#DIRECTBANTU+, Program CSR Meringankan Beban Kewangan Rakyat Malaysia Dalam Tempoh PKP

SIARAN AKHBAR

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2021 – Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian melancarkan program usahasama tanggungjawab sosial korporat susulannya yang diberi nama #DIRECTBANTU+ bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Penuh yang diumumkan baru-baru ini.  Berbekalkan misi untuk menjadikan proses pinjaman wang lebih selamat, lebih mudah diakses dan mampu untuk mereka yang memerlukan, Direct Lending menawarkan peluang untuk menjana pendapatan & rebat tunai istimewa kepada peminjam dan individu yang gigih bekerja menerusi kempen DirectBantu+ ini. Program tanggungjawab sosial korporat yang berlangsung sepanjang bulan Jun 2021 ini akan memperkasakan ekonomi rakyat Malaysia menerusi cara-cara berikut: 

⦁ Rebat tunai istimewa sehingga RM700 untuk semua pelanggan.
⦁ Program rujukan – peluang untuk meraih ganjaran sebanyak RM1,000 bagi setiap 3 rujukan yang berjaya.
⦁ Belajar dan meneroka peluang-peluang pendapatan baharu (menerusi peluang kerja sambilan dan e-Dagang) dengan rakan-rakan kongsi #DIRECTBANTU+ seperti AVANA, GoGet, SaltyCustoms dan XOX Berhad (yang bekerjasama dengan Emicro Capital Sdn Bhd)

Apabila banyak perniagaan tergendala akibat pelaksanaan PKP Penuh, maka semakin ramailah golongan masyarakat B40 yang menerima tempias dan kehilangan sumber pendapatan untuk menanggung keluarga mereka. Kehilangan mata pencarian ini akan menyumbang kepada lonjakan dalam aktiviti pajak di kalangan golongan B40 dan peningkatan dalam permohonan pinjaman untuk menyara hidup dalam tempoh yang mencabar ini.

Pinjaman yang berpatutan sifatnya tidak semestinya perlu dilakukan secara konvensional dengan bersemuka untuk menyerahkan dokumen-dokumen permohonan pinjaman. Ramai di antara kita kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan duduk di rumah dan melakukan sebarang urusan atau permohonan secara dalam talian. Mereka yang memerlukan bantuan kewangan dalam tempoh PKP Penuh ini boleh memohon pinjaman peribadi secara selesa dan selamat dari rumah mereka sendiri. Pada masa sama, mereka juga berpeluang untuk menerima rebat tunai istimewa sehingga RM700 bagi setiap permohonan menerusi platform Direct Lending yang berjaya, di bawah program DirectBantu+ ini. 

Kami berharap ia akan membantu meringankan komitmen pembiayaan golongan B40 pada masa sekarang. Selain itu, kami juga ingin mengangkat semangat ‘#KitaJagaKita’, membolehkan orang ramai untuk membantu sesama mereka dengan memperkenalkan kaedah pembiayaan yang boleh dipercayai ini kepada kawan-kawan, anggota keluarga mahupun rakan sekerja mereka. Seorang perujuk akan mendapat RM250 bagi setiap rujukan yang berjaya, dan RM1,000 bagi 3 rujukan pinjaman terkumpul daripada penjawat awam,” kata Pengasas dan Pengarah Direct Lending Sdn Bhd, Hui Yik Seong.

Bagi merancakkan inisiatif ini, Direct Lending bekerjasama dengan AVANA, GoGet, Kiddocare, Yeefu by SaltyCustoms dan XOX Berhad (yang bekerjasama dengan Emicro Capital Sdn Bhd). Semua platform ini akan menawarkan peluang pendapatan kepada golongan yang cekal dan rajin bekerja menerusi penglibatan dalam e-dagang, ekonomi gig dan sektor penghantaran kilometer terakhir yang akan berkembang maju semasa dan selepas tempoh PKP. Sebagai contoh, sesiapa sahaja boleh menjadi penjual semula (reseller) di platform AVANA atau XOX, atau menjana pendapatan tambahan secara fleksibel sebagai pekerja sementara GoGetter menerusi platform GoGet.

