“Kereta terpakai lebih mampu milik dan menjimatkan”, “Kereta baru berfungsi lebih baik dan boleh tahan lebih lama”. Mengambil kira semua kebaikan dan keburukan, kadangkala ia menjadi sukar untuk kita membuat keputusan sama ada untuk memilih kereta baru atau kereta terpakai (second hand) dari segi kos dan fungsinya. Semak artikel kami tentang perbandingan am antara membeli kereta baru dan kereta terpakai untuk mengetahui yang mana lebih berbaloi.
Proses membeli kereta baru dan kereta terpakai

Membeli kereta baru
Untuk membeli kereta baru di Malaysia, anda perlu ikut prosedur berikut:- Bayar yuran tempahan
- Tentukan pilihan pembiayaan (Tunai/Pinjaman peribadi/Pinjaman sewa beli)
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Mohon cukai jalan
- Daftar kereta anda dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Mohon insurans kereta
Membeli kereta terpakai
Untuk membeli kereta terpakai di Malaysia, anda perlu ikut prosedur berikut:- Bayar yuran tempahan
- Tentukan pilihan pembiayaan (Tunai/Pinjaman peribadi/Pinjaman sewa beli)
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Dapatkan PUSPAKOM untuk mengesahkan kereta terpakai dalam keadaan baik
- Mohon insurans kereta
- Memindahkan hak pemilikan terdahulu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Geran, rekod servis terdahulu, nota perlindungan insurans (cover note), jika terdapat rekod kemalangan
Cara membiayai pembelian kereta anda

1. Tunai
Ini merupakan cara paling mudah dan menjimatkan untuk membeli tidak kira kereta baru atau kereta terpakai. Sebuah kereta secara umumnya bukanlah aset tambah nilai. Oleh itu, dengan menggunakan lebihan tunai yang anda ada untuk membeli kereta adalah satu langkah bijak. Walau bagaimanapun, untuk kereta terpakai terutamanya yang telah mencecah 10 tahun dan ke atas, anda mungkin perlu membelinya secara tunai. Ini adalah kerana semakin lama sesebuah kereta, semakin sukar bagi anda untuk mendapatkan pinjaman sewa beli. Sesetengah bank telah meletakkan had umur kenderaan kepada 12 tahun. Ini juga termasuk untuk kereta antik.2. Pinjaman Sewa Beli
Pinjaman sewa beli (atau dikenali sebagai pinjaman kereta) adalah cara biasa yang diambil untuk membeli kereta. Apabila anda memohon pinjaman kereta dengan bank, anda sebenarnya mengikat perjanjian sewa beli dengan bank di mana bank berlaku sebagai pemilik sah kereta sementara anda adalah pengguna. Dalam istilah mudah, ia dilihat seperti anda ‘menyewa’ sebuah kenderaan yang dimiliki bank. Setelah semua bayaran ansuran anda telah dibayar sepenuhnya, pemilikan sah kereta akan dipindahkan dari bank kepada anda. Ini bermakna kereta tersebut akan menjadi sah milik anda setelah pembayaran penuh jumlah pinjaman telah di buat oleh anda. Dalam sesetengah kes, pinjaman sewa beli untuk kereta terpakai adalah sukar namun masih boleh dilakukan selagi kereta anda di bawah 10 tahun dan masih berada dalam keadaan baik. Untuk pembelian kereta terpakai, anda harus bersedia mendapat margin pinjaman yang lebih rendah serta kadar faedah yang lebih tinggi. Ini bermakna anda perlu bersedia membayar jumlah deposit lebih tinggi.3. Pinjaman Peribadi
Pinjaman peribadi boleh diberikan kepada mana-mana individu dan boleh digunakan untuk apa-apa tujuan. Pinjaman peribadi dikenali sebagai pinjaman tanpa cagaran kerana pemberi pinjaman tidak memerlukan apa-apa bentuk sandaran (cagaran) untuk pinjaman yang dibuat. Ini bermakna jika anda menggunakan pinjaman peribadi untuk membeli kereta, anda adalah pemilik kereta tersebut. Pinjaman peribadi diluluskan berdasarkan kepercayaan kredit peminjam di mana pemberi pinjaman akan merujuk kepada rekod sejarah kredit peminjam seperti CCRIS/CTOS, potensi pendapatan dan keupayaan membayar balik pinjaman. Maka, sama ada ianya kereta baru ataupun kereta terpakai, anda boleh memohon untuk pinjaman peribadi tanpa sebarang kerisauan.Maka, mari kita lihat perbandingan pilihan pinjaman yang mana adalah lebih baik untuk kereta baru dan kereta terpakai – pinjaman peribadi atau pinjaman sewa beli?
Perbandingan antara pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli
Kereta baru

Pinjaman Peribadi CBP | Pinjaman Sewa Beli BSN | |
Jumlah Pinjaman | RM47,340 | RM47,340 |
Kadar Keuntungan Bulanan | 2.85%* | 2.65%* |
Tempoh Pembayaran | 9 tahun | 9 tahun |
Kadar Keuntungan Bulanan | RM47,340 x 2.85% x 9 = RM12,143 | RM47,340 x 2.65% x 9 = RM11,291 |
Penjimatan Faedah | RM12,143 – RM11,291 | = RM852 |
Jumlah Bayaran | RM47,340 + RM12,143 = RM59,483 | RM47,340 + RM11,291 = RM58,631 |
Ansuran Bulanan | RM551 | RM543 |
*Maklumat yang ditunjukkan adalah tepat dalam tempoh masa ditulis
Secara ringkas, perbezaan antara pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli tidak banyak. Dalam kes ini, mendapatkan pinjaman sewa beli adalah lebih murah di mana anda dapat berjimat sebanyak RM852. Oleh itu, jika anda ada lebihan tunai, dinasihatkan agar anda memohon pinjaman sewa beli dan membayar deposit sebanyak 10%. Dengan melakukan sedemikian, anda dapat jimatkan bayaran caj faedah. Walau bagaimanapun, jika anda mendapati sukar untuk membuat bayaran deposit sebanyak 10% seperti dinyatakan tadi, anda boleh mempertimbangkan dapatkan deposit tersebut melalui pinjaman peribadi. Tetapi anda perlu ingat bahawa bagi pinjaman sewa beli, jika anda gagal untuk membayar ansuran bulanan tepat pada masanya, kereta anda boleh diambil balik oleh bank. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku untuk kes pinjaman peribadi. Pemberi pinjaman tidak boleh mengambil balik kereta anda kerana pinjaman peribadi adalah suatu pinjaman tak bercagar di mana ia tidak memerlukan cagaran.Kereta terpakai

Pinjaman Peribadi CBP | Pinjaman Sewa Beli BSN | |
Jumlah Pinjaman | RM27,000 | RM27,000 |
Bayaran Faedah | 2.85%* | 3.60%* |
Tempoh Pembayaran | 9 tahun | 9 tahun |
Kadar Keuntungan Bulanan | RM27,000 x 2.85% x 9 = RM6,926 | RM27,000 x 3.60% x 9 = RM8,748 |
Penjimatan Faedah | RM8,748 – RM6,926 | = RM1,822 |
Jumlah Bayaran | RM27,000 + RM6,926 = RM33,926 | RM27,000 + RM8,748 = RM35,748 |
Ansuran Bulanan | RM314 | RM331 |
*Maklumat yang ditunjukkan adalah tepat dalam tempoh masa ditulis
Secara ringkas, adalah jelas bahawa dalam kes ini pinjaman peribadi adalah lebih murah sebanyak RM1,822. Dapatkan pinjaman peribadi yang mempunyai kadar faedah kurang daripada 3% kerana ia adalah berbaloi untuk membiayai kereta terpakai. Biasanya kadar faedah pinjaman sewa beli untuk kereta terpakai adalah lebih tinggi berbanding dengan kereta baru. Bergantung kepada keadaan kereta, kadar faedah pinjaman sewa beli untuk kereta terpakai biasanya 3% dan ke atas. Tambahan pula, jika anda memilih untuk memohon pinjaman peribadi, peluang untuk mendapatkan pinjaman anda diluluskan pada harga penuh pembelian kereta adalah lebih tinggi.Kesimpulan

Sama ada ia kereta baru ataupun kereta terpakai, adalah lebih baik untuk anda melihat kepada kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum anda membuat komitmen untuk membeli kereta. Buat kajian dan bandingkan pilihan pembiayaan yang ada. Berhati-hati semasa melantik pemberi pinjaman. Selalu pastikan syarikat pemberi pinjaman yang anda lantik adalah selamat dan sah.
Jika anda seorang kakitangan kerajaan dan anda ingin mendapatkan pinjaman peribadi untuk membeli kereta, Direct Lending sedia membantu. Kami adalah platform pemberi pinjaman yang menawarkan pinjaman bank dan koperasi tanpa melibatkan sebarang caj. Sila gunakan penyemak kelayakan pinjaman pintar kami secara percuma hari ini!