Ujian Personaliti Diri: Kenali 5 Personaliti Kewangan
jenis personaliti kewangan diri

Ujian Personaliti Diri: Kenali 5 Personaliti Kewangan

Adakah anda seorang yang berjimat-cermat dan sentiasa berjuang pada setiap hujung bulan untuk membayar bil? Ataupun anda tidak risau kerana mempunyai wang mencukupi di dalam bank untuk digunakan pada bila-bila masa? Jika anda adalah seorang yang bijak dalam pengurusan kewangan peribadi, anda mungkin The Stockpiler atau The Conqueror. Kenali personaliti kewangan anda dengan ujian personaliti diri ini. Anda yang mana satu?

1. Si Jimat Cermat (The Stockpiler)

ujian personaliti diri
Sumber: Empower

Anda sentiasa memerhatikan setiap aliran wang dan sen yang menjadi hak milik anda. Ia bertujuan sebagai keselamatan dan berbuat sedemikian membuatkan anda berasa lebih bersedia untuk masa hadapan serta akan menyimpan lebih banyak lagi. 

Anda juga berasa agak takut sekiranya membuat kesilapan yang akan menyebabkan  kehilangan segalanya. Oleh itu, anda membuat keputusan untuk membuat pembelian secara berwaspada. 

Ada beberapa ciri yang boleh dilihat termasuk menyelinap masuk makanan ringan ke dalam panggung wayang atau menyaksikan pertunjukan. Kerap kali memeriksa akaun bank dan melakukan tawar-menawar apabila membeli sesuatu produk.

Selalunya anda tidak mempunyai hutang dan boleh dikatakan sebagai cheapskates. Tidak mengambil peduli untuk mengikuti trend terkini dan lebih puas membaca penyata bank daripada memperoleh sesuatu yang baru. 

Anda secara semula jadi konservatif dan tidak mengambil risiko besar dengan pelaburan. Mungkin untuk masa hadapan yang lebih cerah, boleh mengurangkan ketakutan dan cuba mengambil risiko agar simpanan anda menjadi lebih besar. 

Menurut Ben Franklin, beliau mengesyorkan kesederhanaan dalam semua perkara. Ia adalah nasihat yang sangat baik. Jangan membiarkan semua cerita dan bahagian dalam kehidupan yang seharusnya menyeronokkan melewati anda hanya demi untuk menjimatkan wang.

Benar, meminimumkan risiko adalah tujuan utama mana-mana pelabur tetapi meminimumkan risiko sambil memaksimumkan pulangan adalah kunci kejayaan pelaburan.

2. Si Belanja Sakan (The Celebrity)

jenis personaliti kewangan
Sumber: Empower

Kemampuan dimiliki untuk membeli sesuatu memotivasikan anda serta mendorong diri untuk berbelanja. Dengan berbelanja, anda rasa disayangi, dan gembira apabila membeli untuk diri sendiri dan juga orang lain. Kadang kala anda akan melakukan pembelian yang besar untuk melakukan kenyataan serta memperlihatkan status kekayaan anda. 

Antara ciri yang boleh dilihat termasuk mempunyai kuantiti pakaian yang berlebihan sehinggakan almari sudah tidak lagi muat, memberikan hadiah mahal kepada rakan-rakan, mempunyai kereta dan rumah yang besar serta berbilang kad kredit. 

Benar, anda mampu tetapi perlu juga menetapkan sempadan untuk mengawal perbelanjaan. Mempunyai dan menetapkan bajet yang jelas dapat membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih baik. 

Sekiranya anda gemar untuk berbelanja, kemungkinan anda akan terus melakukannya tetapi anda harus mula memikirkan nilai jangka panjang, bukan hanya kepuasan jangka pendek. Sebelum anda membeli sesuatu yang mahal atau bergaya, bertanyalah kepada diri anda berapa banyak dan bernilai pembelian itu akan bermakna untuk kehidupan seharian. 

Sekiranya jawapannya adalah ‘tidak banyak atau bernilai’, langkau sahaja. Dengan cara ini, anda boleh mengehadkan perbelanjaan kepada perkara yang lebih mustahak. 

Cuba mencari keuntungan secara perlahan dan stabilkan ia berbanding senario yang berisiko tinggi atau cepat menang. Sekiranya anda benar-benar ingin mencabar diri sendiri, pertimbangkan kelebihannya.

Ingat, memilih untuk memenuhi kehendak menyebabkan wang habis dengan pantas dan kemungkinan untuk menabung langsung tiada.

3. Si Pengelak Masalah (The Idealist)

jenis personaliti kewangan
Sumber: Empower

Anda tidak mengambil pusing untuk menguruskan hal-hal kewangan dan tidak berusaha membuat penyataan berkaitan perbelanjaan sama ada dengan rakan mahupun keluarga. 

Sering kali dilihat mengelakkan diri untuk berbincang mengenai pengurusan kewangan, jarang sekali melakukan semakan bil atau invois sehingga melepasi tarikh pembayaran dan akhirnya bertimbun-timbun hutang perlu diselesaikan. 

Awas jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti ini kerana ianya akan menyusahkan untuk anda dalam pengurusan kewangan keluarga bila sudah berkahwin nanti.

Anda harus bertanggungjawab dan perlu sedikit sebanyak mengambil tahu soal kewangan. Mungkin boleh memulakannya dengan mengikuti kursus pengurusan kewangan dan menetapkan bajet supaya apa yang anda belanjakan setiap bulan lebih teratur serta tidak membebankan. Antara formula yang anda boleh gunakan adalah 50 30 20 rule, iaitu bajet yang akan bahagikan pendapatan ikut peratus 50,30, 20 berdasarkan komitmen dan keperluan anda.

4. Si Pemurah Hati (The Nurturer)

jenis personaliti kewangan
Sumber: Empower

Mungkin tanpa disedari, anda melihat wang sebagai punca berlakunya kejahatan. Anda sering kali melihat bahawa apabila kita berkongsi kesenangan, ia akan membuka lebih banyak pintu rezeki ke dalam kehidupan. Individu seperti ini sering menjadi ciri ciri lelaki idaman dalam kalangan wanita, siapa je yang tak suka pasangan yang murah hati dan suka berkongsi kan?

Anda sering melakukan sumbangan atau derma kepada yang memerlukan dan tidak suka menerima pujian di samping suka melibatkan diri untuk melakukan kerja-kerja kebajikan atau sukarelawan. 

Anda sedar akan kewujudan dan memahami situasi kewangan, namun sentiasa berusaha meletakkan wang untuk bekerja. Praktik ini melatih amalan murni dengan cara ihsan kepada orang lain melalui sedekah dan beringat untuk masa depan (simpan).

Tindakan anda didorong oleh keputusan yang teliti dan pelaburan anda mencerminkan kemurahan hati yang kadang kala boleh memakan diri sendiri apabila ada yang cuba mengambil kesempatan dan meminjam tanpa membayar semula. 

Walaupun begitu, cuba fokuskan usaha anda untuk menjimatkan wang yang sedia ada untuk diri sendiri juga.

5. Si Pelabur Cemas  (The Conqueror)

jenis personaliti kewangan
Sumber: Empower

Anda merupakan pencinta risiko, kerap melakukan pelaburan atau trade dan sering mempercayai diri mempunyai kelebihan berbanding orang lain. 

Disebabkan oleh sikap terlalu yakin itu, anda sering tertipu dengan pasaran dan dikenakan tahap caj yang tinggi.

Anda juga cenderung untuk melakukan trade dengan mengikut naluri dan bukan berdasarkan strategik dan mengulangi kesalahan yang sama akibat ketagihan dan keseronokan. Semakin lama, ia boleh menyebabkan anda terdedah kepada keputusan yang mengecewakan, akhirnya menyebabkan kebimbangan dan overtrading

Sebelum itu, anda seharusnya memahami peraturan, mempunyai rancangan, menghentikan kerugian serta tahu akan bila dan bagaimana untuk mengimbangi semula portfolio. 

Sekiranya semakin rugi, lebih baik berhenti atau mengehadkan pelaburan/perdagangan kepada sejumlah yang lebih kecil. Pertimbangkan untuk mengambil perancang kewangan untuk membantu semula anda menstruktur kewangan pelan jangka masa panjang. 

Anda mungkin tidak dapat mengubah personaliti kewangan anda secara menyeluruh, namun ia dapat ditangani berperingkat untuk kebaikan masa hadapan.

Oleh itu, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam mencapai pengurusan kewangan peribadi yang baik:

1. Matlamat jelas

Bersikap tanggungjawab dan berdisiplin dalam merancang kewangan anda untuk setiap peringkat hidup perlu dibuat.

2. Matlamat kewangan boleh diukur

Apabila mempunyai matlamat spesifik, anda perlu mempunyai kayu pengukur untuk memantau kemajuan anda dalam mencapai matlamat tersebut.

Sebagai contoh, anda mungkin ingin mengumpul 10 peratus daripada harga rumah idaman anda untuk bayaran muka depan (deposit rumah) dan kayu pengukur anda dalam perkara ini adalah memastikan jumlah tersebut sudah mencukupi di dalam akaun bank. 

3. Memahami kemampuan diri

Ia boleh dilakukan dengan memeriksa secara berterusan setiap komponen kedudukan kewangan melibatkan pinjaman yang perlu dibayar, baki kad kredit, pendapatan dan perbelanjaan bulanan. 

Ketahui nilai bersih pendapatan anda dengan mengetahui aset serta liabiliti yang anda miliki. Ia dapat membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak.

4. Membuat Belanjawan

Buat anggaran belanjawan berdasarkan formula yang mudah untuk diikuti. Contohnya, formula 50/30/20. Bahagikan pendapatan kepada tiga kategori – 50 peratus untuk keperluan dan mustahak, 30 peratus untuk kehendak, dan 20 peratus untuk simpanan atau bayaran hutang.

5. Bina simpanan 

Penting untuk anda meningkatkan simpanan walaupun ia memerlukan sedikit masa. Secara tidak langsung, anda sudah mempersiapkan dana kecemasan untuk diri sendiri apabila keadaan tidak diingini berlaku. Pakar turut mencadangkan untuk menyediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan daripada gaji anda.

Pandemik COVID-19 bukan sahaja menyebabkan perkembangan ekonomi Malaysia terencat, malah mengakibatkan banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ramai kehilangan pekerjaan.

60 peratus individu di negara ini yang menghadapi masalah muflis dianggarkan adalah generasi muda, menurut laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 diterbit Bank Dunia

Ia berlaku disebabkan generasi muda yang lemah perancangan dalam menabung, berbelanja dan meminjam sehingga perbelanjaan melebihi pendapatan.

Sumber: Empower

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Dapatkan lebih banyak panduan simpan duit dan tips kewangan di channel Telegram kami!

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan