Direct Lending

Cara Bayaran Terbaik untuk Beli Motosikal Baru

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 13 Februari 2018 dan dikemas kini pada 18 Jun 2020.)

Kenderaan peribadi yang sering menjadi pilihan orang ramai adalah kereta atau motosikal. Memandangkan harga kereta di Malaysia adalah tinggi, maka motosikal adalah pilihan yang lebih baik untuk para pelanggan yang ingin memiliki kenderaan peribadi dengan harga yang lebih rendah.

Antara soalan lazim yang bermain di fikiran para pelanggan adalah:

Apakah pembiayaan terbaik untuk motosikal saya? Pembiayaan sewa beli atau pinjaman peribadi?

Pembiayaan Sewa Beli

Gambar oleh: Cityofhomer-ak.gov

Biasanya, pembiayaan yang menjadi pilihan untuk membeli motosikal adalah Pembiayaan Motosikal iaitu skim sewa beli. Pelanggan dapat mengguna-pakai kenderaan tersebut sambil membayar pinjaman bulanan, walaupun mereka tidak mempunyai hak sepenuhnya ke atas kenderaan tersebut sehingga pinjaman tersebut telah selesai sepenuhnya. Faedah (atau lebih dikenali sebagai kadar keuntungan bagi perbankan Islamik) dan tempoh pembayaran adalah berbeza mengikut jenis motosikal yang dibeli.

Jadual di bawah menunjukkan pakej pembiayaan yang biasanya ditawarkan oleh Pembiayaan Motosikal AEON Credit (maklumat adalah tepat sewaktu tulisan ditulis).

Pinjaman Peribadi – Pilihan Berbeza?

Gambar oleh: Time Toast

Antara pembiayaan alternatif untuk membeli motosikal adalah menggunakan pinjaman peribadi (atau pinjaman koperasi untuk penjawat awam), di mana pelanggan akan membuat pinjaman daripada institusi kewangan dan membayar ansuran pinjaman peribadi.

Antara kebaikan mengunakan pinjaman peribadi adalah:

  • Motosikal menjadi hak milik anda sepenuhnya (pembelian secara tunai daripada pembekal)
  • Tempoh pembayaran lebih panjang iaitu sehingga 120 bulan
  • Ansuran bulanan yang mungkin lebih rendah (pinjaman diedarkan pada tempoh masa yang lebih panjang)

Tetapi, harus diingatkan bahawa penerimaan pinjaman peribadi adalah berdasarkan latar belakang rekod kredit seperti CCRIS & CTOS dan kriteria kelayakan. Individu yang hendak memperoleh pinjaman peribadi (atau pinjaman koperasi) tertakluk kepada pemeriksaan rekod kredit dan kriteria kelayakan yang ketat, selain daripada kelulusan yang lebih memakan masa.

Contohnya, Co-op Bank Pertama menawarkan pinjaman peribadi dengan promosi kadar keuntungan serendah 2.75% (untuk tempoh pinjaman sehingga 3 tahun) dan 2.85% (4-10 tahun). Andaikan kadar keuntungan adalah 2.85% setahun, jadi kadar keuntungan adalah 0.24% sebulan. 

Perbandingan Pembiayaan Motosikal dan Pinjaman Peribadi

Berikut adalah 2 contoh – yang pertama adalah pembelian motosikal 250cc dan yang kedua adalah pembelian motosikal berkuasa tinggi 650cc menggunakan pembiayaan motosikal (daripada AEON Credit) dan pinjaman peribadi (daripada Co-op Bank Pertama) untuk mengetahui pilihan yang mana adalah lebih berbaloi.

Contoh 1 : Membeli Motosikal Honda CBR250R 250cc (2017) dengan Harga RM21,940

Gambar oleh: CarAndBike

**Ini adalah anggaran kadar keuntungan bulanan. Kadar tersebut adalah antara 0.24 – 0.57% dan bergantung kepada profil dan akses kredit.

Pinjaman Peribadi lebih menjimatkan – Dalam kes ini, pelanggan dapat peroleh penjimatan sebanyak RM7,767 dengan membeli motosikal menggunakan pinjaman peribadi dan ansuran bulanan juga kira-kira RM130 lebih rendah dengan menggunakan pinjaman peribadi.

 

Contoh 2 : Membeli Motosikal Honda CB650F 650cc (2019) dengan Harga RM43,499

Gambar oleh: Honda UK

**Ini adalah anggaran kadar keuntungan bulanan. Kadar tersebut adalah antara 0.24 – 0.57% dan bergantung kepada profil dan akses kredit.

Pinjaman Peribadi lebih menjimatkan – Bagi kes ini pula, pelanggan memperoleh penjimatan sebanyak RM9,135 dengan membeli motosikal menggunakan pinjaman peribadi dan ansuran bulanan kira-kira RM109 lebih rendah apabila menggunakan pinjaman peribadi.

Kesimpulan

Adakah pinjaman peribadi pilihan yang lebih baik untuk membeli motosikal? Mungkin ya, daripada segi jumlah bayaran yang lebih rendah. Tetapi ia bergantung juga kepada profil dan akses kredit anda. Sebagai pelanggan bijak, anda patut nilai kesemua pilihan sebelum membuat keputusan yang sesuai dengan keperluan kewangan anda. Anda perlu meneroka pilihan pinjaman peribadi kerana mungkin ia adalah pilihan yang berbaloi.

Jika anda adalah kakitangan kerajaan dan ingin memilih untuk membuat pinjaman peribadi koperasi untuk membeli motosikal, semak kelayakan pinjaman anda dengan Direct Lending. Servis kami adalah 100% percuma. 

Suka baca blog artikel seperti ini? Ikutilah Facebook & blog kami untuk lebih tips tentang pengurusan kewangan. 

Direct Lending

Add comment