3 Jenis Dana Kecemasan Untuk Situasi Luar Jangka

Umum sedia maklum, tentang keperluan dana kecemasan iaitu duit segera apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini atau situasi luar jangkaan.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memastikan korang mempunyai duit yang mencukupi dengan kadar segera sekiranya berlaku kecemasan.

Antara contoh kejadian kecemasan yang memerlukan korang menyediakan sejumlah duit iaitu ketika berlakunya kemalangan atau kerosakan kereta dan pembaikan tidak ditanggung oleh pihak insurans.

Jika bernasib baik, mungkin korang mempunyai simpanan lain yang boleh digunakan untuk membayarnya, tetapi jika tiada bagaimanakah caranya?

Oleh itu, pentingnya korang sentiasa bersedia jika menghadapi situasi seperti ini. Berikut di bawah adalah 3 jenis dana kecemasan yang korang perlu tahu:

1.  Dana Kecemasan Professional

Sumber Gambar: Home Depot

Jumlah cadangan simpanan adalah sekitar RM500.

Duit ini diperlukan dalam situasi-situasi kecemasan di mana korang perlukannya secepat mungkin, seelok-eloknya disimpan di tempat yang mudah diambil.

Sebagai contoh, asingkan duit RM500 ini di kad debit bank yang berlainan daripada gaji yang diterima oleh bank yang korang gunakan.

Ianya supaya tidak dicampur dengan duit perbelanjaan harian korang, jadi bila korang memerlukannya keluarkan sahaja kad debit bank ini.

Selagi tiada kes-kes kecemasan yang memerlukan duit ini digunakan, lebih baik korang biarkan sahaja.

Antara contoh situasi korang boleh mempertimbangkan untuk menggunakannya ialah terpaksa menukar tayar kereta atau motosikal baru dan perlu melakukan servis bulanan terhadap kenderaan korang.

2. Dana Kecemasan World Class

Sumber Gambar: Freepik (@Pressfoto)

Jumlah cadangan simpanan adalah sekitar RM1,000 hingga RM2,000.

Dana ini disediakan khas untuk menampung keperluan duit kepada dana kecemasan professional itu tadi jika tidak mencukupi.

Sama seperti dana kecemasan professional tadi, dana ini hendaklah disimpan dalam satu akaun simpanan bank yang lain dan dibuat kad debit.

Duit ini hanya boleh digunakan jika dana kecemasan professional yang sebelum ini telah habis digunakan.

Antara contoh situasi korang di mana memerlukan ianya digunakan adalah ketika korang kena menyediakan sejumlah wang untuk membayar sesuatu deposit seperti deposit untuk kemasukan wad di hospital swasta atau rawatan gigi korang.

3. Dana Kecemasan Legendary

Sumber Gambar: Freepik (@Torwaiphoto)

Jika jumlah keperluan perbelanjaan atau pendapatan bulanan korang adalah RM2,000, maka jumlah untuk dana ini seharusnya antara RM7,500 ke RM15,000.

Disarankan jumlahnya adalah menyamai 3 hingga ke 6 bulan keperluan perbelanjaan ataupun pendapatan korang.

Tidak seperti dana kecemasan yang lain, sebaik-baiknya korang simpanlah di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji.

Dana ini adalah bertujuan bagi menampung keperluan perbelanjaan apabila terjadinya situasi di mana korang kehilangan kerja atau tidak mampu untuk bekerja lagi.

Contohnya seperti sakit kritikal, lumpuh ataupun jatuh sakit menyebabkan korang terpaksa cuti panjang dan diberhentikan kerja.

Kesimpulannya, anda disarankan untuk menyediakan 3 jenis dana kecemasan ini untuk membantu diri sendiri dan keluarga dalam menghadapi situasi yang mungkin berlaku di luar jangkaan.

Tiada siapa tahu apa yang berlaku pada masa akan datang, jadi untuk elakkan perkara yang tidak diingini. Simpanlah dana kecemasan ini. Bak kata peribahasa Melayu, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Selamat beramal!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, satu platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Kami boleh bantu cari, banding & mohon pinjaman yang terbaik & paling sesuai dengan situasi kewangan anda. Semak kelayakan anda secara percuma.

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *