Marketing

Bagaimana cara selesaikan hutang Along dengan betul? Ramai terjerat dengan pinjaman Along kerana terdesak tanpa memikirkan risiko faedah yang tidak masuk akal.
Jika anda sudah terlanjur, kami sedia membantu untuk 'merawat' kemelut ini. Berikut adalah langkah keselamatan untuk diri dan keluarga, serta panduan apa perlu buat jika diugut Ahlong.
Jangan ambil risiko dengan Ahlong lain. Anda boleh menukar hutang Ahlong kepada pinjaman peribadi yang sah dan selamat melalui platform kami. Semak kelayakan anda sekarang secara percuma & 100% sulit.
Pakar kewangan menjelaskan ada beberapa faktor utama yang membuatkan masyarakat cenderung untuk membuat pinjaman Along. Antaranya kerana:
Ada dua modus operandi Along iaitu beroperasi secara haram dan gunakan cara yang tidak jujur untuk paksa orang bayar hutang.
Walaupun kebanyakan orang tahu benda ini tapi ramai sahaja yang masih buat pinjaman dengan Ahlong. Hal ini kerana mereka terdesak untuk dapatkan pinjaman segera sehingga sanggup pinjam duit dengan Ahlong
Statistik yang dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, menunjukkan sebanyak 1,784 kes Ahlong dengan pinjaman lebih RM8.8 juta dilaporkan sejak 2020.
Antara risiko lain apabila anda buat pinjaman Along adalah seperti yang berikut:
Terma sepuluh tiga adalah taktik licik Ahlong di mana faedah 30% dikenakan setiap bulan. Ini bermakna anda membayar berkali ganda daripada jumlah asal.
Lihat perbezaan ketara ini:
Bayangkan, anda meminjam RM500, tetapi 'sedekah' kepada Ahlong sebanyak RM1,800!
| Perkara | Pinjaman Along | Pinjaman Sah |
|---|---|---|
| Kadar Faedah | 30% - 50% Sebulan | 2.82% p.a. (Awam) 1.5% Sebulan (Swasta) |
| Legaliti | Tidak Berlesen (Haram) | Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 |
| Keselamatan | Ancaman & Ugutan | Sulit & Dilindungi KPKT |
*Kadar faedah pinjaman berlesen adalah tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia & KPKT.
Selain itu, ada juga kadar lebih kejam seperti sepuluh empat (40%) atau sepuluh lima (50%), termasuk konsep "pinjaman hari-hari" yang menyasarkan golongan peniaga kecil dan buruh. Jika terlepas sehari, bunga akan terus berganda tanpa noktah.
Salah satu taktik licik pinjaman Along adalah menawarkan janji manis tanpa terma dan syarat yang jelas. Berbeza dengan syarikat peminjam wang berlesen yang diwajibkan menyediakan perjanjian hitam putih, Along biasanya beroperasi tanpa dokumen rasmi.
Di Direct Lending, setiap perincian pinjaman adalah telus. Tiada bayaran pendahuluan, tiada kos tersembunyi, dan segala terma dinyatakan dengan jelas di dalam kontrak yang sah sebelum anda bersetuju.
Semak Kelayakan dengan Direct Lending
Along suka mengambil barangan peribadi sebagai cagaran atau wang jaminan. Kad pengenalan, passport, dan kad ATM akan dirampas oleh mereka walaupun ia menyalahi undang-undang.
Contohnya, Ahlong gunakan taktik licik ambil kad ATM peminjam untuk memudahkan mereka dapatkan wang setiap kali gaji peminjam masuk.
Bukan itu sahaja, ada setengahnya juga yang menggunakan kad ATM ada untuk judi online atau kegiatan landing scam. Memang bahaya!
Bayangkan, kalau apa-apa terjadi dengan kad ATM anda, akhirnya anda juga yang kena bertanggungjawab. Inilah beza Ahlong dan pinjaman berlesen yang sah.
Ramai tidak sedar bahawa pinjaman Along direka supaya anda tidak boleh keluar daripada hutang dengan mudah. Bagi mereka, lagi lama anda berhutang, lagi banyak keuntungan yang mereka kaut melalui faedah yang melambung.
Kelebihan Bersama Direct Lending:
Berbeza dengan ceti haram, platform kami menghubungkan anda dengan rakan pembiayaan yang membenarkan penyelesaian awal (early settlement) pada bila-bila masa.
