Ini Cara ‘Claim’ Sehingga RM400 Jika Parcel Dari J&T Diterima Rosak Atau Hilang

Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini banyak isu membabitkan syarikat kurier iaitu J&T sehinggakan tular di media sosial video pekerja mereka membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video di bawah ini adalah di sebuah hub kurier J&T yang menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Video viral ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan juga pelanggan yang kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana risau barangan dalam bungkusan mereka rosak.

Walau bagaimanapun, tahukah anda sebenarnya boleh membuat tuntutan sehingga RM400 daripada J&T jika barangan yang anda terima rosak atau hilang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat tuntutan barangan yang rosak atau hilang daripada J&T. Selaras dengan terma dan syarat J&T, inilah cara-cara untuk menuntut barang rosak atau pecah akibat insiden baru-baru ini:

1) Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam. Selepas 48 jam ini, J&T ada hak untuk tolak permohonan anda (Klausa 16.3 terma dan syarat)

Sumber: Facebook (@Nor Zabetha)

2) Aduan atau claim boleh call hotline 24 jam J&T iaitu 1300-80-9000 atau email ke support@jtexpress.my

3) Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan hanya penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis.

Jadi sekiranya anda adalah penerima bungkusan, dapatkan pengesahan bertulis daripada penghantar untuk membuat tuntutan bagi pihak penghantar.

4) Isikan borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (untuk syarikat) dan lain-lain, nanti semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.

Sumber: Facebook (@Nor Zabetha)

5) Sediakan juga gambar-gambar kerosakan. J&T akan menilai berdasarkan terma, sebab adalah tanggungjawab penghantar untuk. membuat bungkusan sewajarnya.

Maksudnya jika barangan tersebut mudah pecah, penghantar perlulah balut elok-elok dan juga jenis serta berat barangan perlu isytihar betul-betul.

Jika penghantar gagal mematuhi syarat ini, secara asasnya kalau barangan rosak, ianya bukanlah kesalahan J&T dan penghantar perlu menanggung kos dan kerugian akibat barangan rosak.

Jadi gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Tangkap gambar bukti kotak, ‘bubble wrap’ dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian.

6) Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut ikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya.

Sumber: Facebook (@Nor Zabetha)

Misalnya bagi barang yang hilang atau rosak yang beratnya kurang dari 2kg yang dihantar secara domestik (dalam negeri), jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan harga kerosakan atau kehilangan atau maksimum RM100 sahaja atau mana-mana yang lebih rendah.

Contoh, harga mainan kereta control yang dibeli dan dihantarkan adalah RM130. Kerosakannya adalah pada bahagian tayar yang terpatah. Dinilaikan sebanyak RM20 sahaja. Jadi tuntutan hanya RM20 sahaja. Situasi lain pula, sekiranya kereta control ini hilang walaupun harga RM130, namun jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM100 sahaja. Itu sahaja nilai maksimum berdasarkan terma.

Harganya berbeza, kalau domestik yang lebih 2.01kg, maksimum boleh tuntut RM300. Manakala barangan dari luar negara, maksimum RM400 tetapi ganti rugi akan diberikan kepada jumlah terpaling rendah berdasarkan siasatan dan semakan J&T.

Semoga perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat membantu kita sebagai pengguna dalam membuat tuntutan daripada J&T. Ingat hak kita sebagai pengguna ya!

Sumber: Facebook (@Nor Zabetha)

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi bank dan koperasi khas untuk penjawat awam. Terima kewangan tambahan secepat 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda secara percuma.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter