6 Cara Kenali Penipuan Pinjaman Peribadi & Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Ditipu

6 Cara Kenali Penipuan Pinjaman Peribadi & Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Ditipu Scammer

Lambakan liputan media mengenai penipuan pinjaman peribadi dilaporkan baru-baru ini, semasa pandemik COVID-19. Kebiasaanya penipu ataupun scammer pinjaman peribadi licik dengan menggunakan pelbagai taktik kreatif. Pastinya anda pernah dengar taktik penipuan seperti meminta bayaran pendahuluan atau untuk pemprosesan, kadar faedah 0% dan kelulusan pinjaman peribadi dijamin 100%. Memang kedengaran tidak realistik tetapi penipu dapat meyakinkan mangsa dengan berbagai-bagai muslihat dan akhirnya mangsa jatuh ke dalam perangkap mereka. Jadi, anda haruslah bijak ketika memilih pinjaman peribadi yang sesuai dan selamat. 

 

Ada juga penipu yang menyamar menjadi individu daripada platform pinjaman, termasuklah Direct Lending. Kami telah menerima beberapa laporan mengenai penipu (scammer) yang menyamar jadi Direct Lending. Sindiket penipuan ini menggunakan nama syarikat kami tanpa persetujuan dan meminta bayaran pendahuluan untuk memproses pinjaman. Biasanya, peminjam yang mempunyai rekod CCRIS dan CTOS yang kurang baik adalah target utama penipu scammer.

Untuk memastikan anda tidak menjadi mangsa sindiket penipuan, adalah tanggungjawab kami untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap helah penipuan pinjaman. Di artikel ini, kami berkongsi beberapa tanda penipuan pinjaman peribadi yang anda harus perhatikan dan juga apa yang anda perlu lakukan sekiranya terperangkap dalam helah scammer pinjaman. 

6 Tanda Penipuan Pinjaman Peribadi

1. Bayar wang pendahuluan sebelum peroleh pinjaman

Sekiranya anda diminta untuk bayaran deposit atau wang pendahuluan (upfront fee) untuk dapatkan pinjaman, peminjam tersebut adalah seorang penipu. Penipu scammer ini akan memberi pelbagai alasan dan cuba dapatkan wang deposit daripada anda.

Pemberi pinjaman peribadi yang telus dan sah TIDAK AKAN meminta peminjam membayar apa-apa wang pendahuluan sebelum anda menerima pinjaman. Malahan, ia adalah satu kesalahan bagi mereka untuk berbuat demikian. 

Sekiranya anda menggunakan ejen pinjaman atau perunding untuk memohon pinjaman peribadi, anda tidak perlu membayar mereka sebarang bayaran. Mereka akan menerima pendapatan mereka sebagai komisen dari bank / koperasi setelah pinjaman diluluskan.

Oleh itu, berhari-hati jika ada pihak yang menyamar sebagai pemberi pinjaman wang berlesen yang kononnya sah dan selamat tetapi meminta apa-apa bayaran sebagai caj pemprosesan wajib, bayaran pendahuluan ansuran, insurans atau cagaran.

Hal ini kerana, jika anda perlu untuk membayar yuran ini ianya akan automatik ditolak daripada jumlah wang pinjaman yang anda akan terima.

2. Perlu memberi kad ATM atau kad debit

Salah satu cara untuk cek penipuan pinjaman peribadi ialah ketika anda dikehendaki untuk memberi kad ATM atau kad debit anda apabila membuat permohonan. Ini kemungkinan besar sebab penipu ini akan meminta duit daripada anda sebaik sahaja pinjaman diluluskan dan dikreditkan ke akaun bank anda.

Penipu akan menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang atau meminta anda memberi caj pemprosesan, sebelum mereka memulangkan kad ATM atau kad debit kepada anda. Ingat ya, sebarang bayaran pemprosesan sepatutnya ditolak terus dari jumlah pinjaman anda sebelum pihak bank atau koperasi mengkreditkan duit pinjaman ke akaun anda.

3. Tidak pernah mohon pinjaman atau jumlah pinjaman lebih daripada apa yang dimohon

Anda menerima panggilan atau emel yang mengatakan bahawa anda layak untuk membuat pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Kadang-kadang anda juga diberitahu bahawa ianya hanya khas untuk anda padahal sebenarnya anda tidak pernah memohon sebarang pinjaman peribadi sebelum ini.

Atau mungkin anda memohon pinjaman tersebut, tetapi anda ditawarkan dengan jumlah yang lebih banyak daripada apa yang anda mohon. Berhati-hati dengan penipuan pinjaman peribadi ini, dan pastikan sama ada ianya sahih sebelum anda meneruskan proses selanjutnya.

4. Tawaran atau skim pinjaman yang terlalu bagus

Apa yang dikatakan sebagai tawaran atau skim pinjaman yang terlalu bagus? Tawaran seperti kadar faedah atau kadar keuntungan yang terlalu rendah sehingga tidak logik. Contohnya, jika anda diberitahu kata-kata seperti ‘kadar faedah 0%’ atau ‘jaminan wang tunai atau kelulusan terjamin 100%’, terus delete dan block penipu tersebut.

Ingat ya, pemberi pinjaman peribadi yang sah akan memeriksa sama ada anda mampu membayar balik hutang pinjaman anda. Setiap pemberi pinjaman amat peduli untuk mendapatkan kembali wang mereka. Pemberi pinjaman peribadi yang sah akan menilai kriteria yang berikut dengan teliti sebelum meluluskan permohonan pinjaman kepada anda.

  1. Pendapatan & pekerjaan
  2. Komitmen yang sedia ada
  3. Umur & tempoh pinjaman
  4. Simpanan & aset
  5. Sejarah kredit (rekod CCRIS dan CTOS, rekod senarai hitam (‘blacklist’) / disenarai sebagai ‘Special Attention Account’ (SAA) atau Akaun Dibawah Pemerhatian Khas/ Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Tetapi ada juga pihak pinjaman bank dan koperasi yang memberikan kelonggaran sedikit kepada penjawat awam yang mempunyai rekod kredit CCRIS atau CTOS yang kurang baik, komitmen luar yang tinggi, mempunyai rekod senarai hitam dan AKPK. Pemberi pinjaman dapat menawarkan fleksibiliti ini kerana pembayaran pinjaman adalah melalui pemotongan gaji dan diberi kuasa oleh pengawal selia untuk melakukannya.

5. Dipaksa untuk bertindak segera

Sekiranya pemberi pinjaman atau ejen pinjaman terus memaksa anda untuk membuat keputusan dengan segera kerana tawaran pinjaman istimewa seperti ‘kadar faedah rendah’ dan tawaran tersebut akan berakhir tidak lama lagi, maka anda perlu mengabaikannya kerana ini adalah salah satu taktik penipuan pinjaman peribadi. Ini kerana jika lebih pantas penipu menandatangani perjanjian dengan anda, maka lebih cepat anda akan masuk ke dalam perangkap penipuan tersebut.

Jangan sekali-kali kelam-kabut untuk membuat apa-apa keputusan. Anda perlu teruskan hanya jika anda pasti 100% dengan siapa anda sedang berurusan.

6. Maklumat peribadi yang diminta adalah mencurigakan

Kadang-kadang penipu bukanlah menginginkan wang anda, tetapi untuk mencuri identiti anda untuk tujuan penipuan. Mereka akan menyamar sebagai wakil bank atau syarikat pinjaman melalui panggilan telefon, emel atau media sosial untuk menipu anda supaya memberikan maklumat peribadi anda. Ini dipanggil sebagai ‘phishing’.

Jangan berikan salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat akaun bank anda melainkan anda tahu siapa dan apa tujuannya. Penipuan pinjaman peribadi ini  selalunya menggunakan taktik untuk menyiarkan iklan menggunakan nama syarikat yang sah, tetapi syarikat-syarikat yang sah ini sendiri tidak sedar tentang penipuan pinjaman peribadi tersebut.

Tontonilah video kami & kenalpasti ciri-ciri scammer pinjaman:

Ciri-Ciri Syarikat Pinjaman Penipu

Cara-Cara Untuk Melindungi Diri Daripada Ditipu Oleh Scammer Pinjaman Peribadi

Di sini kami berkongsi dengan lebih terperinci apa yang anda harus dilakukan untuk melindungi diri anda daripada penipuan pinjaman peribadi:

Mohon pinjaman peribadi dengan Syarikat Kredit Komuniti

Jika anda mencari pemberi pinjaman yang sah, anda boleh terus mohon pinjaman di bank dan koperasi. Namun, jika anda mencari pinjaman wang yang cepat dan selamat anda boleh mohon dengan pemberi pinjaman berlesen (PPW) atau sekarang dikenali sebagai Syarikat Kredit Komuniti dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Syarikat Kredit Komuniti ini dilesenkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Kadar faedah yang ditetapkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 adalah maksimum 12% setahun (pinjaman bercagar) dan 18% setahun (pinjaman tidak bercagar).

Semak senarai syarikat pinjaman penipu dengan I-Kredikom

Anda harus memeriksa dahulu jika pemberi pinjaman wang anda adalah pemberi pinjaman wang yang sah. Sebelum ini, anda boleh memeriksa status pemberi pinjaman berlesen melalui sistem eMAPS. Kini, KPKT telah melancarkan aplikasi baru iaitu i-KrediKom di mana anda boleh memeriksa status lesen syarikat pinjaman dengan mudah. Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun melalui Apple Store dan Google Play.

penipuan pinjaman peribadi
Sumber Gambar: Google Play

Berikut ialah langkah-langkah menggunakan aplikasi i-KrediKom untuk menyemak status lesen syarikat pinjaman berlesen:

  1. Muat turun dan pasangkan (install) aplikasi i-KrediKom di Google Play atau Apple App Store. Anda hanya perlu buat carian “i-KrediKom” di Google Play atau Apple App Store.
Aplikasi i-KrediKom

Aplikasi i-KrediKom di Google Play

  1. Jalankan aplikasi tersebut.
  2. Taip nama syarikat yang anda ingin cari pada ruangan “Carian”.
Aplikasi i-KrediKom carian syarikat
Laman carian syarikat
Aplikasi i-KrediKom senarai syarikat
Hasil carian – senarai syarikat yang dicari akan dipaparkan jika wujud dalam data KPKT
Aplikasi i-KrediKom maklumat syarikat
Maklumat terperinci syarikat yang dicari.

Untuk semak status lesen syarikat pinjaman wang dengan aplikasi i-KrediKom, anda perlu masukkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat untuk mengetahui sama ada ia didaftarkan di bawah KPKT. Jika syarikat tersebut adalah berdaftar dibawah KPKT, maklumat syarikat tersebut akan dipaparkan di atas sistem tersebut. Anda boleh klik pautan syarikat tersebut untuk ketahui lebih maklumat seperti alamat dan nombor syarikat. Sekiranya syarikat tersebut tidak berdaftar atau lesen telah tamat, sistem akan menunjukkan ‘Tiada Padanan Ditemui’.

Selain itu, anda juga boleh membuat laporan melalui aplikasi itu tersebut. Untuk sementara waktu, servis ini hanya merangkumi Semenanjung Malaysia.

Di samping itu, semua pemberi pinjaman wang yang sah hanya akan menawarkan pinjaman yang mematuhi dengan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, terutamanya kadar faedahnya tidak melebihi 18% setahun dan perjanjian pinjaman itu adalah sah dengan dokumentasi pinjaman. Bandingkan perbezaan Pinjaman Wang Berlesen vs Ah Long di perkongsian dalam artikel kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai pemberi pinjaman wang berlesen.

Ada penipu yang berpura-pura menjadi peminjam wang yang sah dan meminta peminjam untuk membayar bayaran pendahuluan atau memberikan ATM atau kad debit untuk kelulusan pinjaman tersebut. Ingat ya, semua peminjam wang yang sah tidak akan meminta sebarang bayaran pendahuluan atau kad ATM kerana ia adalah haram untuk mereka melakukannya.

Pilih Platform Pinjaman Peribadi Online Yang Sah & Selamat

Sudah menjadi kebiasaan untuk pengguna mencari pinjaman peribadi dengan menggunakan platform pinjaman atau agen pinjaman untuk mencari dan memohon pinjaman yang paling sesuai dengan mereka. Ini adalah kerana kebanyakan masa peminjam mungkin tidak tahu pinjaman yang mana adalah paling sesuai dan berbaloi. Platform pinjaman atau agensi kewangan ini adalah seperti ‘jambatan’ kepada institusi kewangan atau pemberi pinjaman.

Tetapi, terdapat platform pinjaman atau agensi kewangan yang tidak beretika dan mengambil kesempatan ke atas peminjam. Antaranya adalah mereka yang meminta peminjam membayar perkhidmatan perundingan pinjaman. Paling teruk untuk penipuan pinjaman peribadi ini, setelah anda bayar, anda tidak akan dapat menghubungi mereka lagi.

Platform pinjaman yang betul dan sah TIDAK AKAN meminta anda untuk membayar apa-apa bayaran atau caj. Direct Lending adalah platform pinjaman bank dan koperasi khas untuk kakitangan kerajaan dan perkhidmatan kami adalah 100% percuma. Kami menerima pendapatan kami daripada bank dan koperasi secara langsung setelah pinjaman telah diluluskan.

Oleh itu, sila periksa sama ada platform pinjaman atau agensi kewangan anda ada meminta sebarang bayaran ataupun tidak sebelum berurusan dengan mereka. Anda juga boleh melihat ulasan pelanggan sebelum anda berurusan dengan mereka. Dengan penggunaan media sosial dan Internet, ia adalah mudah untuk mengetahui maklum balas pelanggan mengenai mereka.

Awasi Iklan Online atau SMS ‘Cold Calling’ Yang Menawarkan Pinjaman

Dari semasa ke semasa, kebanyakan anda pernah menerima panggilan telefon, e-mel, SMS, dan lain-lain yang menawarkan kad kredit, pinjaman peribadi dan banyak lagi. Atau mungkin anda pernah lihat iklan Facebook yang menawarkan pinjaman. Ini tidak bermaksud bahawa setiap tawaran yang anda terima menerusi saluran ini adalah penipuan pinjaman peribadi. Sebahagian daripadanya adalah daripada sumber yang sah seperti bank.

Petua pertama adalah anda perlu jelas dengan apa yang ditawarkan kepada anda. Kemudian, sahkan dari mana asalnya sumber tersebut. Sekiranya anda membuat permohonan melalui laman web, pastikan URL laman web itu adalah sah dan terjamin kerana terdapat situasi di mana penipu membuat akaun media sosial palsu yang sangat mirip dengan sumber sebenar. Kemudian, penipu tersebut menggunakan akaun palsu untuk memaparkan iklan pinjaman palsu di atas media sosial.

Sekiranya anda menerima SMS atau ‘cold call’ daripada individu yang memberitahu anda bahawa dia berasal daripada bank atau institusi kewangan dan menawarkan pinjaman peribadi yang anda tidak pernah mohon, periksa nombor telefon tersebut dan berhati-hatilah jika ia adalah nombor telefon bimbit. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh mendapatkan nama dan membuat panggilan ke pejabat untuk mengesahkan jika individu tersebut benar-benar menelefon dari institusi seperti yang dikatakan.

Selain itu, terdapat juga kes di mana individu yang mengaku sebagai ejen AKPK menawarkan perkhidmatan pengurusan hutang. Contoh bagaimana penipuan pinjaman peribadi ini berfungsi adalah dengan meminta peminjam untuk memohon pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang yang masih belum selesai. Kemudian penipu itu membantu mangsa memohon kepada AKPK. Mangsa diberitahu bahawa Program Pengurusan Hutang (Debt Management Programme) tersebut adalah pinjaman khas dari Bank Negara. Akhirnya, mangsa tersebut telah membayar kira-kira RM20,000 kepada penipu itu untuk ‘perkhidmatannya’. Oleh itu, harap anda semua boleh berhati-hati. Penipu sebegini ini adalah sangat kreatif dengan taktik kotor mereka.

 

Semak Nombor Telefon dan Akaun Bank Melalui Portal Jenayah Komersial CCID

Sumber Gambar: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Sekiranya anda mempunyai keraguan terhadap individu yang anda sedang berurusan ni adalah tergolong dalam penipuan pinjaman peribadi atau tidak, anda boleh layari ke Portal Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia. Portal ini diusahakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dikenali sebagai Commercial Crime Investigation Department (CCID). Setiap maklumat mengenai kes yang telah dilaporkan sebelum ini disimpan di dalam portal tersebut. Oleh itu, jika anda merasakan ada pihak yang mencurigakan yang ingin anda periksa, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memasukkan nombor akaun bank atau nombor telefon ke dalam portal CCID.

