Anak Muda! Ini 6 Cara Urus Gaji Pertama Supaya Tidak Koyak Dihujung Bulan
gaji pertama

Anak Muda! Ini 6 Cara Urus Gaji Pertama Supaya Tidak Koyak Dihujung Bulan

Bagi anda, graduan muda atau sesiapa yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan, pastinya tidak sabar untuk menerima gaji pertama. Maklumlah, ia merupakan pertama kali anda menerima hasil kerja keras anda sendiri. Pastinya anda mempunyai banyak perancangan bagaimana untuk membelanjakankan duit tersebut.

Tetapi tahukah anda bahawa ramai yang telah salah membelanjakan gaji mereka dan akhirnya menyesal di kemudian hari? Artikel kali ini kami kongsikan untuk sesiapa yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan tentang tips yang perlu dilakukan apabila anda mendapat gaji pertama.

1. Rancang Belanjawan Anda

cara urus gaji pertama
Sumber Gambar: Freepik

Sebaik sahaja anda menerima gaji anda, buat perancangan belanjawan dengan sebaiknya. Semak semua bil dan hutang yang perlu anda bayar dan buat pembayaran secepat yang mungkin sebelum anda menggunakan gaji anda untuk perkara lain. Pastikan anda mengutamakan keperluan anda terlebih dahulu sebelum kehendak.

2. Buka Akaun Simpanan

cara urus gaji pertama
Sumber Gambar: Blasting News

Amalkan tabiat menyimpan. Cuba simpan 10% daripada gaji yang anda untuk dijadikan sebagai simpanan. Anda boleh mula menyimpan dengan membuka akaun simpanan lain. Ini dapat mengelak anda daripada menggunakan wang simpanan tersebut untuk perbelanjaan harian.

Cari akaun simpanan yang menawarkan kadar faedah yang tinggi. Lebih banyak yang anda simpan, lebih banyak kadar faedah yang anda akan peroleh. Jika berlaku sebarang kecemasan pada masa akan datang, anda boleh menggunakan wang simpanan tersebut sebagai dana kecemasan.

3. Beli Perlindungan Insurans

cara urus gaji pertama
Sumber Gambar: RinggitPlus

Anda tidak harus mengabaikan kepentingan insurans. Insurans penting untuk melindungi anda ketika anda ditimpa musibah.

Insurans yang ditawarkan merangkumi insurans hayat, kesihatan, pendidikan dan am. Banyak tawaran perlindungan daripada pelbagai syarikat insurans. Anda boleh membuat pilihan berdasarkan kemampuan dan komitmen masing-masing.

4. Buat Simpanan Persaraan

cara urus gaji pertama
Sumber Gambar: Free Malaysia Today

Simpan wang anda untuk masa hadapan dengan membuat pelaburan persaraan. Contoh institusi yang menyediakan pengurusan kewangan untuk persaraan termasuklah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Skim Persaraan Pencen Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS). Elakkan dari mengeluarkan wang simpanan anda dengan alasan membeli atau mengubahsuai rumah dan sebagainya. Anda pastinya tidak mahu kehabisan wang sebelum bersara.

5. Beli Rumah Kos Rendah

cara urus gaji pertama
Sumber Gambar: iLabur

Nampak seperti mustahil untuk graduan yang baru sahaja mula bekerja untuk membeli rumah? Tidak sama sekali! Membeli rumah bukan hanya pada kemampuan kewangan, tetapi lebih kepada perancangan.Jika anda berniat untuk kumpul duit deposit beli rumah, ini cara untuk beli rumah tanpa modal besar.

Bagi graduan muda, selain dari membayar balik pinjaman pelajaran, anda pasti tidak lepas daripada hutang lain. Hanya dengan beberapa bulan bekerja, anda boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah yang berkos rendah. Tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan? Sewakan rumah atau bilik anda! Dengan sewa bulanan tersebut, anda boleh membayar ansuran bulanan rumah dan juga dapat menjana pendapatan sampingan.

6. Belanja Diri Anda Tetapi Jangan Berlebihan

cara urus gaji pertama
Sumber Gambar: The Stockmonger

Apabila menerima gaji pertama, anda semestinya ingin menggunakannya untuk meraikan diri anda sendiri. Tiada salahnya jika anda ingin berbelanja mengikut kehendak, tetapi jangan berlebihan. Jangan mudah terpengaruh atau terlalu mengikut peredaran semasa. Anda tidak perlu membeli barangan berjenama, gajet atau telefon pintar yang mahal sehingga kehabisan gaji tanpa meninggalkan sedikit wang untuk simpanan.

Belanja setakat yang mampu dan bersesuaian dengan gaji yang anda terima. Jika perlu, anda boleh memilih untuk membeli alternatif yang lebih murah. Terdapat banyak cara untuk anda meraikan diri tanpa perlu berbelanja lebih.

Oleh itu, kami amat berharap jika tips-tips di atas dapat diaplikasikan dalam kehidupan para pekerja yang baru menerima gaji pertama mereka. Pepatah ada menyebut, ‘Sediakan payung sebelum hujan’ agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pembiayaan peribadi cepat, mudah dan selamat dalam talian. Kami bantu peminjam untuk cari, banding dan mohon pinjaman yang sesuai dengan anda. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 29 Ogos 2017 dan dikemas kini pada 13 Ogos 2021).

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan