10 Aplikasi Kewangan Untuk Bantu Rancang Perbelanjaan Anda

10 Aplikasi Kewangan Untuk Bantu Rancang Perbelanjaan Anda

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 21 Februari 2018 dan dikemaskini pada 1 Oktober 2021).

Pengurusan kewangan yang baik merupakan kemahiran hidup yang sangat penting. Seperti kemahiran lain, ia memerlukan pengetahuan, kesabaran, ketabahan serta perlu diamalkan dengan konsisten agar mencapai matlamat diingini. 

Sekiranya anda mengalami masalah untuk menguruskan kesemua itu, tidak salah untuk menggunakan beberapa aplikasi kewangan yang dapat memudahkan anda mentadbir dan mengurus kewangan lebih tersusun dan bijak.

Dalam artikel kali ini kami akan senaraikan aplikasi kewangan yang boleh dimuat turun daripada Play Store dan App store.

1. HeyAlfred (Semua app store)

aplikasi kewangan

HeyAlfred ini dimiliki oleh sebuah syarikat di Malaysia iaitu HA Tech Solution Sdn Bhd. Ia menggunakan technologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh membantu anda mengurus semua kewangan anda dengan menyambungkan akaun perbankan dan e-wallet anda. 

Ia turut membantu meringkaskan perbelanjaan anda kepada beberapa kategori seperti yang ditunjukkan dalam illustrasi di atas. Aplikasi ini adalah hanya untuk perancangan kewangan sahaja dan transaksi kewangan tidak boleh dilakukan melalui aplikasi ini. 

Anda juga boleh menetapkan anggaran bajet untuk diri sendiri sebelum berbelanja melebihi bajet, ia akan memberi ‘amaran’ kepada anda. Selain itu, ia juga membolehkan anda berbual dengan chatbot mereka yang bernama ‘Alfie’.

2. Monefy (Android and iOS)

aplikasi kewangan

Monefy ini merupakan satu cara yang mudah untuk menjejaki perbelanjaan harian dengan hanya menambahkan apa-apa perbelanjaan anda kepada laman aplikasi tersebut. 

Anda juga boleh mentaksirkan corak perbelanjaan anda seperti yang akan digambarkan dalam bentuk rajah pai dengan jangka masa yang anda inginkan. Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi Monefy dengan ahli keluarga anda. Monefy membolehkan anda untuk ‘synchronise’ akaun anda dengan Google Drive atau Dropbox

2. Mint (Android dan iOS)

aplikasi kewangan

Mint adalah aplikasi kewangan yang berasaskan web tetapi ia boleh diakses melalui aplikasi juga. Mint boleh membantu pengurusan kewangan peribadi anda seperti bil, skor kredit, hutang kredit, pelaburan dan lain-lain. 

Mint akan memberitahu anda sekiranya anda dikenakan bayaran transaksi, sudah melebihi belanjawan anda, transaksi yang mencurigakan dan lain-lain. Mint juga akan menunjukkan anda ringkasan perbelanjaan mingguan anda. 

Anda juga boleh dapatkan akses ke ‘Mintsights’ di mana aplikasi ini akan memberi anda juga pandangan mengenai cara menjimatkan lebih banyak, membelanjakan lebih bijak dan membayar hutang. Satu kelemahannya adalah hanya pengguna aplikasi di US sahaja boleh menghubungkan aplikasi ini dengan akaun perbankan dan e-wallet. 

Tetapi sebagai alternatif, anda boleh masukkan URL bank dan nombor akaun perbankan untuk merekodkan belanjawan anda. Secara amnya, aplikasi ini mudah untuk digunakan.

4. Goodbudget (Android dan iOS)

aplikasi kewangan

Dahulu dikenali sebagai Easy Envelope Budget Aid (EEBA), Goodbudget adalah pilihan yang tepat untuk pasangan yang ingin berkongsi anggaran bajet mereka bersama. Ia menggunakan teknik ‘evelope budgeting’ yang membantu anda menganggarkan kesemua bil dan perbelanjaan dengan proaktif. 

Sistem ‘envelope’ bermaksud membahagikan wang tunai anda ke dalam sampul surat berasingan untuk perbelanjaan yang berbeza seperti bahan makanan, utiliti, dan pinjaman kereta.

Ia membantu anda menyeragamkan maklumat kewangan merentasi peranti, menjadualkan transaksi dan baki akaun, mengasingkan transaksi perbelanjaan termasuk memberikan laporan menyeluruh.

5. Money Manager (Android dan iOS)

aplikasi kewangan

Money Lover menjadikan pengurusan kewangan peribadi mudah untuk semua. Ia membolehkan anda merancang pengeluaran wang, memantau perbelajaan, mengetahui status kewangan sehinggalah menyediakan bajet. 

Pelbagai fungsi tersedia seperti savings, events dan budget tersedia. Fungsi-fungsi tersebut membolehkan anda menyemak semula jumlah wang yang telah atau akan digunakan pada setiap bulan. Jika perbelanjaan menghampiri zon merah (hampir melepasi kemampuan), amaran akan dikeluarkan untuk peringatan. 

Selain itu, ia juga membolehkan anda memindah dan menerima wang sesama individu yang berada dalam rangkaian (network) anda.

7. Spendee (Android & iOS)

aplikasi kewangan

Antara muka minimalis Spendee memudahkan anda menavigasi dan menggambarkan semua perbelanjaan anda melalui aplikasi kewangan. Ciri utama memberikan gambaran keseluruhan perbelanjaan mingguan anda, yang disusun dari perbelanjaan atau simpanan paling baru hingga yang paling baru. Ada juga pilihan untuk menampilkan gambaran keseluruhan bulan, tahun atau jangka waktu khusus.

Ia membantu anda menghubungkan perbankan dalam talian, e-wallet dan crypto-wallet. Selain mempunyai pengkategorian automatik, pelbagai dompet untuk acara berbeza termasuk menyediakan laporan kewangan bermanfaat.

8. Monny (Android & iOS)

Monny - Twitter Search

Dikenali dengan ciri-ciri ‘comel’, aplikasi pengurusan kewangan Monny ini memberi anda sedikit cabaran untuk memberikan pengalaman menjimatkan duit jadi lebih menarik. Sebagai contoh, cabaran pertama adalah memasukkan entri selama tujuh hari berturut-turut, yang sangat berguna untuk membiasakan anda menggunakan aplikasi ini. 

Ia akan merekodkan laporan harian atau bulanan dari semua transaksi anda dan membuat laporan untuk menunjukkan di mana wang anda dibelanjakan. Selain sangat user-friendly, ia turut mengasingkan buku akaun mengikut kategori berbeza, mempunyai backup data, pemberitahuan setiap hari dan dliengkapi kata laluan untuk privasi keselamatan.

9. Wally (Android & iOS)

Website Hero Image.png

Capai matlamat anda dengan lebih pantas — Wally memusatkan semua akaun anda supaya anda dapat belajar, mengurus, dan memperbaiki pengurusan kewangan anda. Ia disyorkan sebagai aplikasi kewangan terbaik lebih daripada 150 kali — Pakar kewangan peribadi, blogger, dan penerbitan terkemuka seperti Forbes, Economic Times, BBC dan banyak lagi mengesyorkan Wally untuk membantu anda menguruskan kewangan anda.

10. You Need a Budget (YNAB)

YNAB | CompareCamp.com
Sumber gambar: CompareCamp

Aplikasi kewangan ini dapat mengajar anda bagaimana cara menguruskan wang dan terus untung untuk jangka masa yang baik. 

YNAB membantu anda menguruskan wang anda secara proaktif dengan meminta anda memperuntukkan setiap wang pendapatan anda untuk perbelanjaan atau simpanan yang dijangkakan untuk bulan itu. Laporan dalam tiga kategori: perbelanjaan, nilai bersih, pendapatan berbanding perbelanjaan.

Ia membolehkan anda merancang sejauh mana masa yang anda mahukan selain menambah akaun anda dengan mudah, tetapi memerlukan masa anda untuk mempelajarinya.

Tonton video ini untuk penjelasan lebih lanjut tentang aplikasi kewangan untuk bantu rancang perbelanjaan anda.

Kesimpulan

Secara amnya, anda boleh menggunakan mana-mana aplikasi kewangan yang disenaraikan untuk membantu anda merancang semua perbelanjaan, pinjaman dan hutang mengikut kreativiti dan keperluan masing-masing.

Apa yang penting adalah disiplin diri dalam menguruskan kewangan agar lebih sistematik dan berhemat bagi menjamin kelestarian kewangan. 

Mengukur kemampuan kewangan sebelum berbelanja adalah langkah bijak bagi mengelakkan masalah defisit kewangan dan hutang dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

Artikel ini dibawakan khas oleh Direct Lending, platform pinjaman peribadi online yang menawarkan pinjaman bank dan koperasi dengan kadar faedah serendah 2.69% atau secepat 2 hari bekerja! Jika anda suka baca artikel seperti ini, join channel Telegram kami untuk dapatkan tips pengurusan kewangan and topik pinjaman setiap hari.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *