Harga Emas Semakin Turun, Inilah Formula Kira Upah Untuk 'Nego' Harga Murah - Direct Lending Malaysia

Harga Emas Semakin Turun, Inilah Formula Kira Upah Untuk ‘Nego’ Harga Murah

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 26 Februari 2021 dan dikemaskini semula pada 29 September 2021).

Sejak kebelakangan dan awal bulan ini, harga emas menunjukkan trend penurunan, sekaligus menyebabkan orang ramai mengambil peluang menyerbu beberapa buah kedai emas di negara ini. Menurut Utusan Malaysia, harga bagi satu gram emas 916 ditawar pada harga RM208 menyebabkan salah sebuah kedai di Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi tumpuan dan pelanggan sanggup beratur panjang.

Peniaga kedai berkenaan yang tidak mahu dikenali itu berkata, harga emas di kedainya lebih murah berbanding di daerah lain kerana ianya adalah salah satu strategi perniagaan bagi menarik para pelanggan.

harga emas
Sumber Gambar: Utusan Malaysia

“Harga semasa di pasaran bagi emas 916 adalah sebanyak RM232 segram, di sini kami beri lebih murah kerana ia merupakan strategi perniagaan. Kedai emas saya di Nilai juga tidak ditawarkan harga sebegini, namun harga RM208 bagi segram itu tidak termasuk kos upah yang bergantung kepada reka bentuk dan corak emas tersebut,” katanya.

Berikut di bawah adalah harga emas terkini dari 29 Ogos hingga 29 September 2021:

Sumber: Gold Price.org

Menurut Harga Emas.my, harga emas semasa hari ini (29 September 2021) adalah serendah RM234.09 bagi segram emas.

Peniaga kedai itu kata, pelanggan kini sudah semakin bijak membuat pembelian emas dan mengetahui harga semasa emas serta jumlah upah yang dikenakan ke atas emas.

“Oleh itu, kami tampil dengan kelainan sesuai dengan peredaran masa iaitu dengan memaparkan harga emas dan berat yang ditawarkan di laman web kedai emas kami. Mereka boleh membuat perbandingan awal dengan kedai lain dan mengira sendiri upah yang kami tawarkan bagi jenis rekaan emas kami,” ujarnya. Jelasnya, semakin berat emas yang dibeli semakin kurang kadar upah yang dikenakan.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda berminat untuk membeli emas hari ini? Jom belajar bersama cara untuk ‘nego’ harga emas lebih murah:

Berikut adalah perkongsian oleh pengguna Facebook (@SyaQiela Fendy):

“Mari kita mula mengira:
Kedai A harga RM225/gm
Kedai B harga RM238/gm

Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan. Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira-kira tadi selepas aku nego-nego nego dan nego dapat total RM4050 (ikutkan boleh rendah lagi). Kemudian aku singgah di kedai B untuk puaskan hati aku dalam sesi perbandingan. Tanya harga semasa staff jawab je RM238/gm aku terbeliak. Yelah tadi 225 je kan? Jauh berbeza. Takpe kite teruskan misi. Maka kat sini aku huraikan apa yang aku dapat hari ni. Jom mengira!

Kiraan kedai A:
Harga semasa RM225/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah RM4050
➡️ 15gm x RM225 = RM3375 (harga asal per gm)
➡️ RM4050 – RM3375 = RM675 (harga upah barang)

Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah RM675. Anda rasa murah ke mahal? Meh check kedai B pulak.

Kiraan Kedai B:
Harga semasa RM238/gm
Total harga yg diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah RM3800
➡️ 15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)
➡️ Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)
Kedai B upah utk seutas gelang 15gm adalah Rm230Lg Mahal ke murah dari kedai A??

Sekarang nampak tak??
Kedai A RM4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B RM3800 (harga semasa Rm238/gm)

Apa yang aku tekankan dekat sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS. Untuk 15gm gelang itu harga upah sahaja bermula dari RM100 hingga ke RM9++ dan anda sebagai pelanggan BOLEH menurunkan harga upah barang tersebut mengikut persetujuan kedai. Jadi, nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram.

Ambil tau pasal harga upah. Upah berbeza ikut jenis dan design emas ya. Tidak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira”.

Harap perkongsian ini dapat membantu anda semua sebelum bercadang untuk beli emas.

Baca juga cara simpan pelaburan emas di sini.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk kakitangan kerajaan. Kami juga kongsi ilmu kewangan dan pinjaman setiap hari di dalam group Telegram. Klik gambar untuk join.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter