Idea Buat Duit Agar Poket Penuh Setiap Bulan

Antara 2 cara paling function untuk pulihkan kewangan adalah dengan adanya simpanan dan pendapatan tambahan. Korang boleh try idea ni untuk buat duit tepi. Mungkin nanti, bila rezeki dah sampai, korang boleh cuba buat idea yang min kongsikan ini secara kerja tetap? Atau mula bisnes sendiri ker? Jom baca.

1. Ambil upah menulis

Sumber Gambar: Freepik (@Jcomp)

Menulis ni sebenarnya ada banyak cabang yang kita boleh explore. Boleh jadi ‘ghostwriter’, content writer, copy writer dan lain-lain. Yang bestnya, ada banyak kerja freelance yang korang boleh cari di platform seperti Upwork, Freelancer or Fiverr. Selain itu, tulisan untuk artikel blog seperti Crunch by Nuffnang beri ganjaran sebanyak RM50-RM70 jika artikel anda terpilih. Kalau setiap artikel dibayar RM50, sebulan jika anda tulis 4 artikel dah RM200.

2. Jual makanan/katering

Sumber Gambar: Freepik (@Odua)

Sekarang ni memang timing terbaik untuk buat bisnes makanan. Ya, rakyat Malaysia ni pun memang food lover dan suka try benda baru. Kalau korang takut nak delivery, boleh cuba area rumah korang dulu, ataupun jual breakfast kat office. Lagi senang.

Sebelum tu, make sure korang gunakan media sosial untuk promote bisnes korang. Ada banyak Facebook group yang korang boleh join dan sharekan produk korang. Paling cepat, boleh guna WhatsApp Business, nanti mesti jiran tetangga atau rakan kerja akan forward ke group-group yang lain. Senang kan? Jadi kepada korang yang memang berbakat dalam masakan, bolehlah try dulu berniaga makanan contoh macam ayam goreng ke, western ke, dessert ke, dan macam-macam lagi, terpulang pada korang.

3. Personal shopper

Sumber Gambar: Freepik (@Odua)

Pertama, korang kena kenal pasti barang apa yang tinggi demand kat Malaysia ni. Contohnya macam barangan dari Ikea, Kaison, Sephora, handbag designer dan sebagainya. Tapi kena ingat, yang korang pun mesti nak untung jugak kan? So kaji dulu harga jualan barang tu dan bandingkan dengan kos yang korang kena keluarkan. Korang boleh check je kat website barangan tersebut ataupun catalog. Lepastu dah boleh tetapkan berapa harga jualan yang korang akan kenakan kepada pelanggan dengan ambil kira kos perjalanan, kos pengangkutan, dan juga kos masa & tenaga.

4. Jadi Runner

Sumber Gambar: Delyva

Korang yang ada kenderaan macam motor atau kereta, bolehlah try jadi runner untuk hantar makanan dan barang kepada pelanggan. Korang boleh apply untuk jadi runner di syarikat yang ada tawarkan pekerjaan ni seperti Grab, Foodpanda, Goget, Lalamove dan lain-lain. Setiap pesanan boleh dapat bayaran dalam RM7-RM15, dan ini bergantung kepada waktu pesanan dibuat dan jarak antara restoran/kedai dengan pelanggan.

Katakan sehari korang ada 10 pelanggan. Kita kira purata, satu pelanggan, kita dapat gaji RM10. Ini bermakna, satu hari sudah dapat income RM100. Bayangkan kalau korang buat time weekend sahaja dah boleh dapat lebih kurang RM800 sebulan.

5. Buat video Youtube

Sumber Gambar: IndyStar

Sekarang ini dah ramai yang cuba buat duit dengan Youtube. Korang cuma perlu rakam video tentang apa-apa sahaja dan muat naik ke akaun Youtube. Jika ada orang tengok video tu dan klik pada iklan yang terpapar, korang akan dapat komisen dari situ.

Tapi sebelum korang layak menjadi YouTube partner, pastikan korang lepas dua syarat ni;

  1. Mempunyai 1000 subscribers
  2. Video-video korang telah capai 4000 jam tontonan awam

Semoga tips yang min kongsikan boleh bantu anda dapatkan idea untuk buat duit tepi. Duit ekstra yang dijana itu boleh digunakan sebagai dana simpanan, dana kecemasan atau boleh dilaburkan. Semoga berjaya!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – satu platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang menawarkan pinjaman sah & selamat. Semak kelayakan anda secara percuma hari ini. Kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter