Direct Lending
mengapa membuat pinjaman

Mengapa Kita Membuat Pinjaman?

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 12 Ogos 2017 dan dikemas kini pada 14 Januari 2020).

Mengapa seseorang itu memilih untuk membuat pinjaman peribadi? Jawapan yang semestinya sudah jelas adalah kerana mereka memerlukan wang tunai yang tiada dalam simpanan. Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang memiliki wang tunai, tetapi masih memilih untuk membuat pinjaman. Dan anda mungkin berfikir mengapa?

Salah satu sebab adalah kerana Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi adalah lebih murah dan senang untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada menukarkan aset mereka untuk mendapatkan wang yang mereka mahukan. Marilah kita lihat antara sebab-sebab yang menyebabkan orang ramai mengambil pinjaman.

1. Kecemasan

Gambar oleh Cied Peru

Jika anda berada dalam situasi kecemasan di mana anda memerlukan wang dengan kadar yang pantas dan segera seperti untuk membayar bil perubatan, membaik pulih kereta atau untuk menampung keperluan harian disebabkan kehilangan pendapatan secara tiba-tiba, Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi yang sesuai dengan kemampuan anda boleh menjadi sumber sokongan kewangan yang utama.

Pinjaman Koperasi adalah agak mudah untuk mohon, walaupun untuk pemohon yang telah disenarai hitam di Malaysia sebab bayaran balik adalah melalui potongan gaji. Kriteria kelulusan pinjaman juga bergantung kepada rekod senarai hitam mereka.

2. Penyatuan Hutang

Gambar oleh INSCM Magazine

Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi mungkin memberi manfaat kepada anda dengan mengurangkan beban hutang anda. Sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit yang belum dibayar dengan faedah sebanyak 18% setahun, anda boleh menggunakan pinjaman yang lebih murah untuk mengabungkan dan membayar hutang yang mahal ini.

Selain itu, ramai orang mohon pinjaman peribadi dengan tujuan untuk bayar hutang tertunggak bagi menghapuskan rekod negatif CCRIS/CTOS. Baca artikel kami untuk ketahui maklumat lebih lanjut tentang penyatuan hutang.

3. Membeli Kenderaan

Gambar oleh Noxos

Pinjaman sewa beli konvensional mungkin tidak disediakan untuk kenderaan yang sudah melebihi had umur (10 tahun dan keatas) seperti kereta lama atau kereta klasik. Pembelian jenis ini boleh dikategorikan sebagai pelaburan kerana pada ketika inilah kereta akan diiktiraf nilainya.

Dengan Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi, anda boleh memiliki kereta lama atau kereta klasik idaman anda, atau motosikal jika anda ingin membeli. Dalam situasi tertentu, beli motosikal dengan menggunakan pinjaman peribadi adalah lebih murah daripada pinjaman sewa beli kerana pinjaman peribadi menawarkan kadar faedah yang lebih rendah.

4. Untuk Perniagaan

Gambar oleh Jcomp

Sekiranya anda mempunyai pelan perniagaan yang kukuh atau perniagaan anda semakin berkembang, tetapi anda tidak mempunyai pembiayaan yang diperlukan, anda akan memerlukan pembiayaan pihak ketiga. Mengambil pinjaman dengan kadar faedah yang rendah boleh membantu anda mengejar impian perniagaan anda. Anda boleh mula membayar pinjaman daripada pendapatan dan keuntungan perniagaan anda.

5. Pendidikan

Gambar oleh Universiti Teknologi Malaysia

Warren Buffet pernah berkata, “Pelaburan yang terbaik adalah dengan diri anda sendiri”. Tingkatkan diri anda dengan membina pengetahuan dan kemahiran anda. Ini termasuklah mendapatkan ijazah sarjana muda atau mendaftar kursus latihan dalam talian. Kebanyakan program pendidikan akan melibatkan kos yang tinggi.

Kursus tertiari dan latihan profesional boleh dikenakan bayaran sehingga puluhan ribuan ringgit. Dapatkan Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi dapat membantu anda menanggung kos program dan seterusnya membayar balik bakinya mengikut kemampuan anda.

6. Deposit Rumah Baharu

Gambar oleh iWajib

Masalah utama untuk memiliki rumah sendiri adalah anda perlu membuat bayaran pendahuluan untuk menjamin pembelian rumah. Walaupun ada yang menawarkan bayaran pendahuluan yang berkadar sifar, terdapat juga batasan-batasan tertentu seperti kadar faedah yang lebih tinggi dan margin pembiayaan yang lebih rendah yang mungkin menjadikan pinjaman jenis ini bukan lagi pilihan terbaik.

Jika berdepan dengan situasi seperti ini, anda boleh memilih untuk membuat Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi untuk menyelesaikan bayaran pendahuluan rumah dan kemudiannya membuat pinjaman rumah konvensional untuk membuat pembelian.

7. Perkahwinan

Gambar oleh Muhammad Faiz Zulkefle

Bertemu dengan pasangan hidup dan berkahwin merupakan impian yang harus menjadi kenyataan untuk kebanyakan pasangan tetapi bagaimana untuk melaksanakannya jika tidak mempunyai kewangan yang kukuh? Membuat pinjaman kecil melalui pembayaran balik yang fleksibel dengan kadar faedah yang rendah dapat membantu anda merealisasikan impian tersebut tanpa perlu menanggung bebanan hutang yang berat.

8. Pengubahsuaian Rumah

Gambar oleh Rawpixel

Rumah dan hartanah memerlukan penjagaan yang rapi untuk ia kekal pada tahap yang baik dan juga menaikkan lagi nilai rumah tersebut. Namun, proses pengubahsuaian semula rumah boleh menelan belanja yang sangat besar.

Jika anda tidak mampu untuk membayar secara tunai, salah satu jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan mohon Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi. Sekiranya anda mempunyai keraguan tentang cara mengunakan pinjaman peribadi untuk pengubahsuaian rumah, bacalah artikel kami.

9. Percutian

Gambar oleh Jcomp

Mungkin ramai golongan Milenial yang mempunyai impian untuk bercuti di beberapa negara sebelum mencapai umur 30. Tetapi, untuk merealisasikan impian ini akan melibatkan kos yang tinggi.

Dalam situasi di mana kadang-kala wang yag anda simpan masih tidak mencukupi dan anda masih kekurangan sedikit wang. Untuk merealisasikan impian anda untuk menerokai dunia, mohon Pinjaman Peribadi adalah idea yang terbaik. Dengan dana pinjaman ini, anda akan dapat menikmati percutian yang anda idam-idamkan dengan hanya perlu membayar nilai ansuran yang bersesuaian dengan kemampuan anda.

Sebelum Membuat Pinjaman

Berikut adalah antara peringatan penting sebelum anda mohon pinjaman:

  1. Tentukan jumlah pinjaman yang cukup dan selesa untuk anda membuat pembayaran semula.
  2. Ketahui tentang syarat-syarat pinjaman anda seperti tempoh masa, fleksibiliti pembayaran balik serta tempoh masa anda boleh menerima kelulusan dan wang tunai.
  3. Semak jika pemberi pinjaman anda adahlah sah untuk elakkan menjadi mangsa kes penipuan.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Ikutilah blog & Facebook kami untuk tips pengurusan kewangan yang berguna.

Direct Lending

Add comment