Bergantung kepada terma rakan pemberi pinjaman kami (Bank, Koperasi atau Syarikat Pinjaman Wang Berlesen), anda mungkin layak mendapat rebat atau penjimatan ke atas baki faedah jika melangsaikan hutang lebih awal. Yang paling penting, anda mempunyai kebebasan untuk menutup akaun secara sah tanpa sebarang ugutan atau caj tersembunyi.
Semak Kelayakan dengan Direct Lending
Bila anda buat pinjaman peribadi dengan Along, anda akan berhadapan dengan terma dan kadar faedah yang memang tidak masuk akal.
Apa yang akan terjadi bila anda tidak mampu untuk membayar? Anda akan ditekan oleh Along sehingga mendesak anda untuk meminjam dengan Along lain untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Jika kita lihat di dada akhbar setiap hari, ada sahaja kisah-kisah keganasan tentang pemungut hutang, simbahan cat merah, pos peluruh hidup, merosakkan harta benda, memecahkan barangan dalam rumah, membakar perabot di rumah, serta tindakan-tindakan yang mengaibkan peminjam yang tidak membayar hutang.
Justeru, ini seolah-olah meletakkan anda dan keluarga anda di dalam bahaya. Ancaman dan ugutan adalah taktik yang sering digunakan, dan mampu membawa kepada keganasan.
Tambahan pula, mereka tidak akan teragak-agak untuk membuat ancaman kepada ahli keluarga anda sendiri.
Menghadapi hutang dengan ahlong boleh menimbulkan tekanan kewangan dan risiko keselamatan. Dari faedah tinggi hingga ahlong ugut, penting untuk bertindak dengan langkah yang betul. Berikut adalah 5 cara selamat untuk menyelesaikan hutang anda:
Jangan bayar secara tunai terus kepada Ahlong. Taktik ini memudahkan mereka menafikan bayaran anda. Sentiasa gunakan bank transfer supaya anda mempunyai bukti transaksi yang sah jika berlaku sebarang pertikaian atau ugutan di masa hadapan.
Jangan sesekali skip bayaran walaupun jumlahnya kecil. Hutang ceti haram akan berlarutan jika tidak dikawal. Simpan semua tangkap layar (screenshot) perbualan dan resit bayaran supaya anda tidak mudah diperkotak-katikkan oleh muslihat mereka.
Supaya Along tak mudah memperkotak-katikkan atau ambil kesempatan dekat anda, yang mana ini jelas sangat berbeza dengan modus operandi pinjaman peribadi yang boleh dipercayai.
Mohon Pinjaman Sah dengan Direct Lending
Jangan biarkan ketakutan menguasai diri. Jika anda atau keluarga mula menerima ancaman, berikut adalah panduan keselamatan dan cara report Ahlong yang betul melalui saluran undang-undang di Malaysia.
Kami faham situasi anda sensitif. Di Direct Lending, semakan kelayakan dilakukan secara 100% peribadi tanpa pengetahuan pihak ketiga.
Semak Kelayakan & Lindungi DiriAnda tahu atau tidak, terdapat beberapa NGO dekat Malaysia ini yang boleh bantu mangsa-mangsa yang terjerat dengan Along?
Agensi ini boleh jadi pilihan pertama anda, bila anda mula rasa tidak boleh handle atau sudah buntu cari cara untuk selesaikan hutang Along. Antara agensi yang dimaksudkan ini adalah seperti
Elakkan dari cuba menyelesaikan masalah ini sendiri kerana dikhuatiri apa yang berlaku kepada anda akan bertembah teruk.
Memang bukan mudah untuk memohon bantuan, tetapi setidaknya anda boleh pastikan keselamatan dan keamanan diri terjamin dengan bantuan NGO ini.
Kesimpulannya, kita haruslah mengelakkan diri dari membuat pinjaman Along. Sekiranya sangat perlukan pinjaman wang sekalipun, carilah pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai.
Bagi anda yang saat ini, sedang terjerat dengan hutang pinjaman peribadi, jangan biarkan masalah hutang mempengaruhi hidup anda. Usahakan untuk menyelesaikan hutang dan jalanilah hidup yang lebih bebas dari beban serta masalah kewangan.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 9,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro dan ansuran servis kereta, Takaful kereta dan perubatan.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.