Director

“Pinjaman anda tidak lulus disebabkan rekod buruk oleh CCRIS atau CTOS?” Pernahkah anda ditanya soalan sebegini oleh pegawai bank dan mula berfikir, “Apa itu CCRIS dan CTOS?” atau tertanya-tanya “Apa beza CCRIS dan CTOS?”
Salah satu faktor penting yang mempengaruhi kelulusan permohonan pinjaman adalah rekod kredit, termasuk rekod pembayaran balik pinjaman anda. Jadi, sebelum memohon mana-mana pinjaman, seperti pinjaman koperasi & bank, anda perlu tahu dahulu adakah pembayaran pinjaman anda tepat pada masa dan tiada tunggakan.
Peluang kelulusan pinjaman adalah lebih tinggi jika rekod pembayaran anda bersih. Tapi, bagaimana pihak bank atau institusi kewangan boleh melihat rekod ini? Di sini, kami akan terangkan apa itu CCRIS dan CTOS, perbezaannya, serta cara untuk semak CCRIS & CTOS secara percuma supaya anda boleh dapatkan laporan kredit dengan mudah.
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah sistem rekod kredit yang menyimpan maklumat pembayaran pinjaman anda oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu bank dan institusi kewangan menilai risiko kredit sebelum meluluskan sebarang permohonan pinjaman.
Secara ringkas, CCRIS merekod sejarah pinjaman anda dan menunjukkan sama ada anda membayar balik pinjaman tepat pada masa, ada tunggakan, atau menghadapi masalah pembayaran.
Maklumat yang direkodkan dalam laporan CCRIS termasuk:
Ini adalah antara salah faham paling besar dalam kalangan peminjam di Malaysia. Ramai pelanggan dari Direct Lending, sebelum mereka mohon pinjaman dengan kami, mereka tidak mahu membuat semakan kelayakan kerana mereka menyangka memiliki rekod CCRIS adalah satu perkara yang buruk dan permohonan pinjaman tidak akan lepas. Hakikatnya:
Kesimpulannya: CCRIS bukan musuh anda. Ia adalah "laporan kesihatan" kewangan anda. Apa yang penting bukanlah adanya rekod tersebut, tetapi bagaimana anda menguruskannya. Jika laporan anda penuh dengan angka '0', itu adalah bukti bahawa anda adalah peminjam yang sangat dipercayai.
Untuk orang yang rekod CCRISnya sama ada baik, kurang cantik atau tiada rekod, anda boleh cuba membuat semakan kelayakan pinjaman dengan Direct Lending secara percuma. Loan consultant kami sedia bantu pelanggan kami walaupun rekod CCRIS kurang cantik.
Mohon Pinjaman Koperasi Walaupun Ada CCRIS
Tip Penting: Jika anda menyemak CCRIS kerana ingin memohon pinjaman, anda tidak perlu menunggu laporan eCCRIS keluar (biasanya mengambil masa).
Ketahui koperasi mana yang sesuai dengan profil anda dalam 2 minit sahaja — sementara menunggu pendaftaran eCCRIS anda diproses.
Semak Kelayakan Pinjaman secara Percuma
Sekarang, anda boleh semak CCRIS online percuma tanpa perlu ke Bank Negara secara fizikal.
Jika anda ingin mendapatkan laporan CCRIS dengan cepat, portal eCCRIS membolehkan anda semak laporan kredit secara online dan percuma. Warganegara Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengguna eCCRIS perlu mendaftar akaun eCCRIS terlebih dahulu.

Anda boleh dapatkan laporan CCRIS daripada kiosk yang terdapat di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia. Laporan ini adalah percuma. Anda hanya perlu walk-in dan bawa kad pengenalan (MyKad) atau dokumen pengesahan lain seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia). Laporan kredit CCRIS anda akan diberikan pada masa yang sama.
Sekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS melalui surat, faks, atau e-mel, anda perlu sediakan:
Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di portal laporan CCRIS. Anda boleh hantar permohonan melalui pos, e-mel, atau faks kepada BNM TELELINK, Bank Negara Malaysia.
Anda boleh dapatkan laporan CCRIS di mana-mana cawangan AKPK secara percuma. Permohonan perlu dibuat di pejabat sahaja, dengan pengesahan diri menggunakan MyKad.
Nota: Bagi pengguna yang tidak menggunakan portal eCCRIS, pendaftaran akaun masih boleh dilakukan melalui kiosk di pejabat AKPK atau secara dalam talian melalui BNMTELELINK. Dengan cara ini, anda tetap boleh mendapatkan laporan CCRIS percuma walaupun tidak menggunakan portal eCCRIS secara online.
Laporan kredit CCRIS adalah rekod rasmi pembayaran pinjaman anda. Maklumat yang terkandung menentukan kelayakan anda untuk memohon pelbagai kemudahan kredit seperti pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman perumahan, dan pinjaman kereta.
Di bawah, kami terangkan cara baca laporan CCRIS dengan contoh laporan kredit (maklumat contoh untuk ilustrasi sahaja).
Contoh Laporan Kredit CCRIS
Dina mempunyai dua kemudahan kredit: satu kad kredit dan satu pinjaman sewa beli (kenderaan). Pinjaman sewa beli dibuat pada Januari 2000 dengan amaun RM35,000, dan baki semasa adalah RM8,500. Kad kredit diluluskan pada Julai 2008 dengan had RM5,000, baki semasa RM3,000.
Dina menghadapi beberapa kelewatan pembayaran untuk pinjaman sewa beli, termasuk saman pada 31 Januari 2011 (ditunjukkan di bahagian Status Undang-undang – N). Untuk menguruskan pinjaman tersebut, Dina telah menjadualkan semula pinjamannya (Status – B).
Bagaimana Mentafsirkan Rekod Pembayaran
Dalam laporan CCRIS, setiap nombor mewakili status bayaran:
Dina membayar ansuran secara konsisten kecuali beberapa bulan. Sebagai contoh, dia tidak membayar selama 3 bulan dari Mac 2017 – Mei 2017 dan lewat 2 bulan pada September – Oktober 2017.
Kad kredit Dina juga disenaraikan di Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA) kerana kelewatan bayaran lebih daripada 3 bulan.
Bahagian Utama Dalam Laporan Kredit CCRIS
| Label | Maksud |
|---|---|
| Kredit Belum Jelas | Kemudahan kredit yang belum jelas |
| Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA) | Pinjaman yang berada di bawah pengawasan ketat institusi kewangan |
| Permohonan Untuk Kredit | Permohonan kredit diluluskan atau masih dipertimbangkan dalam 12 bulan terakhir |
| A | Tarikh kelulusan pinjaman |
| B | Status pinjaman (belum jelas / dijadual semula / disusun semula) |
| C | Kapasiti pinjaman (nama sendiri / bersama / perkongsian) |
| D | Pemberi pinjaman |
| E | Cawangan pinjaman |
| F | Jenis kemudahan kredit |
| G | Nombor akaun / permohonan |
| H | Jumlah baki belum jelas |
| I | Tarikh baki dikemas kini |
| J | Had / jumlah ansuran |
| K | Jenis cagaran |
| L | Terma pembayaran balik |
| M | Ansuran tertunggak 12 bulan terakhir |
| N | Status undang-undang |
| O | Tarikh status dikemas kini |
Jangan panik jika rekod anda bukan '0'. Kami di Direct Lending pakar dalam membantu penjawat awam mencari pinjaman penyatuan hutang untuk menutup tunggakan ini dan membersihkan kembali CCRIS anda.
Memahami perbezaan CCRIS dan CTOS hanyalah langkah pertama. Langkah paling kritikal adalah bagaimana anda menggunakan maklumat tersebut untuk membaiki kedudukan kewangan anda.
