Direct Lending

Adakah Pemberi Pinjaman Wang Berlesen Dikira Sebagai ‘Ah Long’?

Terdapat kes terkini di mana lintah darat mengenakan bayaran sebanyak RM500 bagi setiap kelewatan selama 30 minit bukanlah berita yang ditokok tambah. Kes ini benar-benar berlaku kepada seorang agen insurans yang meminjam RM3,000 dan telah membuat bayaran penuh. Tetapi, lintah darat tersebut meminta RM1,500 atas alasan kelewatan. Lintah darat tersebut mengugut untuk mencederakan peminjam tersebut dan keluarganya. Situasi sebegini kelihatan mengarut, tetapi ini adalah realiti. Perkara ini telah mencetus kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Kredit: Rawpixel

Pinjaman Wang Berlesen vs ‘Ah Long’

Ramai yang keliru dengan tanggapan umum bahawa semua pemberi pinjaman wang adalah ‘Ah Long’ atau lintah darat yang mengenakan faedah yang tinggi. Malah, terdapat pemberi pinjaman yang sah dan dikawal selia oleh pihak kerajaan, yakni Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). KPKT baru sahaja melancarkan inisiatif untuk penjenamaan lesen berdaftar sebagai ‘Komuniti Kredit’ bagi mengubah pandangan masyarakat dan memberikan pendedahan mengenai kemudahan pinjaman yang selamat.

Harus diingatkan bahawa pinjaman wang tidak dikawal selia olah Bank Negara. Oleh itu, jika ada pemberi pinjaman yang mempamerkan lesen oleh Bank Negara, kemungkinan besar itu adalah lesen palsu. Berikut adalah contoh lesen palsu.

Kredit: Bank Negara Malaysia

Hari ini kami ingin mendedahkan perbezaan antara ‘Ah Long’ dan Pemberi Pinjaman Berlesen yang mengikut peraturan, yakni Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (MA). Jadual di bawah mempamerkan perbezaannya.

LINTAH DARAT/ AH LONG KRITERIA PEMINJAM WANG BERLESEN YANG MEMATUHI AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951

Tiada sesiapa melainkan diri mereka sendiri. Mereka tentukan segala peraturan.

Dikawal Selia Oleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Tiada lesen. Sekali lagi, mereka tentukan segala peraturan sendiri.

Lesen

Seksyen 5(2) daripada Akta Pemberi Pinjam Wang mewartakan bahawa mereka perlu memperbaharui lesen setiap 2 tahun.
Lazimnya adalah sepuluh-tiga dimana 30% kadar faedah setiap bulan. Mereka juga boleh menentukan kadar faedah sesuka hati.

Kadar Faedah

Maksimum 12% setahun (pinjaman terjamin) and 18% setahun (pinjaman tidak terjamin).
Mungkin terdapat bayaran tersembunyi yang mereka akan tentukan sendiri.

Lain-lain Bayaran

Mengandungi pengesahan dan yuran guaman, yuran semakan kredit dan duti setem.
Tiada perjanjian yang dikemukakan. Perjanjian Pinjaman Perjanjian pinjaman akan disahkan oleh pihak ketiga seperti Peguam, Pegawai Undang-Undang atau Suruhanjaya Sumpah.
Tiada kawal selia dan mereka akan membuat iklan sesuka hati. Pengiklanan Di bawah Seksyen 11 Akta Pemberi Pinjam Wang, mereka perlu memohon permit untuk pengiklanan. Di bawah Seksyen 27A Akta Pemberi Pinjam Wang, mereka dilarang untuk mengupah agen atau penyampai maklumat.
Mereka akan memegang dokumen peribadi seperti IC, pasport, kad bank dan sebagainya sebagai deposit keselamatan. Cara Memohon Proses dokumentasi asas pinjaman  merangkumi semakan latar belakang menggunakan dokumen seperti salinan IC, slip gaji, penyata bank, KWSP dan lain-lain.
Contoh peras ugut seperti melempar cat merah, mengganggu dan mengugut ahli keluarga. Cara Mengutip Hutang Mereka akan menghantar peringatan, mengupah pemungut hutang, mengeluarkan surat permintaan, mengeluarkan senarai hitam pada CTOS atau menawarkan perkhidmatan kaunseling AKPK.
Mereka menetapkan bayaran sesuka hati. Bayaran Untuk Kelewatan Caj adalah antara 3-5% untuk pembayaran lewat.
Peminjam tidak dibenarkan membuat penyelesaian pinjaman awal kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Penyelesaian Pinjaman Awal Ya, mereka membenarkan penyelesaian pinjaman awal.

Kami ada beberapa petua tambahan untuk melindungi diri anda daripada berurusan dengan ‘Ah Long’. Jadi jangan terhantuk, baru tengadah ya.

Petua untuk elak daripada berurusan dengan “Ah Long”

Kredit: rawpixel

Petua 1: Semak nombor SSM syarikat peminjam wang di laman web KPKT

Petua 2: Periksa sama ada mereka memaparkan lesen mereka di pejabat mereka adalah yang dikeluarkan oleh KPKT, bukannya BNM.

Petua 3: Pastikan urusan pinjaman yang ditawarkan oleh peminjam wang mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, terutamanya kadar faedah tidak melebihi 18% setahun dan pergunaan perjanjian pinjaman yang sah

Kesimpulan

Pastikan anda hanya memohon pinjaman dengan institusi kewangan yang anda percayai. Cara terbaik adalah untuk mendapatkan pinjaman dari bank. Walau bagaimanapun, peraturan bank berkenaan kelulusan pinjaman adalah amat ketat terutamanya jika berkaitan dengan skor kredit. Jika anda ingin mengetahui cara terbaik untuk meningkatkan skor kredit, anda boleh rujuk artikel kami.

Jika anda berpendapatan rendah atau tiada skor kredit, satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman yang selamat adalah daripada koperasi/ yayasan yang sah atau pemberi pinjaman wang yang berlesen. Jika anda memerlukan bantuan kewangan, semaklah kelayakan pinjaman dengan percuma melalui Direct Lending, platform pinjaman peribadi yang bekerjasama dengan koperasi, yayasan dan pemberi pinjaman wang berlesan yang kukuh, sah dan dipercayai.

Direct Lending

Add comment