Direct Lending

5 Pengajaran Kewangan yang Kami Pelajari daripada PKP

Tidak salah untuk dikatakan bahawa rakyat Malaysia menangani wabak COVID-19 dengan baik sekali. Ini kerana rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan perubahan pemerintahan pada awal bulan Mac. Tidak lama kemudian, jumlah kes COVID-19 mula meningkat dan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Kesemua rakyat Malaysia dan ahli politik berganding bahu dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting yakni untuk memerangi COVID-19, dan lupakan seketika sengketa politik yang melanda. Sewaktu menangani saat getir ini, boleh dikatakan tiada berlaku panik dan pertelingkahan. Sebaliknya, wabak ini telah menyatukan kita rakyat Malaysia.

Gambar oleh The Edge

Sewaktu wabak ini melanda, ramai rakyat Malaysia, tidak kira status dan warna kulit, telah tampil bersama untuk memberikan sokongan, sumbangan dan bantuan. Sama ada pertubuhan bukan untung hingga individu kurang upaya, semuanya bekerjasama untuk menyokong pasukan barisan hadapan. Terdapat juga satu peristiwa di mana seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah menjahit gaun PPE untuk disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan. Semua usaha murni ini dilakukan bagi memastikan virus COVID-19 dihapuskan dengan jayanya.       

Kehidupan Semasa PKP, Norma Baru Kami  

Gambar oleh True Digital Park

PKP merupakan satu pengalaman baru yang menjadi satu proses pembelajaran untuk semua warga. Terutamanya sewaktu minggu pertama PKP dimana kita semua perlu melalui perubahan yang besar dan mencabar. Namun begitu, lama-kelamaan, kita semua perlahan-lahan menerima bahawa menghabiskan masa di rumah tidaklah seteruk mana apabila sudah biasa dengan kehidupan norma baru.

Sekarang, apa kata kita undur selangkah dan renungkan keadaan yang telah berlaku. Apa yang kita pelajari dalam tempoh PKP ini? Adakah itu pengalaman yang menyenangkan atau menyusahkan? Adakah kita terkesan daripada segi kewangan? Berikut adalah beberapa pendapat kami mengenai bagaimana PKP telah mempengaruhi hidup, terutamanya dari sudut kewangan.

1. Wang adalah Raja

Gambar oleh Freepik

Keadaan adalah amat sukar; ada yang kehilangan pekerjaan, berdepan dengan pemotongan gaji atau tidak dapat mencari pekerjaan. Wabak ini telah pun memberikan kesedaran mengenai pentingnya memiliki dana simpanan / pendapatan kedua / kecemasan kerana masa depan tidak dapat diduga. Jika dilihat dari sisi positif, keadaan ini telah mendidik kita untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan memahami kepentingan wang. Kami mula merancang senarai barang runcit kami untuk mengelakkan pembelian yang tidak perlu dengan meletakkan keperluan sebelum kehendak dalam masa sukar ini.

2. Jimat Wang

Gambar oleh Khrom Krathok

Sepanjang tempoh PKP ini, ramai yang telah menemui bakat terpendam terutamanya dalam bidang memasak. Daripada resipi viral seperti kopi Dalgona hingga membuat roti canai, banyak yang mencuba resipi-resipi ini untuk menghabiskan masa di rumah. Sebelum ini, ramai yang berpendapat bahawa mereka tidak boleh memasak tetapi sewaktu PKP, mereka melangkah keluar daripada zon selesa mereka dan mencabar diri mereka untuk cuba perkara baru yang mengujakan.

Memasak di rumah telah membuat kita sedar bahawa ia jauh lebih jimat berbanding makan di luar. Perkara ini dapat juga dapat menjimatkan kos petrol kerana tidak perlu keluar untuk dapatkan makanan. Contohnya, kos nasi goreng sebenarnya cuma RM2 setiap pinggan. Tetapi, jika makan di luar, harganya boleh mencecah kira-kira RM10. Tambahan pula, apabila anda memasak di rumah, anda akan cenderung membeli barang yang diperlukan sahaja dan ini akan membantu mengurangkan pembaziran makanan.

3. Bantuan Kewangan Kerajaan

Gambar oleh Rawpixel

Satu lagi pengajaran besar yang diperolehi sewaktu PKP adalah menerima bantuan kewangan apabila diperlukan. Kerajaan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk mengurangkan kesan COVID-19 dan PKP. Golongan B40, M40, barisan hadapan, pemilik perniagaan PKS, pelajar, dan lain-lain memperoleh subsidi dan juga elaun daripada inisiatif tersebut.

Pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana COVID-19 berhak berada di bawah Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi memperoleh insentif bulanan sebanyak RM600 selama maksimum 6 bulan. Bank Negara Malaysia (BNM) juga menawarkan penangguhan moratorium selama enam bulan bagi semua pinjaman di bawah institusi kewangan. Selain itu, pengeluaran maksimum RM500 dari akaun KWSP dapat dilakukan menerusi pengeluaran i-Lestari. Semua inisiatif ini dilaksanakan dengan harapan dapat mengurangkan beban rakyat.                                                       

4. Tingkatkan Kemahiran Anda

Gambar oleh Freepik

Bekerja dari rumah telah memberikan banyak ruang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Sama ada untuk meningkatkan kemahiran atau untuk menambah pendapatan, perkara itu boleh dilakukan dengan mendaftar untuk kelas dalam talian atau dengan membaca buku kegemaran. Ramai di antara kita sekarang dapat mempraktikkan keseimbangan kerja dan keluarga yang lebih sihat kerana kita mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang selari dengan sasaran peribadi. Ramai juga di antara kita yang mengambil kesempatan ini untuk menjana pendapatan kedua atau ketiga bagi menampung keadaan kewangan yang terjejas.           

5. Pengunaan Teknologi

 

Gambar oleh Jannoon

Pergerakan yang terhad telah memaksa semua orang untuk menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka. Kami mula menggantikan wang tunai dengan e-wallet (dompet maya), mengimbas kod QR untuk transaksi, memindahkan duit raya menggunakan perbankan dalam talian dan sebagainya. Syarikat e-wallet, misalnya, mendorong pengguna untuk menggunakan aplikasi mereka untuk transaksi dengan menawarkan promosi, ganjaran dan potongan tunai. Digitalisasi juga dapat membantu mendorong penjimatan sewaktu pembelian.                                       

Tambahan pula, wabak ini telah mengubah kebanyakan perniagaan mikro dan kecil untuk bergerak ke arah digitalisasi agar dapat bertahan dan berkembang sewaktu COVID-19 kerana pasaran dalam talian akan membantu mereka menembusi khalayak pasaran yang lebih besar.    

Akan Ada Pelangi Setelah Hujan Badai Yang Lebat                    

Gambar oleh Pressfoto

Akhir sekali, pasti terbit perasaan bercampur sepanjang tempoh PKP berlangsung. Adakah kehidupan akan kembali seperti dulu? Perlukah kita ubah cara hidup kita?

Tidak kira apa pun yang berlaku, marilah kita lihat situasi ini secara positif kerana ini mungkin merupakan peristiwa yang cuma akan berlaku sekali seumur hidup. Gunakan masa ini untuk merenung dan menghargai perkara-perkara kecil dalam kehidupan, terutamanya orang yang terdekat dengan kita.                                                                      

Dari segi kewangan, berikut adalah perkara penting untuk diketengahkan. Sebaiknya bersiap sedia dan pastikan ada dana kecemasan. Apabila keadaan yang tidak dijangka berlaku, anda tahu bahawa anda sudah bersedia daripada segi kewangan.

Sungguhpun begitu, tidak ada yang perlu dimalukan jika anda mohon bantuan kewangan dalam tempoh yang mencabar ini. Terdapat banyak pilihan pembiayaan di luar sana dan anda tidak perlu mengharungi saat getir ini sendirian. Cuma anda perlu sentiasa beringat untuk cari pembekal kewangan yang sah dan dipercayai. Ini kerana banyak penipu dalam talian cuba menangkap mangsa di luar sana. Sebelum mendapatkan pinjaman, periksa sebarang tanda-tanda untuk kenalpasti jika pinjaman anda berunsurkan penipuan.

Sekiranya anda memerlukan sedikit bantuan kewangan, Direct Lending ada di sini untuk membantu anda. Kami adalah landasan pinjaman peribadi yang menawarkan pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan anda. Pinjaman peribadi dilengkapi dengan kadar faedah serendah 2.75% dan diproses sepantas 2 hari bekerja. Mohon dan semak kelayakan anda secara percuma.

Jangan lupa untuk mengikuti kami di Facebook kami dan laman blog untuk lebih banyak maklumat berkaitan kewangan.

Direct Lending

Add comment