Langkah untuk menggunakan Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil:

  1. Layari -> https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  2. Pilih kategori ‘Nombor Akaun’ atau ‘Nombor Telefon’
  3. Masukkan maklumat suspek penipu
  4. Isikan ‘Captcha’ seperti yang dipaparkan
  5. Klik butang ‘Semak Maklumat’

Atau anda boleh muat turun aplikasi ‘Check Scammers CCID. Aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Android. Langkahnya senang sahaja. Anda hanya perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon suspek di aplikasi tersebut dan klik semak. Hasil maklumat semakan akan dipaparkan sekiranya ada rekod seperti yang ditunjukkan di gambar di bawah.

Sumber Gambar: SemakMULE CCID

Andaikan agensi kewangan yang anda berurusan adalah sah tetapi mereka mengenakan bayaran. Dalam keadaan seperti ini, cuba perhatikan dan periksa sama ada akaun bank yang diberikan kepada anda adalah akaun peribadi atau akaun syarikat. Begitu juga dengan nombor telefon, periksa sama ada ia adalah nombor telefon syarikat berdaftar atau nombor telefon individu. Anda boleh periksa maklumat tersebut jika anda mempunyai akses.

Langkah Seterusnya Jika Ditipu Oleh Penipu Pinjaman Peribadi

Sekiranya nombor akaun atau nombor telefon yang dimasukkan mempunyai rekod laporan penipuan di portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan transaksi telah dilakukan, anda perlu ikuti langkah tindakan yang dihuraikan ini.

  1. Membuat laporan polis – Menyertakan segala bukti yang anda ada seperti resit transaksi, perbualan Whatsapp, info penipu tersebut dan sebagainya. Ada banyak kes yang mangsa diugut oleh penipu apabila mangsa tidak mahu membayar duit deposit atau ingin membatalkan permohonan pinjaman. Laporan polis boleh berfungsi sebagai bukti sekiranya mangsa diugut. Anda boleh buat laporan melalui WhatsApp atau SMS (013-2111222) dari 8 a.m sehingga 12 a.m. setiap hari.
  2. Hubungi penasihat kewangan – Dapatkan bantuan nasihat sekiranya ia melibatkan jumlah kewangan yang besar. Contohnya seperti AKPK. Sekiranya anda telah melakukan transaksi kewangan dengan penipu, besar kemungkinan adalah sukar untuk mendapatkan balik wang pinjaman anda. Jadi, cuba minta khidmat nasihat dan lihat apa yang anda boleh lakukan seterusnya.
  3. Maklum & kongsi pengalaman anda – Jangan rasa malu untuk kongsikan pengalaman anda di media sosial agar kejadian ini tidak berlaku ke atas orang lain. Mana tahu, pos yang anda kongsikan di Facebook boleh jadi viral dan orang ramai bantu cari dan dedahkan identiti penipu?

Jadilah Peminjam Yang Bijak

Sumber Gambar: Freepik (@Opatsuvi)

Berhati-hati sekiranya pinjaman yang ditawarkan kepada anda mempunyai satu atau lebih tanda amaran yang dihuraikan. Pastikan anda menyemak dengan teliti siapa anda sedang berurusan sebelum meneruskan tindakan lanjut.

Kami ingin mengingatkan sekali lagi bahawa pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta sebarang wang pendahuluan atau perkhidmatan daripada peminjam. Jadilah peminjam yang bijak dan hanya pinjam daripada pemberi peminjam yang sah!

Hubungi kami di media sosial jika anda mempunyai soalan atau memerlukan bantuan nasihat, kami boleh cuba membantu dan tidak mengenakan apa-apa pembayaran.

Tonton video ini untuk penjelasan yang lebih lanjut.

Pengalaman Ditipu Oleh Scammer Pinjaman Peribadi

Sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi tetapi tidak tahu yang mana adalah lebih baik, jangan risau. Direct Lending sedia membantu anda. Semak kelayakan 100% percuma menerusi sistem Direct Lending & kami akan mengesyorkan pilihan pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan & posisi kewangan anda.

Tiada caj tersembunyi atau wang pendahuluan yang diperlukan. Semua pinjaman bank & koperasi di platform kami berkonsep Syariah dan ditaja oleh institusi kewangan yang diiktiraf, badan koperasi serta syarikat pinjaman berlesen yang sah.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

Simpan 

Dalam Masa 2 Tahun

PERCUMA

Download template tabung harian, mingguan & bulanan

tabung_dl_2022

RM10K