Berikut adalah maklum balas daripada rakan-rakan kongsi Direct Lending dalam program ini:  

  1. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AVANA, Luqman Adris: “AVANA percaya bahawa peniaga-peniaga kami perlu diketengahkan, dan kami juga faham kesan wabak ini terhadap sektor perniagaan. Justeru, kami teruja untuk menjadi rakan kongsi kepada Direct Lending dalam program #DirectBantu+ menerusi program penjual semula Explore kami. Sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai penjual semula untuk lebih daripada 100 barangan dan jenama tempatan yang disenaraikan di AVANA. Inilah salah satu daripada usaha-usaha kami untuk merancakkan ekonomi Malaysia menerusi perdagangan sosial.”  
  2. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff: “Kiddocare bukan sekadar sebuah platform untuk membantu ibu-bapa, tetapi ia juga mengupayakan pengasuh-pengasuh perempuan kami daripada segi ekonomi. Inilah komuniti pengasuh yang kami ingin pupuk. Kami ada ramai Kiddocarers yang berjaya menjana pendapatan bulanan yang tinggi dan mampu memperbaiki hidup mereka menerusi pendapatan yang dijana sebagai Kiddocarers. Menerusi #DirectBantu+, kami ingin meneruskan usaha untuk membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan sendiri terutama sekali dalam tempoh PKP Penuh yang menjejaskan mata pencarian ramai orang.
  3. Pengasas Bersama GoGet, Francesca Chia: “Kami berharap agar mana-mana pihak berkepentingan dalam industri yang mempunyai matlamat yang sama untuk membantu sesiapa sahaja menjana pendapatan secara berhemah, tampil untuk bekerjasama dengan kami dalam inisiatif ini.”

IMPAK KEWANGAN DARIPADA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PENUH DALAM TEMPOH WABAK COVID-19

Pelaksanaan semula PKP Penuh memberi kesan kewangan kepada banyak pihak terutamanya terhadap perniagaan-perniagaan yang masih lagi menanggung kerugian dan belum pulih sepenuhnya daripada pelaksanaan pelbagai bentuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020. Setakat Februari 2021, berdasarkan laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat kira-kira 775,000 individu yang menganggur di dalam negara dengan kadar pengangguran semasa sebanyak 4.8%. Ini menunjukkan bahawa ramai orang telah kehilangan pekerjaan sejak wabak ini bermula. Pada masa sama, mereka masih belum mampu untuk pulih semula daripada kemelesetan kewangan ini dan memerlukan satu sumber pendapatan untuk menanggung diri dan keluarga mereka.

Kata Yik lagi, “Sekarang ialah satu tempoh yang mencabar bagi kebanyakan daripada kita dan semangat di sebalik program #DIRECTBANTU+ kami adalah untuk membantu meringankan beban kewangan akibat wabak COVID-19. Dalam tempoh yang getir ini, selain daripada memainkan peranan kita dengan duduk di rumah untuk kekal selamat, rakyat Malaysia yang rajin juga boleh menukar krisis ini kepada peluang dengan mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan turut serta dalam ekonomi baharu, untuk terus bertahan dan berkembang maju dalam norma baharu”.

Syarikat permulaan yang menerima suntikan dana daripada Cradle ini pernah melancarkan inisiatif pemerkasaan kewangan yang sama buat rakyat dalam menghadapi wabak COVID-19 menerusi pusingan pertama #DIRECTBANTU pada Oktober 2020.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang #DIRECTBANTU+, sila kunjungi [www.directlending.com.my/ms/directbantuplus] atau lawati laman Facebook dan Instagram Direct Lending untuk maklumat terkini program.

– TAMAT –

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *