Cara Mohon & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Semak Kelayakan Anda Di Sini - Direct Lending Malaysia

Cara Mohon & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Semak Kelayakan Anda Di Sini

Umum sedia maklum, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bakal menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) mulai tahun ini iaitu 2021. 

Perubahan ini selaras dengan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia. Lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menerima BPR dari pihak kerajaan oleh kerana syarat kelayakan untuk bantuan ini telah ditambah baik. 

Seramai 8.1 juta penerima pula dianggarkan bakal menerima bantuan ini berbanding BSH terdahulu yang hanya seramai 4.3 juta orang sahaja yang layak berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, berikut di bawah adalah cara mohon dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan semakan untuk kelayakan:

Untuk makluman anda permohonan dan pengemaskinian BPR kini sudah pun dibuka bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021.

Laman rasmi untuk permohonan dan kemaskini BPR pula adalah di https://bpr.hasil.gov.my/

Sumber Gambar: BPR

Mereka yang belum pernah mendapat BSH 2020 ataupun BPN 2.0 perlu membuat permohonan baru untuk BPR 2021. Pendaftaran baru adalah diwajibkan.

Sementara itu, bagi pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus digalakkan untuk mengemas kini maklumat mereka.

Jika tiada rekod semasa semakan dibuat, anda perlulah membuat permohonan baru untuk BPR ini melalui cara seperti berikut:

  1. Masuk ke laman BPR 2021. Klik untuk ‘Permohonan Baru’.
  2. Di bahagian permohonan masukkan nombor MyKad anda, dan kemudian tekan butang Semak untuk membuat semakan.
  3. Tekan ‘Ya’ untuk pengesahan semakan.
  4. Langkah seterusnya, anda perlu ikut arahan atau mesej yang anda dapat. Kemudian sistem akan meminta anda untuk mengikut langkah seterusnya.

Antara syarat, kategori BPR dan jumlah bantuan yang bakal diterima adalah seperti berikut:

1. Isi rumah yang berpendapatan bawah dari RM2,500

  • RM 1,800 (2 orang anak atau lebih)
  • RM 1,200 (1 orang anak)

2. Isi rumah yang berpendapatan dari RM 2,501 hingga RM 4,000

  • RM 1,200 (2 orang anak atau lebih)
  • RM 800 (1 orang anak)

3. Isi rumah yang berpendapatan dari RM 4,001 hingga RM 5,000

  • RM 750 (2 orang anak atau lebih)
  • RM 500 (1 orang anak)

4. Bujang 21 ke atas dan berpendapatan bawah dari RM2,500

  • RM 350
Sumber Gambar: Belanjawan 2021

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam membuat semakan, kemaskini dan permohonan baru untuk BPR 2021. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai BPR, sila klik di sini.

Tontonilah video kami tentang cara mohon BPR:

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platfrom pinjaman peribadi bank & koperasi. Semak kelayakan anda secara percuma. Tiada kos pendahuluan atau caj pemprosesan. Kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter