11 Idea Jana Income, Kerja Online Dan Offline

11 Idea Jana Income, Kerja Online Dan Offline

Pada tahun ini, ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi memutuskan wabak COVID-19.

Ada yang terpaksa menutup perniagaan, gaji dipotong dan paling menyedihkan diberhentikan kerja. Hal ini, menyebabkan tekanan sehingga buntu mencari cara jana pendapatan pasif untuk menanggung komitmen bulanan.

Ini 11 idea jana income  dengan buat kerja online dan offline, sesuai untuk semua golongan yang bekerja sepenuh masa ataupun tidak bekerja.

1. Dropshipper/Ejen

pendapatan pasif
Ini merupakan bisnes yang memerlukan modal yang kecil dan ada yang tidak perlu modal pun. Stok pun anda tak perlu simpan, pihak HQ yang simpan.

Jadi, apa yang anda kena buat adalah memasarkan atau mengiklankan sahaja produk tersebut dan mendapatkan pesanan dari pelanggan. Gunakan sahaja platform dalam talian, lebih meluas!

Apabila ada pesanan yang masuk, pihak HQ akan uruskan untuk poskan barang kepada pelanggan dan tunggu sahaja duit komisen masuk.

Ada banyak platform yang menawarkan perkhidmatan jadi ‘dropship’ atau ejen yang dapat bantu anda jana income dari rumah. Kami juga telah pilih platform yang terbaik dan berbaloi untuk anda!


PLATFORM PILIHAN UNTUK JADI EJEN/RESELLER

2. Bisnes Kecil-Kecilan

Sumber: Freepik

Siapa sangka sebenarnya anda boleh ‘monetize’ bakat dan kemahiran diri. Bagi anda yang suka melukis, menjahit, mengukir, ‘baking’ dan banyak lagi, inilah masa yang paling tepat!

Jadikan ia sebagai sumber pendapatan dan pada masa yang sama dapat melakukan hobi yang digemari. Penggunaan internet juga semakin meningkat sepanjang tempoh PKP ini, jadi alang-alang orang ramai ‘scroll’ platform media sosial mereka, mesti ada yang tertarik dengan hasil kreativiti anda.

Belum cuba, belum tahu, kan? Mana tahu nanti jadi sumber pendapatan utama. Rezeki tak pernah salah alamat.


PLATFORM PILIHAN UNTUK MULAKAN BISNES

3. Kerja Part-Time

Dah bosan sangat duduk di rumah? Tapi anda ada motor atau kereta, boleh cuba jadi ‘runner’ untuk menghantar makanan atau barangan kepada pelanggan. Sekarang banyak platform yang menawarkan perkhidmatan ini.

Selain hantar makanan, anda boleh juga jadi ‘personal shopper’ atau buat kerja-kerja admin.

Syaratnya juga mudah, asalkan korang ada ‘smartphone’ dengan akses internet yang baik, dah boleh jalan! Sebagai contoh, platform ini bantu anda jana income, boleh bekerja pada bila-bila masa sahaja dan tiada komitmen membebankan.

Orang ramai berminat tentang platform masyuk ini untuk jana income, boleh mohon kerja part time di sini.

Sumber: TechCrunch


MOHON KERJA PART-TIME

4. Referral 

Sumber: Insperity

Ia merupakan kaedah mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan baru melalui rujukan dan biasanya dari mulut ke mulut.

Mendapatkan ‘referral’ yang diingini adalah salah satu cara dan alat yang mudah serta menjimatkan wang ringgit, tenaga dan masa anda.

Tak perlu yuran pendaftaran dan tidak mewajibkan anda memiliki blog atau laman web untuk mempromosikannya. Cukup sekadar Facebook dan media sosial pun boleh dapat komisen.

Ini platform terbaik untuk jana income melalui kaedah ‘referral’.


JOIN REFERRAL PROGRAM DI SINI

5. Babysitter atau Jaga Warga Emas

Sumber: Freepik

Tidak semua ibu bapa ‘work from home’ semasa PKP dilaksanakan, jadi untuk anda yang menyukai kanak-kanak dan inginkan teman, ini peluang menjadi pengasuh kanak-kanak atau warga emas.

Ada yang memerlukan anda ke rumah ‘client’ dan menjaga mereka di rumahnya atau anda juga boleh membuka perkhidmatan tersebut di rumah sendiri.

Tapi, wujudkah perkhidmatan sebegini, jawapannya wujud! Klik platform untuk jadi babysitter untuk mengetahui lebih mengenainya dan jangan risau, ia ternyata sudah membantu ramai orang menambah pendapatan.


PLATFORM UNTUK JADI BABYSITTER

6. Jual Sim Kad

Sumber: Soya Cincau BM

Mungkin ramai yang tidak menyangka dengan menjual sim kad dapat memberikan anda pendapatan menguntungkan.

Duduk sahaja di rumah berbekalkan telefon bimbit selain komisen, bonus dan ‘training’ turut disediakan untuk kerja online ini.  Bukan sahaja masyuk, kemahiran keusahawanan pun dapat tau!


JADI PENGEDAR SIM KAD

7. Affiliate/Referral

Sumber: Freepik

Dengan mempromosikan produk atau servis dan mencari pelanggan, anda boleh jana income dengan komisen yang banyak!

Lebih-lebih lagi yang mempunyai pengalaman dalam ‘sales & marketing’ dan gemar berinteraksi dengan orang, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda!

Anda hanya menjadi orang tengah dan rujukan kepada jenama HQ yang dipertanggungjawabkan untuk promosikan melalui link affiliate tertentu.

Contohnya, affiliate menjual eBook (buku digital berbentuk PDF), anda hanya menjual secara dalam talian tapi semua bayaran dan penghantaran eBook dibuat oleh penjual itu sendiri.

Komisen yang diterima boleh tahan juga sebab kebanyakan mengira secara kuantiti (volume) atau hadiah dari penjual.

Sementara itu, affiliate melalui referral pula, anda tidak promosi produk jualan tapi promosi link pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi mereka.

Nampak seperti MLM tetapi bukan MLM, anda dibayar atas kerja mempromosikan manfaat menggunakan aplikasi mereka.

Tak payah keluar duit beli stok atau simpan barang, semua itu pihak HQ sediakan.


PLATFORM TERBAIK JADI EJEN AFFILIATE

8. Online Survey

Sumber: Freepik

Daripada anda sibuk membelek-belek perkara yang tidak berfaedah semasa dalam talian, apa kata jawab kaji selidik, kumpulkan ‘point’ dan boleh tukarkan kepada tunai!

Ala… tak susah pun, cuma perlukan sedikit sahaja masa anda. Anda boleh mendapat pendapatan sehingga 5USD (RM20+) untuk setiap survey tau. Kalau anda buat banyak, semakin tinggi pulangan yang diperoleh.

Bayangkan hanya main phone, anda mampu buat duit online dengan mudah dan selamat.

Jangan susah-susah cari, kami sudah senaraikan untuk anda.


WEBSITE ONLINE SURVEY

9. Jual Barang Pre-Loved 

Sumber: The Mancunion

Kalau anda ada banyak barang-barang lama dan terpakai yang masih boleh digunakan, jangan biarkan ia menimbun di dalam almari, tukarkan ia menjadi wang ringgit.

Antaranya boleh menjual tudung, beg, kasut, novel dan banyak lagi. Mesti ada yang nak beli. Mungkin boleh mulakan dengan menjualnya di Mudah.my ataupun Carousell.


JUAL PRE-LOVED DI SINI

10. Online Tutor

Sumber: The Balance Careers

Anda boleh membuka kelas tuisyen atau menjadi tutor dalam talian untuk menjana pendapatan.

Sekarang ini proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan, pastinya kebanyakan pelajar memerlukan bimbingan lebih untuk memahami pelajaran.

Ia tergantung kepada kepakaran anda juga tau. Mungkin anda terlebih dahulu melakukan ulang kaji sebelum menyampaikan ilmu itu kepada pelajar.

Kini, pelbagai aplikasi atau platform yang boleh anda gunakan untuk mengajar dan berinteraksi dengan para pelajar seperti Zoom, Skype dan Teams.


PLATFORM PILIHAN

11.  Influencer 

Sumber: Sedap Tube

Kalau anda jenis berkeyakinan, pandai berbicara dan suka menyampaikan buah fikiran. Mungkin boleh menjadi ‘influencer’.

Apabila jumlah pengikut anda sudah ramai atau berpengaruh, anda mungkin boleh pertimbang untuk membuat ‘product review’ atau menjual sesuatu barangan atau servis.

Ditambah pula kemahiran mengedit video dan gambar, ia sangat membantu anda. Sekarang ini banyak anak muda menjadi ‘influencer’ di pelbagai platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok serta memberikan pulangan lumayan.

Infografik – 11 Idea Jana Income

jana side income, kerja online dan offline

Video – Idea Jana Income, Kerja Online & Offline

Kesimpulan

Kesimpulannya, ada banyak peluang untuk jana income yang selamat dan halal ketika PKP ini, apa yang penting anda bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

Sekiranya anda masih mempunyai pekerjaan dan ingin jana income, pastikan ia tidak mengganggu tugas hakiki kalian.

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.69% atau secepat 2 hari bekerja.


join-telegram_Direct-Lending

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

Simpan 

Dalam Masa 2 Tahun

PERCUMA

Download template tabung harian, mingguan & bulanan

tabung_dl_2022

RM10K