Ramai pelanggan kami pada mulanya bimbang kerana laporan mereka penuh dengan angka '1' dan '2' (tunggakan) serta skor CTOS yang rendah. Namun, melalui strategi Penyatuan Hutang, kami berjaya membantu mereka "reset" semula rekod tersebut.
Lihat Transformasi Pelanggan Ini:
Pelanggan ini mempunyai komitmen yang sangat berselerak—2 pinjaman peribadi, 1 kad kredit, dan 2 pinjaman kereta. Beliau tahu rekodnya akan terjejas jika tidak bertindak segera.
Apa yang kita boleh belajar dari kes ini?
Laporan CCRIS/CTOS yang buruk bukanlah "hukuman mati" buat kewangan anda. Ia adalah petanda bahawa anda perlukan strategi pembayaran yang lebih bijak. Dengan mengurangkan kadar faedah dan menyatukan ansuran, anda bukan sahaja membersihkan nama, malah mendapat aliran tunai tambahan yang sangat besar.
Adakah laporan kredit anda membimbangkan?
Biar pakar kami bantu anda bedah siasat laporan tersebut dan cari jalan penyelesaian terbaik untuk mencantikkan semula profil kredit anda.
CTOS ialah singkatan bagi Credit Tip-Off Service dan merupakan Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk merekod laporan kredit individu. Berbeza dengan CCRIS, CTOS menyediakan skor kredit (CTOS Score) untuk menilai kesihatan kewangan anda.
CTOS Score: Skor Kredit Individu
Kesimpulannya, skor CTOS tinggi ada risiko kredit rendah, peluang pinjaman diluluskan lebih mudah. Di sebaliknya, skor CTOS rendah akan ada risiko kredit tinggi, ia bermaksud pinjaman mungkin ditolak oleh bank.
Walau bagaimanapun, penjawat awam yang ada skor CTOS yang kurang cantik masih boleh cuba semak kelayakan dengan Direct Lending jika ingin membuat pinjaman untuk clear CTOS atau tutup hutang mahal sambil dapat tunai dalam tangan untuk keperluan sendiri.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma Sekarang
Fungsi Laporan Kredit CTOS

Contoh CTOS Report, Sumber Gambar: CTOS
Gambar di atas menunjukkan contoh laporan CTOS yang boleh anda rujuk. CTOS memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber rasmi termasuk:
Laporan CTOS biasanya mengandungi:
Situasi kewangan seperti ini akan menjejaskan skor CTOS anda dan mengurangkan peluang kelulusan pinjaman. Dengan memahami laporan CTOS, anda boleh mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki rekod kredit sebelum memohon pinjaman.
Selain CCRIS, anda juga boleh semak CTOS secara percuma melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih CTOS. Berikut adalah langkah-langkahnya:
Pilihan Laporan Berbayar
Jika anda ingin semakan yang lebih lengkap, pilih MyCTOS Score Report (RM26.50). Laporan ini merangkumi CTOS Score, rekod CCRIS, dan penilaian kredit penuh. Proses pendaftaran sama seperti laporan percuma, cuma pilih laporan berbayar semasa pendaftaran untuk melihat skor kredit terperinci.
Jangan biarkan laporan kredit yang kurang memuaskan mematahkan semangat anda. Ramai pelanggan kami di Direct Lending pada mulanya bimbang kerana skor mereka rendah atau ada rekod tunggakan bil utiliti. Namun, kelebihan memohon melalui kami adalah:
Pilihan Alternatif: Kami membantu anda mencari pinjaman koperasi yang lebih fleksibel berbanding bank konvensional.
Penyatuan Hutang: Gunakan pinjaman baru untuk selesaikan hutang lama (CTOS/CCRIS) dan naikkan semula skor kredit anda.
Semakan Pantas: Tidak perlu pening kepala fahamkan laporan yang rumit, biar sistem kami tentukan kelayakan anda dalam masa 2 minit sahaja.
Selesaikan masalah kredit anda hari ini sebelum ia menjadi lebih beban.
Semak Kelayakan Pinjaman & Bina Semula Skor CTOS Anda
Selain CCRIS dan CTOS, warganegara Malaysia juga boleh menyemak rekod kredit melalui Experian (dahulu dikenali sebagai RAMCI). Experian juga merupakan agensi pelaporan kredit yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, dan ia mengakses data CCRIS serta maklumat tambahan daripada sumber lain untuk menyediakan laporan kredit individu.
Fungsi Laporan Kredit Experian
Laporan kredit Experian membantu anda:
Jenis Laporan Kredit Peribadi (PCR) di Experian
Laporan Experian biasanya menunjukkan:
Dengan semakan Experian, anda boleh memastikan maklumat kredit tepat, memantau kesihatan kewangan, dan mengambil langkah untuk memperbaiki skor kredit sebelum memohon pinjaman.
Walaupun CCRIS dan CTOS adalah dua perkara yang paling kerap ditanya, anda juga perlu tahu tentang Experian. Ketiga-tiganya mempunyai peranan penting dalam menentukan sama ada pinjaman anda lulus atau gagal.
Perbezaan Utama
↔️ Sila skrol ke kanan untuk lihat perbandingan penuh
| Ciri-ciri | CCRIS | CTOS | Experian |
|---|---|---|---|
| Penyedia | Bank Negara Malaysia | Agensi Swasta | Agensi Swasta |
| Sumber Data | Rekod Pinjaman Bank | Rekod Awam, Utiliti, Bank | Rekod Awam, Utiliti, Bank |
| Tempoh Rekod | 12 Bulan Terakhir | 24 Bulan & Sejarah | 24 Bulan & Sejarah |
| Skor Kredit | Tiada (Hanya Laporan) | CTOS Score (300-850) | i-Score (300-850) |
| Kos Semakan | Percuma | Percuma (Asas) / Berbayar | Percuma (Asas) / Berbayar |
Pemahaman perbezaan ini membantu anda membuat keputusan bijak sebelum memohon pinjaman dan memantau kesihatan kredit anda secara menyeluruh.
Mohon Pinjaman Peribadi Cepat & Selamat
CCRIS dan CTOS tidak akan menyenarai hitamkan anda. CCRIS dan CTOS hanya menyimpan butiran pembiayaan dan sejarah pembayaran balik peminjam. CCRIS dan CTOS hanya memberikan rekod kredit anda kepada institusi kewangan termasuklah koperasi untuk penilaian kredit sebelum mereka meluluskan permohonan pinjaman anda. Laporan CCRIS atau CTOS adalah satu rekod sahaja untuk memudahkan institusi kewangan membuat penilaian dan keputusan untuk meluluskan pinjaman.
Rekod kredit CCRIS dan CTOS anda akan digunakan oleh institusi kewangan untuk melihat corak pembayaran balik hutang anda sewaktu anda memohon kemudahan kredit seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan lain-lain. Corak pembayaran balik hutang anda akan membantu bank untuk tentukan sama ada untuk meluluskan atau ‘reject’ pinjaman, kadar faedah, tempoh pinjaman, jumlah amaun pinjaman dan sebagainya. Sekiranya anda membayar hutang anda tepat pada masanya, memang tiada masalah untuk bank luluskan pinjaman anda.
Selain itu, bank juga akan memeriksa laporan CCRIS dan CTOS untuk mengira Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) anda sebelum tentukan kelulusan pinjaman anda. Contohnya, jika DSR anda melebihi 60%; kemungkinan pinjaman anda mungkin tidak akan diluluskan atau akan diluluskan dengan jumlah amaun pinjaman yang lebih rendah.
Jangan risau, ada beberapa cara clear CCRIS dan CTOS yang anda boleh lakukan. Salah satunya adalah dengan membuat penyatuan hutang untuk peminjam yang mempunyai rekod buruk CCRIS, CTOS atau disenaraikan bawah SAA dan AKPK. Ada beberapa pinjaman peribadi koperasi yang menerima permohonan sebegini terutamanya untuk peminjam yang bekerja di sektor kerajaan.
Peluang kelulusan untuk pinjaman koperasi adalah lebih tinggi kerana pembayaran adalah melalui potongan gaji. Maka, risiko pembayaran balik adalah lebih rendah. Oleh itu, pinjaman koperasi adalah cara yang selamat untuk mendapatkan pembiayaan kecemasan. Ada juga pemberi pinjaman wang yang mengatakan bahawa mereka boleh menerima peminjam yang mempunyai rekod buruk CCRIS atau CTOS. Berhati-hatilah dan fahami terma dan syarat pinjaman ini sebelum menerima tawaran mereka.

Cara Clearkan Rekod Buruk CCRIS & CTOS
Pastikan anda sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam membuat bayaran balik pinjaman. Bukankah lebih baik untuk elak sebelum terkena? Oleh itu, anda kena ketahui cara-cara yang terbaik pengurusan hutang dan kewangan anda. Ikuti kami channel Telegram untuk pelbagai perkongsian pengurusan kewangan setiap hari.
Sejak pelaksanaan polisi Bank Negara Malaysia (BNM) dan Akta Kredit Pengguna (RUUKP) baru-baru ini, cara bank menilai permohonan anda telah menjadi lebih ketat. Berikut adalah standard semasa yang wajib anda faham:
Jangan terkeliru dengan info lama. Jika anda telah membuat penjadualan semula pinjaman (Reschedule/Restructure), status ini tidak lagi hilang dalam masa 6 bulan.
Standard Sekarang: Anda wajib menunjukkan rekod bayaran cantik selama 12 bulan berturut-turut sebelum status ini dibersihkan dari CCRIS.
Nasihat Kami: Jika anda bercadang memohon pinjaman perumahan atau kereta dalam masa terdekat, elakkan menukar status pinjaman sedia ada kepada "R/R" kerana ia akan mengunci profil kredit anda selama setahun penuh.
Kini, Suruhanjaya Kredit Pengguna telah memastikan semua aktiviti kredit adalah telus. Ini bermaksud:
Walaupun peraturan kredit 2026 semakin mencabar, Direct Lending tetap mempunyai akses kepada pakej pinjaman koperasi yang direka khas untuk membantu penjawat awam menguruskan semula hutang mereka secara sah.
Ya. Anda boleh mendapatkan MyCTOS Basic Report secara percuma melalui laman web rasmi CTOS atau aplikasi mudah alih. Ia memberikan maklumat asas seperti status kebankrapan dan tindakan undang-undang. Namun, untuk melihat Skor CTOS dan rekod CCRIS yang lengkap, anda perlu melanggan laporan berbayar (MyCTOS Score Report).
Laporan CCRIS hanya menyimpan sejarah pembayaran anda untuk tempoh 12 bulan terkini. Ini bermakna, jika anda mula membayar tepat pada masanya hari ini, rekod buruk tersebut akan "hilang" sepenuhnya daripada laporan anda selepas setahun.
Boleh, tetapi peluang untuk lulus dengan bank komersial adalah sangat rendah. Walau bagaimanapun, anda masih boleh memohon Pinjaman Koperasi melalui Direct Lending. Kami mempunyai pakej khas yang menerima pemohon dengan sedikit tunggakan CCRIS, asalkan kelayakan potongan gaji masih mencukupi.
Ya. Sejak tahun 2015, rekod pembayaran PTPTN telah dimasukkan ke dalam sistem CCRIS. Jika anda tidak membayar PTPTN, ia akan menjejaskan skor kredit anda dan menyukarkan permohonan pinjaman perumahan atau kereta di masa hadapan.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.82% setahun atau secepat 2 hari bekerja.
(Artikel ini dikemaskini pada 11 Februari 2026).
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.