5 Cara Bijak Untuk Berjimat Ketika Membeli Baju Raya Supaya Kelihatan Bergaya - Direct Lending Malaysia

5 Cara Bijak Untuk Berjimat Ketika Membeli Baju Raya Supaya Kelihatan Bergaya

poplook
Sumber Gambar: flipit.com

Apabila berbicara tentang Hari Raya, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita sudah pastinya baju baru, kasut baru serta barangan yang serba serbi baru. Persoalannya adakah kita boleh tampil cantik di pagi raya tanpa berbelanja besar? Jawapannya, BOLEH. Disini kami kongsikan dengan anda 5 cara untuk mengelak dari berbelanja besar untuk baju raya dan dalam pada masa yang sama masih boleh kekal bergaya pada 1 Syawal nanti.

Beli dari Gedung atau Pemborong Pakaian  

Wholesale
Sumber Gambar: ohkerjakosong4u Blogspot

Tentu anda pernah mendengar gedung-gedung tentang pakaian ternama seperti Jakel, Kenanga Wholesale CityKamdar, Muaz Textiles dan sebagainya, bukan? Gedung-gedung pakaian terkenal seperti ini sering kali membuat promosi besar-besaran setiap kali hampir menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Sempena Aidilfitri 2016, Jakel pernah menawarkan 300 Baju Melayu percuma kepada orang yang terawal sampai di Jakel Shah Alam. Bukan tu sahaja, mereka juga telah menawarkan diskaun sebanyak 30% sehingga 80% untuk setiap belian.

Dengan kualiti dan rekaan yang baik serta menarik, ditambah pula dengan harga yang jauh lebih murah, perkara ini pastinya menarik bukan? Anda hanya perlu peka dengan promosi-promosi Aidilfitri yang ditawarkan oleh butik-butik dan gedung-gedung pakaian di sekitar anda.

Buat Perbandingan di Kedai yang Berbeza Sebelum Membeli

Window Shopping
Sumber Gambar: hostelhunting.com

Sama ada anda memilih untuk berbelanja di bazaar atau pun di butik-butik, elakkan fokus dan berbelanja di satu kedai sahaja. Sentiasa membuat perbandingan harga disetiap kedai. Walaupun tampil dengan rekaan dan kualiti yang sama, adalah tidak mustahil untuk anda mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.

Dan jangan segan untuk tawar-menawar! Anda mungkin akan mendapat potongan lebih daripada 50%!

Membeli-belah pada Saat Terakhir atau Awal Pagi!

clearance sale

Anda inginkan baju raya dengan harga serendah RM20? Kunjungi kedai-kedai berhampiran anda pada dua hari atau sehari sebelum raya kerana masa tersebut merupakan masa untuk penghabisan stok. Anda pasti terkejut dengan harga yang ditawarkan terutama pada malam raya! Bagi anda yang ingin mengelakkan diri daripada bersesak dengan orang ramai ketika membeli-belah, anda boleh cuba untuk membeli pada waktu pagi. Kebanyakan kedai akan memberi anda sedikit potongan berbanding harga asal kerana anda merupakan pelanggan pertama mereka.

Membeli-belah Dalam Talian

online shopping
Sumber Gambar: pexels.com

Jangan risau jika anda tidak mempunyai masa untuk membeli belah. Dengan kepesatan teknologi digital sekarang, kedia online bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Anda boleh membeli pelbagai barangan termasuk pakaian pada bila-bila masa dan di mana jua. Seperti membeli belah di luar, anda juga perlu elakkan daripada terlalu fokus pada satu laman web sahaja ketika membeli belah. Luaskan pilihan anda. Bandingkan harga-harga yang ditawarkan. Lazada, Taobao dan SallyFashion adalah antara kedai online yang menawarkan pelbagai jenis pakaian yang sesuai digayakan di pagi raya dengan harga mampu milik.

Namun anda perlu berhati-hati sebelum membuat pesanan. Kelemahan yang ada pada cara ‘online shopping’ adalah anda tidak boleh mencuba memakai dan merasai barangan tersebut secara fizikal. Oleh itu, pastikan anda baca komen dan ulasan daripada pelanggan lain terlebih dahulu. Sebelum membuat pesanan, pastikan anda tahu saiz tubuh dan periksa pesanan anda sebelum membuat pembayaran.   

Sentiasa pastikan jika laman web yang anda langgani mempunyai aplikasi mobil. Sebahagian mereka menawarkan diskaun yang lebih untuk pelanggan yang melanggan menggunakan aplikasi mobil berbanding laman web. Contohnya, Zalora pernah menawarkan potongan sebanyak 10% bagi pengguna android dan 5% bagi pelanggan yang menggunakan laman web mereka.

Campur dan Padankan Pakaian Anda

mix n match
Sumber Gambar: bajumuslimodern.com

Kembangkan imaginasi dan kreativiti anda dalam berfesyen! Blaus berharga RM30 dipadankan bersama skirt bercorak berharga RM30? Bukan sahaja lebih jimat berbanding membeli sepasang Baju Kurung, blaus atau skirt itu juga boleh dipadankan dengan pakaian lain dan diguna pakai untuk majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis makan malam dan sebagainya. Tampil bergaya di pagi Aidilfitri tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Anda hanya perlu rajin dan bijak dalam memilih. Hari Raya anda pasti menjadi lebih meriah!

Jika anda memerlukan wang ekstra untuk persiapan Hari Raya, anda boleh memohon Pinjaman Koperasi yang cepat dan selamat dari Direct Lending dan dapatkan wang tunat sepantas 2 hari bekerja serta rebat sehingga RM2000 sempena Hari Raya ini!

Anda mempunyai tips peribadi untuk membeli-belah dengan murah? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen di bawah!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *