7 Cara Bayar Servis Kereta, Pay Later Pun Ada!
servis kereta

7 Cara Bayar Servis Kereta, Pay Later Pun Ada!

Kalau dah mula cari servis kereta near me, maksudnya anda dah urgent nak servis atau repair kereta kan? Anda mungkin akan bernasib baik jika tahap kerosakan tidak teruk dan jumlah kos servis kereta tidak mahal. Anda boleh gunakan tabung kecemasan jika ada untuk baiki kereta tersebut.

Tapi macam mana pula untuk yang tiada dana kecemasan? Tambah pula jika kenderaan yang digunakan adalah kereta terpakai, dan memerlukan bajet yang mahal untuk repair kereta tersebut.

Ia akan menjadi beban kepada pemilik kereta dan situasi ini juga menjadi punca kereta tersadai di merata-rata tempat terutamanya di tempat parking sehinggalah mereput.

Jadi macam mana anda nak bayar kos repair kereta jika duit tak cukup atau pun tiada simpanan kecemasan? Di sini kami senaraikan 7 cara bayar ansuran baiki kereta termasuklah menggunakan perkhidmatan instalment seperti servis kereta pay later dan banyak lagi.

1.Servis Kereta, Pay Later

Ciri-Ciri Servis Kereta, Pay Later

  • Terbuka untuk warganegara Malaysia berumur 18 – 65 tahun yang mempunyai akaun bank.
  • Hanya perlukan kad pengenalan dan penyata bank 3 bulan terkini pemohon (akaun utama yang menerima pendapatan seperti gaji) 
  • Kelulusan secepat 15 minit*
  • Pembiayaan patuh syariah bertempoh 3 ke 12 kali bayaran bulanan sehingga RM5,000.
  • Kadar kadar keuntungan antara 0.8% – 1.5% sebulan
  • Tiada caj tersembunyi.
  • Tidak perlukan kad kredit atau kad debit

Cara Mudah Untuk Mohon Servis Kereta, Pay Later

  1. Cari ‘bengkel kereta near me’ untuk pilih bengkel berdekatan. Anda juga boleh cari panel bengkel terpilih di sini.  
  2. Pergi ke panel bengkel untuk dapatkan quotation kos servis atau baiki kereta anda.
  3. Kemudian, isi borang online untuk mohon pelan ansuran servis kereta. Anda boleh pergi ke www.directlending.com.my/ms/pembiayaan-auto-servis atau scan QR code yang ada di bengkel. 
  4. Muat naik dokumen seperti kad pengenalan dan penyata bank 3 bulan terkini dalam format PDF. Anda akan terima kelulusan secepat 15 minit.
  5. Tandatangan kontrak pembiayaan dan buat bayaran kali pertama untuk aktifkan auto debit. 
  6. Selepas itu, bengkel akan mulakan proses baiki dan servis kereta anda.

2. Pinjaman Peribadi

Untuk anda yang bermasalah dengan bayaran kos servis kereta dan bajet tidak cukup untuk pembaikan kereta, tidak salah mohon pinjaman peribadi untuk dapatkan duit repair kereta. Kita semua tahu bagaimana pinjaman peribadi dapat membantu semasa situasi kecemasan kerana ianya cepat dan mudah untuk diperolehi. 

Anda tidak perlu memberikan cagaran atau mencari penjamin pinjaman untuk dapatkan wang tunai. Seperti contoh kalau anda inginkan duit extra untuk baiki kereta secondhand dengan kos servis kereta yang mahal, anda cuma perlu mempunyai skor kredit yang baik dan bukti pendapatan tetap yang menunjukkan anda mampu membuat bayaran ansuran di masa depan. Namun, untuk anda yang mungkin ada masalah skor kredit masih ada peluang untuk dapatkan pinjaman yang sah dan cepat, dan semestinya bukan pinjaman ahlong!

Ini adalah 2 jenis pinjaman peribadi yang anda boleh mohon percuma tanpa sebarang bayaran pendahuluan:

Pinjaman Bank & Koperasi

Pinjaman koperasi adalah pilihan popular di kalangan penjawat awam kerana kelonggaran dan fleksibiliti dari segi permohonan berbanding dengan bank komersial. Ini adalah kerana skim bayaran balik adalah melalui potongan gaji (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara). Pinjaman peribadi bank koperasi juga menerima permohonan peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman rekod CCRIS atau CTOS, disenaraikan di bawah Akaun Perhatian Khas (SAA) dan juga AKPK.

Ciri-Ciri Pembiayaan Pinjaman Bank & Koperasi:

  • Warganegara Malaysia berumur 20 – 58 tahun boleh mohon
  • Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG), Negeri, Badan Berkanun dan GLC yang terpilih
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan di sektor awam
  • Pendapatan kasar bulanan pemohon minimum RM1,500
  • Amaun pinjaman dari RM3,000 sehingga RM250,000
  • Pembiayaan konsep syariah
  • Proses kelulusan secepat 2 hari

Pinjaman Wang Berlesen

Pinjaman wang berlesen, lebih dikenali sebagai pinjaman kredit komuniti merupakan alternatif pinjaman wang kecemasan yang popular berbanding pinjaman bank kerana ianya lebih mudah dan cepat. 

Kebanyakan pemberi pinjaman wang berlesen juga lebih fleksibel untuk menerima permohonan daripada individu dengan skor kredit rendah, rekod buruk di CTOS/CCRIS, dan sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) di bawah AKPK. 

Ciri-Ciri Pembiayaan Pinjaman Wang Berlesen:

  • Warganegara Malaysia berumur 20 – 60 tahun
  • Kerja tetap dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap (gaji pokok dan elaun tetap) minimum RM1,500
  • Amaun pinjaman dari RM1,000 sehingga RM20,000
  • Kadar faedah 1.5% sebulan atau 18% setahun

3. Kad Kredit

Selain daripada mampu menyelesaikan masalah kecemasan seperti kereta rosak atau kereta perlu dibaiki segera, kad kredit juga membantu anda untuk perbelanjaan besar seperti pembelian kereta, bayar deposit rumah, ubah suai rumah dan lain-lain (bergantung kepada had limit kad kredit tersebut). 

Bayaran instalment menggunakan kad kredit memudahkan anda mempunyai rekod kredit dan memeriksa kembali perbelanjaan anda, kerana ianya akan direkod dalam penyata bulanan. Pembiayaan ini sebenarnya lebih kurang sama dengan pinjaman peribadi kerana anda perlu bayar ansuran bulanan semula kepada bank yang memberi pinjaman tersebut mengikut tempoh ditetapkan. Anda juga akan disenarai hitamkan atau diisytiharkan bankrap jika anda gagal untuk membayar balik bil kad kredit tersebut.

Oleh itu, tidak salah untuk membayar kos baiki kereta anda dengan kad kredit dulu sambil menunggu gaji yang akan masuk untuk membayar balik hutang tersebut. Kami cadangkan untuk anda bayar bil kad kredit sepenuhnya setiap bulan bagi mengelakkan ‘outstanding balance’ kad kredit tersebut kerana semakin banyak kadar atau caj bunga yang akan dikenakan. Untuk yang baru nak mohon, cuba cari kad kredit dengan kadar faedah yang rendah serta manfaat yang menguntungkan seperti cashback dan lain-lain.

Namun, tak semua bengkel kereta menerima pembayaran menggunakan kad kredit. Jadi, cuba cari dulu bengkel berdekatan anda yang menyediakan pembayaran kad kredit ini untuk baiki kereta. Jika anda tidak mempunyai kad kredit, masih ada pembiayaan dengan bayaran secara instalment yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah kecemasan.

Anda boleh mohon Servis Kereta, Pay Laterpembiayan patuh syariah yang membolehkan anda bayar bil servis kereta 3 ke 12 kali bayaran ansuran. Pembiayaan auto servis ini tidak memerlukan kad kredit atau kad debit dan kelulusan permohonanan secepat 15 minit*.

4. Jual atau Gadai Barang Berharga

Kami faham masa kecemasan ini, anda mungkin tiada masa untuk mencari pinjaman kecemasan yang sah atau mungkin tidak mahu membuat hutang untuk menyelesaikan bil servis kereta. Jadi, kami boleh cadangkan untuk anda jual barang berharga atau gadaikan barang kemas untuk dapatkan wang dengan segera.

Mungkin susah untuk anda melepaskan barangan peribadi yang berharga tersebut, tapi lebih elok untuk jual sahaja sesetengah benda jika anda sangat perlukan duit untuk servis kereta. Anda boleh iklankan barang berharga di laman web seperti Carousel, Mudah dan Facebook Marketplace untuk dapatkan tawaran yang berbaloi dan menarik.

Jika anda sanggup untuk cagarkan barang kemas, seeloknya pilih sistem pajak gadai Islam yang patuh syariah, seperti Ar-Rahnu kerana ianya menawarkan pinjaman tanpa caj faedah dan hanya mengenakan upah simpan yang tidak membebankan.

5. Mohon Pinjaman Dengan Keluarga atau Rakan Terdekat

Jika anda mahu solusi yang lebih cepat untuk baiki kereta dan tidak perlu mengisi borang serta menyediakan segala dokumen, anda boleh cuba dapatkan bantuan kewangan daripada keluarga atau rakan terdekat.

Pinjaman ini lebih fleksibel dan tidak melibatkan sebarang kontrak perjanjian dengan mana-mana institusi kewangan. Walaupun nampak senang, anda kena pastikan untuk melangsaikan hutang tersebut dalam tempoh bayaran balik yang dijanjikan. Ingat, jika anda melanggar perjanjian ini, ianya akan memberi kesan negatif kepada hubungan silaturahim anda dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat.

6. Berbincang Dengan Pemilik Bengkel

Jika anda sudah mempunyai duit kecemasan untuk servis kereta tetapi setelah menerima quotation daripada pihak bengkel, jumlah kos untuk repair dan baiki kereta tersebut melebihi apa yang anda mampu bayar. 

Anda sebenarnya boleh bertanya dengan pihak bengkel jika ada promosi atau diskaun terkini untuk baiki kereta untuk mengurangkan jumlah yang anda perlu bayar. Selain itu, anda boleh juga berbincang jika pihak bengkel dapat menawarkan pelan pembayaran yang fleksibel seperti bayar ansuran servis kereta setiap bulan.

Sebagai contoh, ada bengkel kereta yang sanggup menerima bayaran pertama sekurang-kurangnya  30-50% daripada jumlah bil untuk melepaskan kereta anda dan bakinya boleh dibayar secara ansuran kemudian. Pastikan anda tahu terma dan syarat sebelum bersetuju kerana ada bengkel yang meminta cagaran dan mungkin bengkel tersebut mengenakan kadar bunga yang tinggi untuk bayaran servis kereta anda.

Selain itu, ada pula bengkel yang menyediakan pelan instalment servis kereta – Servis Kereta, Pay Later secara patuh syariah dengan berkolaborasi bersama platform pinjaman peribadi, iaitu Direct Lending untuk menerima pembayaran untuk kos baiki kereta dan banyak lagi.

Pelan baiki kereta paylater ini bukan sahaja menyelesaikan masalah kerosakan kereta pelanggan ianya juga dapat membantu pihak bengkel untuk meningkatkan jualan dan menerima wang pembayaran secara tunai. Kebanyakan proses pembiayaan ini sangat mudah dan hanya dilakukan secara digital melalui telefon pintar anda sahaja. 

7. Manfaatkan Insurans Kereta

Setiap pemandu semestinya mempunyai insurans untuk kenderaan mereka. Untuk yang ingin beli kereta, berguna untuk tahu kepentingan mempunyai insuran kereta ini kerana semasa memandu, anda mungkin tidak sedar yang anda akan berdepan dengan risiko kemalangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja sama ada secara sendirian atau melibatkan kenderaan lain.

Oleh itu, ianya dapat melindungi pemilik kenderaan jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, kebakaran mahupun kecurian. Sebagai contoh, jika anda terlibat dalam kemalangan dan perlu kos yang banyak untuk servis kereta anda boleh claim insurans kereta untuk membayar kos kerosakan kereta menggunakan insurans anda.

Video : 7 Cara Bayar Kos Servis Dan Repair Kereta

Kesimpulan

Walaupun situasi kecemasan seperti ini selalu terjadi pada masa yang tidak kita jangka, anda kenalah sentiasa bersedia setiap masa kerana malang tak berbau. Pastikan anda tahu timing servis kereta anda untuk mengelakkan masalah kereta rosak dan sebagainya. 

Sekiranya servis berkala pada setiap 10,000 km maka jangan lambatkan servis kereta. Jika servis melebihi masa yang ditetapkan, lama kelamaan kemungkinan akan wujud masalah yang lebih besar dan akan memakan kos repair yang lebih mahal berbanding check up biasa. 

Amalkan juga sikap menyimpan ke dalam tabung kecemasan, jadi sekiranya situasi ini berlaku lagi sekurang-kurangnya anda mempunyai dana yang cukup membiayai kos untuk servis dan baiki kereta.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, platform pinjaman peribadi online cepat, mudah dan selamat. Kami bantu peminjam untuk cari, banding dan mohon pinjaman yang sesuai dengan anda. Servis 100% percuma & tiada caj/bayaran pendahuluan.

Nikmati pembiayaan terbaru kami yang memudahkan anda bayar ansuran servis kereta dengan paylater. Pakej pembayaran baiki kereta secara ansuran ini adalah fleksibel antara 3 ke 12 kali bayaran dan juga patuh syariah.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan