanjaan keperluan asas. Bagaimanapun, kita seharusnya berfikiran matang dalam mengatur kewangan dengan “menyediakan payung sebelum hujan” agar tidak susah sewaktu masa yang akan datang.

6 Cara Membina Dana Kecemasan Untuk Situasi Luar Jangkaan

1. Lakar sebuah pelan tindakan

Kredit: Celik Hartanah

Bagi memastikan rencana anda untuk menubuhkan tabung dana kecemasan berjalan dengan jayanya, anda perlu terlebih dahulu mempunyai pelan perancangan yang rapi. Pelan perancangan ini yang akan menjadi panduan untuk anda mencapai matlamat kewangan anda. Pelan perancangan yang terbaik adalah yang mempunyai sasaran kewangan yang jelas.  

2. Menyemai ‘benih’ kewangan

Kredit: Word From The Well

Apabila sudah ada pelan kewangan, pastikan anda ikut pelan tersebut tanpa kompromi. Jangan sekali tersasar daripada matlamat. Pertama sekali, anda perlu nilai pendapatan bersih anda. Memisahkan jumlah perbelanjaan keperluan asas serta perbelanjaan berulang daripada pendapatan bersih. Melalui jumlah baki pendapatan anda, ambil kira-kira 10% untuk dijadikan ‘benih’ dana kecemasan. Pastikan anda semai ‘benih’ 10% ini setiap bulan untuk memastikan dana kecemasan anda tumbuh dengan mekar.

3. Rancang dan kawal perbelanjaan dengan teliti

Kredit: I am Wire

Dalam memastikan kewangan anda dalam keadaan lancar, anda perlu berfikiran seperti ahli perniagaan. Semua perbelanjaan harus diambil kira. Pastikan anda tidak terlebih belanja dengan membeli barangan bukan keperluan keutamaan atau berbelanja mengikut nafsu.

4. Jangan berhenti separuh jalan

Kredit: Roast & Ground

Antara cabaran sewaktu menjayakan tabung dana kecemasan adalah keazaman yang berterusan. Misi menyimpan untuk dana kecemasan selalunya akan terhenti selepas 6 atau 8 bulan. Perkara sebegini harus dielakkan. Sebaliknya, anda harus kekalkan momentum menyimpan. Jangan sesekali menggunakan dana kecemasan untuk perkara yang tidak penting.

5. Dapatkan sumber pendapatan alternatif

Kredit: Getentrepreneurial

Bagi individu yang mempunyai pendapatan di bawah paras sederhana, adalah lebih baik jika anda mencari sumber pendapatan alternatif. Ini akan sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan beban pendapatan serta boleh menambahkan wang simpanan, terutamanya untuk kecemasan.

Antara contoh sumber pendapatan alternatif yang anda boleh lakukan secara atas talian adalah penulis blog, pereka grafik, pereka laman web, dan sebagainya. Ataupun, anda boleh dapatkan kerja separuh masa di restoran atau sebarang premis perniagaan.

6. Elakkan meminjam wang untuk perkara tidak penting

Kredit: Loans Canada

“Ukur baju di badan sendiri”, jika tak mampu, jangan beli. Kebanyakkan daripada kita meminjam wang untuk perkara yang tidak penting seperti membeli telefon bimbit ataupun untuk melancong ke luar negara. Ini menyebabkan sumber pendapatan bulanan menjadi kurang kerana terbeban oleh hutang.

Jika anda benar-benar perlu meminjam, pastikan anda meminjam dengan wajar. Jangan pinjam jumlah yang anda tidak mampu bayar, ini akan memburukkan rekod CCRIS anda serta boleh menyebabkan tekanan hidup. Sebab itulah penting ada tabung dana kecemasan. Fungsi adanya dana kecemasan ini adalah untuk mengelakkan anda daripada perlu meminjam ketika dalam kesusahan.

Jaring Keselamatan

Langit tak selalunya cerah. Ada hari anda senang, ada hari anda susah. Ada yang susah sampai perlu jual harta benda untuk menyelesaikan masalah. Jangan jadi begitu. Ubah sekarang. Wujudkan tabung dana keselamatan anda sendiri kerana kita tidak tahu apa akan terjadi kemudian hari. “Jangan sudah jatuh, baru mengeluh”.

Bertindak cepat. Bersedia dari sekarang.

 

Jika anda berada di dalam situasi kecemasan dan memerlukan wang dengan kadar yang pantas, semak kelayakan pinjaman peribadi koperasi anda. Direct Lending adalah sebuat platform pinjaman peribadi dalam talian yang berusaha untuk memberi anda pengalaman peminjaman yang lebih cepat, mudah, selamat dan mampu milik.

Direct Lending

Add comment